• Carian

  • Blogger – We Care

  • Follow Me

  • Langgan Artikel

    Masukkan Emel Anda :

    Dibawakan Oleh FeedBurner

  • Twitter

  • Disclaimer

    Ahmad Rushdi Dot Com tidak akan bertanggung jawab di atas segala perkara berbangkit dari artikel yang disiarkan. Setiap artikel di laman ini adalah milik Ahmad Rushdi kecuali dinyatakan. Pengunjung boleh menyalin artikel yang berguna, dan pastikan kredit/pautan pemilik asal disertakan diakhir setiap artikel. Terima Kasih. Soalan? emel

Meringkaskan Paparan Mybloglog Widget

Assalamualaikum, salam sejahtera semua! Harap kalian semua sihat selalu. Seorang hamba Allah, telah mengirimkan emel bertanyakan tentang bagaimana hendak menghilangkan header dan footer pada paparan Mybloglog, dan nampak kemas tersusun seperti yang ada pada blog aku satu ketika dulu. Aku lakukan ini kerana memang suka blog yang ringkas dan kemas, juga memudahkan pengunjung membaca.

Baik, mari kita ikut langkah mudah ini. Aku hanya menggunakan platform wordpress (selfhost), supaya mudah bagi pengguna yang masih belum mahir menggunakan tools lain. Sebenarnya cara yang ingin ditunjukkan ini boleh digunakan dimana sahaja selagi ianya menggunakan CSS sebagai pembentuk sesuatu paparan halaman web.

Langkahnya – Login ke akaun Mybloglog anda, pada bahagian My Sites and Services klik pada widget untuk blog anda. Seterusnya klik pada Looking for the old-school Recent Reader widget? Read the rest of this entry »

Kepulangan Ustaz Hafiz

Minggu ini sibuk dengan belajar kerana peperiksaan semakin hampir. Ustaz Hafiz yang sudah tamat pengajian disini mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 9hb Januari 2010. Majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat diadakan, jamuan ringkas disediakan kepada para tetamu. Jom kita lihat gambar sepanjang hari kenduri sehingga Ustaz Hafiz pulang.

Potong Memotong

Potong Memotong

1. Shahir, Loqman dan Abah sibuk mengupas dan memotong bahan untuk memasak. Read the rest of this entry »

Adakah Anda Berasa Bosan?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bat sekarang sudah pergi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik di Kota Tinggi, Johor. Aku pun pernah sampai ke sana, kawasan felda yang penuh dengan ladang kelapa sawit :D . Semoga berjaya.

Aku terdetik untuk menulis berkaitan bosan. Ramai yang selalu menggunakan perkataan ini. Tambahan pula ramai kawan-kawan yang memenuhi senarai Yahoo Messenger menulis perkataan bosan sebagai status. Sebelum itu mari kita kenal makna bosan, menurut kamus dewan :

  1. Bosan  -  sudah tidak suka lagi, jemu, boyak: saya sudah ~ makan daging; dia sudah ~ akan isterinya; ~ mendengar kisah yg sama berulang kali;
  2. Bosan - membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~;
  3. Bosan – kebosanan 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk kekenyangan;
  4. Bosan - pembosan mudah (lekas) bosan.

Jadi, aku cuba untuk menguji sahabat karib aku yang kebetulan menulis status yang menunjukkan dia sedang bosan, haha. Aku ajukan soalan, kenapa engkau berasa bosan? kebanyakkan akan menjawab – tidak tahu hendak buat apa. Itulah jawapan yang paling kerap aku dapat.

Seterusnya aku akan berikan jawapan, pasti engkau akan terima jawapan aku dan tidak akan memberi sebarang kritikan, balas aku. Dia terasa seperti tercabar. Lalu aku berikan jawapan tersebut. Nah  ini jawapannya – “Engkau bosan sebab engkau kurang beribadat kepada tuhan.” Jika engkau beribadat adakah engkau akan bosan? Tentu tidak, jika masih bosan, pasti tiada rasa cintakan ibadat terhadap tuhan. Dia mengalah, bersetuju dengan apa yang aku berikan.

Adakah aku terlalu kejam? haha. Bagi aku dan dia, memang tiada masalah disebabkan aku memang suka berdebat secara baik dari zaman sekolah lagi. Kami menjadi lebih rapat tatkala membincangkan perkara seperti ini. Bagaimana pula dengan sahabat blogger lain? Apa pandangan anda tentang bosan? hehe..

* Entri ringkas 2010, seterusnya entri untuk infomalaya pula. Exam sudah semakin hampir, doakan aku rajin dan berjaya.. hehe ~

Cubaan Untuk Enjin Carian

Setelah lama aku tidak ambil kisah pasal SEO (search engine optimization) untuk blog aku ini. Beberapa minggu sebelum ini aku telah cuba untuk mengubah sedikit demi sedikit setelah jumlah kunjungan semakin berkurang. Sekarang aku cuba untuk menggunakan default setting yang ada pada wordpress, sedikit jampi untuk kod theme/tema wordpress yang digunakan, dan akhir sekali mungkin berkenaan IP address.

Pada mulanya ingin membeli dedicated IP, namun setelah difikirkan, ianya tak perlu buat masa sekarang.  Kita cuba dahulu default setting untuk semuanya. :D Segalanya adalah daripada asal, mulakan dari bawah. Apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah menyusun kod tema blog ini supaya lebih mudah untuk browser membacanya.

Apa lagi ya! erm. Buang semua iklan yang menyakitkan mata. :) lepas ni mungkin letak semula setelah trafik stabil seperti sebelum ini. Resetting ~

Hidup Berani Untuk Gagal

Hidup Berani  Untuk Gagal

Hidup Berani Untuk Gagal

Tentu anda semua pernah dengar dan ada sesetengah berpegang dengan ‘ hidup berani untuk gagal ‘.  Anda semua pasti tahu akan maksud hidup berani untuk gagal ini, pada aku ianya adalah keberanian seseorang menempuh kesulitan dengan keberanian yang ada untuk berjaya, walaupun pada awalnya dia gagal.

Walaupun apa yang aku huraikan itu terlalu panjang, namum maksud sebenar hidup berani untuk gagal ini hanyalah ‘ berani gagal untuk berjaya ! ‘ Ianya berlaku terhadap diri aku sendiri dimana sering diperlekehkan oleh kakak aku apabila aku membuat sesuatu yang pada dirinya pasti aku gagal. Aku tetap berani walaupun dia anggap aku akan gagal. Aku katakan kepada dia ” aku berani untuk gagal !! jangan risau pasal aku jika engkau tidak berani untuk gagal “. Dalam hidup ini kita perlu ada sifat saling tegur menegur antara satu sama lain, walaupun kadangkala menimbulkan perasaan rasa tidak puas hati. Bagi aku adalah rasa puas hati apabila kita berjaya melakukan sesuatu tanpa gagal setelah berkali-kali kita gagal sebelum ini. Read the rest of this entry »

Page 1 of 191234567»10...Last »