Menjelang Kelahiran Rasulallah SAW

June 22, 2008

Muhammad adalah keturunan Nabi Ismail, nabi dengan 12 putra. Para nenek moyang Muhammad adalah penjaga Baitullah sekaligus pemimpin masyarakat di Mekah, tempat yang menjadi tujuan bangsa Arab dari berbagai penjuru untuk berziarah setahun sekali. Tradisi ziarah yang sekarang, di masa Islam, menjadi ibadah haji. Salah seorang yang menonjol adalah Qusay yang hidup sekitar abad kelima Masehi.

Tugas Qusay sebagai penjaga ka’bah adalah memegang kunci (’hijabah’), mengangkat panglima perang dengan memberikan bendera simbol yang dipegangnya (’liwa’), menerima tamu (’wifadah’) serta menyediakan minum bagi para peziarah (’siqayah’).

Ketika lanjut usia, Qusay menyerahkan mandat terhormat itu pada pada anak tertuanya, Abdud-Dar. Namun anak keduanya, Abdul Manaf, lebih disegani warga. Anak Abdul Manaf adalah Muthalib, serta si kembar siam Hasyim dan Abdu Syam yang harus dipisah dengan pisau. Darah tumpah saat pemisahan mereka, diyakini orang Arab sebagai pertanda keturunan mereka bakal berseteru.

Anak-anak Abdul Manaf mencoba merebut hak menjaga Baitullah dari anak-anak Abdud-Dar yang kurang berwibawa di masyarakat. Pertikaian senjata nyaris terjadi. Kompromi disepakati. Separuh hak, yakni menerima tamu dan menyediakan minum, diberikan pada anak-anak Abdul Manaf. Hasyim yang dipercaya memegang amanat tersebut.

Anak Abdu Syam, Umayah, mencoba merebut mandat itu. Hakim memutuskan bahwa hak tersebut tetap pada Hasyim. Umayah, sesuai perjanjian, dipaksa meninggalkan Makkah. Keturunan Umayah, seperti Abu Sofyan mahupun Muawiyah, kelak memang bermusuhan dengan keturunan Hasyim.

Hasyim lalu menikahi Salma binti Amr dari Bani Khazraj, perempuan sangat terhormat di Yatsrib atau Madinah. Mereka berputra Syaibah (yang bererti uban) yang di masa tuanya dikenal sebagai Abdul Muthalib bapa saudara Muhammad. Inilah ikatan kuat Muhammad dengan Madinah, kota yang dipilihnya sebagai tempat hijrah saat dimusuhi warga Mekah. Syaibah tinggal di Madinah sampai Muthalib yang menggantikan Hasyim kerana wafat menjemputnya untuk dibawa ke Mekah. Warga Mekah sempat menyangka Syaibah sebagai budak Muthalib, maka ia dipanggil dengan sebutan Abdul Muthalib.

Abdul Muthalib mewarisi kehormatan menjaga Baitullah dan memimpin masyarakatnya. Namanya semakin menjulang setelah dia dan anaknya, Harith, berhasil menggali dan menemukan kembali sumur Zamzam yang telah lama hilang. Namun ia juga sempat berbuat fatal: berjanji akan mengorbankan (menyembelih) seorang anaknya bila ia dikaruniai 10 anak. Begitu mempunyai 10 anak, maka ia hendak melaksanakan janjinya. Nama sepuluh anaknya dia undi (’kidah’) di depan arca Hubal. Abdullah, ayah Muhammad yang terpilih.

Masyarakat menentang rencana Abdul Muthalib. Mereka menyarankannya agar menghubungi perempuan ahli nujum. Ahli nujum tersebut mengatakan bahwa pengorbanan itu boleh diganti dengan unta asalkan nama unta dan Abdullah diundi. Mula-mula sepuluh unta yang dipertaruhkan. Namun tetap Abdullah yang terpilih oleh undian. Jumlah unta terus ditambah sepuluh demi sepuluh. Baru setelah seratus unta, untalah yang keluar dalam undian, meskipun itu diulang tiga kali. Abdullah selamat.

Peristiwa besar yang terjadi di masa Abdul Muthalib adalah rencana penghancuran Ka’bah. Seorang panglima perang Kerajaan Habsyi (kini Ethiopia) yang beragama Nasrani, Abrahah, mengangkat diri sebagai Gubenor Yaman setelah ia menghancurkan Kerajaan Yahudi di wilayah itu. Ia terganggu dengan reputasi Mekah yang menjadi tempat ziarah orang-orang Arab. Ia membangun Ka’bah baru dan megah di Yaman, serta akan menghancurkan Ka’bah di Mekah. Abrahah mengerahkan pasukan gajahnya untuk menyerbu Mekah.

Mendekati Mekah, Abrahah menugaskan pembantunya, Hunata untuk menemui Abdul Muthalib. Hunata dan Abdul Muthalib menemui Abrahah yang berjanji tidak akan mengganggu warga bila mereka dibiarkan menghancurkan Baitullah. Abdul Muthalib pasrah. Menjelang penghancuran Ka’bah terjadilah petaka tersebut. Qur’an menyebut peristiwa yang menewaskan Abrahah dan pasukannya dalam Surat Al-Fil. “Dan Dia mengirimkan kepada mereka “Toiron Ababil”, yang melempari mereka dengan batu-batu panas yang terbakar, maka Dia jadikan mereka bagai daun dimakan ulat”.

Pendapat umum menyebut “Toiron Ababil” sebagai “Burung Ababil”. Buku “Sejarah Hidup Muhammad” yang ditulis Muhammad Husain Haekal mengemukakannya sebagai wabak kuman cacar. Namun ada pula analisa yang menyebut pada tahun-tahun itu memang terjadi hujan meteor, hujan batu panas yang jatuh atau ‘terbang’ dari langit. Wallahua’lam. Yang pasti masa tersebut dikenal sebagai Tahun Gajah yang juga merupakan tahun kelahiran Muhammad.

Pada masa itu, Abdullah putra Abdul Muthalib telah menikahi Aminah. Ia kemudian pergi berniaga ke Syam, Syria. Dalam perjalanan pulang, Abdullah jatuh sakit dan meninggal di Madinah. Muhammad lahir setelah ayahnya meninggal. Hari kelahirannya ditentang orang. Namun, pendapat Ibn Ishaq dan kawan-kawan yang paling banyak diyakini masyarakat: yakni bahwa Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiul Awal. Orientalis Caussin de Perceval dalam ‘Essai sur L’Histoire des Arabes’ yang dikutip Haekal menyebut masa kelahiran Muhammad adalah pada bulan Ogos 570 Masehi. Ia dilahirkan di rumah bapa saudaranya, tempat yang kini tidak jauh dari Masjidil Haram.

Bayi itu dibawa Abdul Muthalib ke depan Ka’bah dan diberi nama Muhammad yang bermaksud “terpuji”. Suatu nama yang tak lazim pada masa itu. Konon, Abdul Muthalib sempat hendak memberi nama bayi itu Qustam , serupa nama anaknya yang telah meninggal. Namun, Aminah berdasarkan ilham mengusulkan nama Muhammad itu.

Lelaki Misteri

June 17, 2008

Suasana malam yang masih panas beransur-ansur sejuk di Bandar Ramses, Kaherah. Saya masih menunggu Mohammad Asri, atau panggilan popular beliau ‘Wahab’. Wahab berjanji ingin bertemu saya di hadapan Masjid Ramses dalam lebih kurang 30 minit lagi. Saya menunggu dengan berdiri menggalas beg penuh dengan baju untuk bermalam. Saya menunggu lebih dari 2 jam.

Mungkin ada hikmah kenapa saya menunggu lebih daripada 2 jam, ini kerana dalam tempoh dua jam tersebut, saya didatangi seorang lelaki berbangsa arab, berambut pendek, berjambang kemas, warna mata coklat, terdapat quran didalam poket baju. Saya petah bertutur dalam bahasa arab bersama lelaki yang langsung tidak dikenali. Begitupun dengan namanya. Dalam perbualan tersebut dia memberitahu dia berasal dari Alexandria, 4 jam perjalanan dari Kaherah mungkin. Bekerja sebagai pembancuh minuman di satu kawasan di Alexandria.

Setelah beberapa minit bersembang saya beritahu dia, tunggu sekejap, saya nak membuat panggilan, saya cuba hubungi wahab, namum penantian 30 minit akan berlanjutan kerana wahab memberitahu bahawa jalan sesak. Saya kembali sembang dengan lelaki tersebut. Dia meminta maaf kerana nafas berbau rokok, dia baru selesai menghisap rokok. Saya cuba menguji beliau, “apakah hukum menghisap rokok?” tanya saya. Dia menjawab bahawa rokok adalah haram, haram seharam-haramnya dalam agama islam. “Habis kenapa awak hisap?” saya bertanya melepaskan geram :D. Dia sedikit terkilan dengan soalan itu mungkin. Dia terus menjawab, saya hamba Allah, Allah telah menentukan segalanya. Saya membalas, jika awak mengatakan menghisap rokok itu haram, maka haramlah bagi awak menghisapnya. Berhenti disitu, dia cuba menukar tajuk perbualan.

Banyak lagi perbualan yang dibualkan sehingga menyentuh isu-isu perkauman dan keagamaan. Sehinggakan dia mengeluarkan Al-quran menunjukkan ayat-ayat yang berkaitan perkauman dan keagamaan. Saya hanya mengiyakan kerana memang Al-quran itu kalam Allah. Seterusnya saya bertanya kenapa dia datang ke Ramses, sedangkan dia tinggal di Alexandria. Begitu senang jawapan, saya sedang beribadat kepada Allah, tidak kira dimana, solat dan membaca Al-Quran dimana sahaja, bila-bila masa. Saya berfikir, memang betul jawapan itu, tetapi lari dari jawapan yang saya nak. Sebelum bertanya, saya berfikir, mungkin dia datang untuk urusan-urusan lain. Dia langsung tidak bersembang mengenai dunia, bahkan bersembang hanya perkara berkaitan agama islam.

Dah lebih 1 jam bersembang, datang seorang lelaki berjubah hitam berketayap putih.  Lelaki berjubah hitam ini berbisik dengan lelaki saya bersembang tadi.  Kemudian dia datang berdiri dihadapan saya, lalu dia berkata sesuatu yang langsung saya tidak faham, saya cuba menyuruh beliau mengulangi, namun, saya langsung tidak dapat memahami apa yang dituturkan. Saya rasa itu bukan bahasa Arab, lahjah arab langsung tidak saya dengar. Kenapa ini terjadi? Kemudian lelaki berjubah hitam itu berbisik kembali dengan lelaki yang saya sembang tadi. Beberapa saat selepas itu, dengan muka seperti geram dan bengang mungkin terus lesap dari pandangan saya dalam himpunan orang ramai. Saya bertanya apa yang lelaki berjubah hitam itu cakapkan, dia diam tidak memberi jawapan. Saya sabar.

Azan Isya’ berkumandang,  kami berhenti bersembang sehingga azan selesai, kemudian dia mengajak saya untuk ke masjid. Saya cakap saya dah solat Jama’ tadi, saya musafir. Saya menyuruh dia pergi solat dulu, dia terus bersalam dan kami berpisah. Beberapa minit selepas itu, saya dihubungi wahab, dan kami bertemu dan teruskan perjalanan kami ke suatu tempat yang sudah dirancang.

Saya masih memikirkan, Siapakah lelaki itu? Kenapa dia datang kepada saya? Kenapa saya begitu lancar bersembang bahasa arab, seperti dilahirkan dan dibesarkan oleh bangsa Arab, sedangkan saya masih kurang memahami bahasa arab Ammiah? Kenapa saya boleh bersembang lebih dari 1 jam dengan orang yang langsung tidak dikenali? dan siapa pula lelaki berjubah hitam itu? bercakap dengan bahasa yang langsung saya tidak faham. Menjeling dengan perasaan tidak puas hati sebelum meninggalkan saya.

p/s : pasti ada hikmah disebalik kejadian misteri ini.

Andai Cinta Hendak Diberi

June 7, 2008

“Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti” Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…

1. Kuat agamanya.

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaQwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2. Baik akhlaknya.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3. Tegas mempertahankan maruah.

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4. Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5. Tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7. Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8. Rakan pergaulannya.

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9. Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10. Tenang wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka.Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifat nya…”

Taubat Seorang Peminum Arak

June 7, 2008

Pada suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di persimpangan jalan, beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Ini menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu. Lantas Umar menyoal, “Apa yang engkau bawa itu?” Dalam keadaan ketakutan pemuda itu terketar-ketar menjawab, “Madu, wahai Umar..” Sebenarnya pemuda itu sedang membawa kendi arak.

Selepas berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar berharap sambil berdoa supaya Khalifah Umar tidak memeriksa isi kendi itu. Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa.

Doa pemuda itu dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya terdapat madu.  Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda itu terselamat dari tindakan Khalifah. Semenjak peristiwa itu, pemuda itu bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.

MORAL & IKTIBAR

  • Allah Taala sentiasa memperkenankan doa orang yang bertaubat ikhlas kepadaNya
  • Setiap pemimpin mestilah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat yang dipimpinnya.
  • Setiap pemimpin akan disoal mengenai kepimpinannya
  • Kebajikan yang dibuat ikhlas kepada Allah menghapuskan dosa kejahatan yang dibuat sebelumnya

Li-Tilwu error?

June 3, 2008

“Error-error”.. itulah ungkapan yang terbit dari mulut saya setelah muat naik wordpress theme buatan sendiri ni ke hosting. Masa edit dikomputer (localhost) ok saja, Apa sudah terjadi?

Mungkin terlampau banyak code-code merapu dimasukkan.. haha, jadi, terpaksalah buang semua itu. Tinggallah seperti biasa. Akan dinaik taraf semula theme ni.

Mensyukuri Nikmat ALLAH

June 3, 2008

Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit. [Read more]