Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Sudah lama masa berlalu, begitu juga dengan dunia sains dan teknologi yang berkembang pesat. Tidak kurang juga dengan timbulnya ‘blog’ seperti cendawan selepas hujan. Saya juga memuji kepada rakan-rakan yang berupaya mewujudkan blog sendiri dengan percuma yang disediakan oleh google, wordpress dan sebagainya.

Tapi, disebalik timbulnya blog-blog ini, ada juga yang menulis untuk kebebasan, berdakwah untuk islam, mencari pendapatan sampingan dan tidak kurang juga menulis untuk hal-hal peribadi. Tapi saya tidak setuju dengan penulisan yang digunakan untuk menjatuhkan orang lain dengan bahasa ‘tinggi’ yang digunakan. Walaupun bahasa yang saya gunakan tidaklah setinggi mana. Tujuan saya menulis adalah untuk memudahkan orang ramai faham apa yang saya cuba sampaikan. Baik, kali ini saya cuba cara penulisan berbeza.

Baru-baru ini terjadi kekecohan akibat daripada penulisan sebuah blog yang menggunakan bahasa sastera ‘tinggi’. Penulisan yang menimbulkan kekeliruan dan kemarahan sesetengah orang. Dan berbangga pula dengan bahasa yang digunakan. Disini saya ingin menekankan bahawa seseorang itu ‘membilang besar akan diri sendiri‘ ingat ayat ini. Jika anda seorang pelajar agama, saya pasti anda pernah melalui ayat diatas.

Mungkin akibat daripada lupa atau tidak takut akan kehilangan kelebihan yang ada pada diri seseorang itu. Jika kita lihat bahawa bahawa semua kelakuan seseorang itu adalah pemberian daripada Allah. Lainlah pula jika seseorang itu melihat kepada nikmat yang Allah kurniakan seperti ilmu dan amal dan dia takut juga akan hilang ilmu dan juga amalnya. Jika begini anda boleh ‘hazaf’kan ayat diatas.

Mungkin sesetengah orang tidak faham apa yang saya cuba sampaikan pada kali ini. Saya tidak mahu hurai panjang perkara ini. Cuma, saya di’sini’ adalah untuk menuntut ilmu. Selagi ada majlis ilmu kunjungilah. “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab : “Majlis-majlis ilmu”. (Hadith)

Saya juga kurang faham, apakah yang ‘mereka’ hendak sebenarnya? Jawab!! Jika anda faham dengan penulisan saya pada kali ini. Jawaplah dengan menggunakan ‘Bahasa yang Indah‘.


  • dah dekat tiga kali aku ulang baca..masih bler-bler.. 😛

  • ermm….x taulah apa “sebenarnya” yg ingin diketengah dlm segmen nih.tp bro faham bahawa dlm etika khutbah/speech perlulah menggunakan bahasa am yg blh difahami oleh masyarakat umum.x perlulah berlagak dgn bahasa -sanskrit- yg berbelit2 shingga menimbulkan kecelaruan dan salah faham.

    “sekiranya anda terdiri dr kalangan sasterawan atau pakar linguistik (pakar bahasa) anda bijak kiranya bahasa anda dipersembahkan ke tempat yg sepatutnya…”

    begitu jgk dlm etika penulisan.Pena adalah sahabat dan teman.bukan semua org mempunyai kelebihan yg sama.ada di kalangan kita yg berkebolehan dlm penulisan dan pidato (khutbah)atau sebaliknya.oleh itu bg seorg penulis perlulah mempunyai “khibrah” / kreatif dlm seni tatacara dlm penulisan.dia bukan shj bijak merangka bahasa yg indah,malah bijak menggunakan keluhuran bahasa itu sndiri di tmpt yg sesuai.dan dia jgk perlu bijak mengambil hati pembaca agar emosi mereka tdk terganggu.

    “adeh,pnjg plk komen aku nih! xlarat daaah huf huf huf…”