Keistimewaan Bulan Ramadhan

August 31, 2008

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “

Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW :
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW lagi :
“Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,”

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Bahkan lebih inda lagi apabila bulan ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan Al-quran sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Seterusnya, keistimewaan yang amat dinanti-nantikan dan menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr? Malam lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun pada malaikat dah ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah Al-Qadr).

Saya sangat-sangat berharap agar Allah membuka pintu rahmat dan mengampuni dosa-dosaku.

Siap ditulis pada jam 2045 Khamis, 28 Ogos 2008. Abu Ahmad Ahmad Rushdi Bin Yusoff Bin Muhammad Esa Bin Hassan.

Kredit : Panduan Lengkap Kehidupan Muslim

Wajah Kartunku!

August 29, 2008

My Manga Face

Teringin juga hendak mencuba Face Your Manga. Bat, chot, megat, firdee dan ramai lagi sudah mencuba. Comel juga avatar manga mereka. Dah lama teringin nak buat, cuma masa tidak mengizinkan. Sementara menunggu azan subuh berkumandang, teringat untuk cuba lakarkan wajah manga sendiri. Inilah hasilnya, sapa kata comel sila angkat tangan. hehe..

Mujur tiada sideburn ala Mawi. Mesti bangga Si Mawi tu kan, kalau ada. Dan! saya bukan peminat mawi.

Alangkah Seronok

August 23, 2008

Bat dah balik kampung, balik kempen agaknya. Si babat ni sokong mana? Seronoknya kalau boleh balik kampung, hehe. Saya masih disini, teruskan disini.

Saya juga perlu siapkan beberapa tugasan dengan kadar segera. Puasa pun dah dekat, tidak sabar rasanya hendak berpuasa. Kemeriahan sudah terasa disini, kurma, kismis, mis-mis dan lain-lain sudah mula berlambak di kedai-kedai runcit. Saya belum beli lagi semua itu, mungkin 2-3 hari lagi. Iklan dan takwim sudah diedarkan. Dah dapat, percuma.

Permainan tag diblog-blog orang Malaysia ni nampaknya belum tamat, masih berlanjutan dan terasa kemeriahannya. Jangan tag saya, malas nak jawab, hehe. Mungkin saya akan mulakan permainan ini sempena Ramadhan. Mari kita lihat siapa yang kena nanti.

Malaysia Sekarang

August 23, 2008

Politik, tidak agama. Kecewa dengan gelaran negara Islam.

Itu Dulu!

August 17, 2008

Terasa seronok dan gembira apabila membaca kembali tulisan blog masa mula-mula menulis dulu. Penulisan yang tidak tersusun, tergelak dan tersengih sendiri pula. Saya cuba update database wordpress tahun 2004. Semua masih ada, lengkap.

Niat dihati nak masukkan kembali ke blog ini. Tapi, bila mula membaca kembali semua itu, terasa tak perlu untuk dimuatkan disini, catatan yang mungkin akan menjadi kenangan buat diri saya yang pada masa itu masih baru dalam dunia menulis blog menggunakan platform Wordpress.

Sebelum mengenali wordpress ini, saya lebih tumpukan coding/editing terhadap CMS Mambo dan PhpNuke. Kemudian muncul pula Joomla, juga saya ikuti dan pelajari dengan penuh perasaan. Sebelum itu, saya telah mencuba hampir semua script yang terdapat dalam fantastico. Saya juga meminati Xoops dan Drupal. CMS yang cool!

Sementara cuba untuk menguasai semua skrip tersebut, saya mula meminati wordpress. Dan mula menulis blog. Disamping itu saya juga meneruskan minat saya terhadap Joomla, Xoops, Drupal, dan PhpNuke. Dimana Mambo? haa.. saya mula tinggalkan mambo disebabkan timbulnya Joomla. Pada mula timbulnya Joomla, memang banyak masalah dan rendah dari segi keselamatan.

Setelah semakin matang, saya cuba untuk menguasai satu skrip CMS sahaja, namun saya tidak boleh meninggalkan Joomla dan wordpress. Saya berjaya menguasai Joomla dan wordpress. Dan sekarang, saya lebih berminat menggunakan wordpress dari Joomla. Mungkin Joomla satu sistem pengurusan yang terlalu kompleks, tetapi ianya juga begitu mudah dan saya hanya gunakan untuk laman web tertentu sahaja. Namun saya tidak akan tinggalkan Joomla kerana ia mungkin sumber pendapatan sampingan, hehe..

Manakala wordpress akan terus menjadi platform untuk menulis blog. Mungkin akan bertukar jika ada sistem yang mesra seperti wordpress. Penulisan blog pada permulaan mengenali wordpress merupakan satu perkara yang melucukan apabila saya kembali membaca. Seperti kata orang yang “Itu dulu!”.

Nisfu Syaaban dan Gerhana Bulan

August 15, 2008

Hari Nisfu Sya’aban akan tiba bermula selepas maghrib pada hari Sabtu 16hb Ogos 2008 (15 Sya’aban 1429H). Pada pagi itu juga dijangkakan Gerhana Bulan akan berlaku bermula dari jam 3:40 pagi - 6:40 pagi. (update : Gerhana Bulan boleh dilihat di Mesir 16/17hb Ogos 2008 sekitar 11 malam - 2 pagi waktu Mesir).

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 Sya’aban / 16 Ogos 2008)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x,
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, Ahad malam)

  • Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Ahad) Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

  1. Malam Dimustajabkan Doa
  2. Malam Pembahagian Takdir
  3. Malam Rahmat
  4. Malam Berkat
  5. Malam Pengampunan (Taubat)
  6. Malam Penebusan
  7. Malam Syafaat
  8. Malam Penulisan
  9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
  10. Malam Rezeki
  11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
  12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

  1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.
  2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Sumber : Myadha

Gmail down, Google Minta Maaf

August 13, 2008

Gergasi internet dunia, Google. Menyediakan perkhidmatan emel percuma - Gmail. Gmail merupakan perkhidmatan emel yang popular kerana kepantasan, ringkas, dan ringan - saya suka!.

Google juga menawarkan Google Apps kepada Syarikat-syarikat, Universiti, dan juga sesiapa yang mempunyai nama domain - dimana Google Apps ini menyediakan perkhidmatan yang digunakan oleh google untuk kegunaan pengguna seluruh dunia. Gmail, Google Docs, Google Sites, Google Talk. Pastikan anda menpunyai akses penuh domain anda.

Namun, hari isnin lalu, 11 Ogos 2008, saya cuba untuk masuk ke akaun Gmail, tapi begitu lambat, dan hilang koneksi. Arghh! apa susah berlaku, selalunya tidak pula macam ini. Apa yang saya fikir, apa akan terjadi kepada maklumat-maklumat yang ada didalam emel tersebut. Itu tidak kisah bagi saya kerana saya memang telah seting supaya emel itu di’forward’kan ke emel kedua saya. Saya juga menyimpan maklumat penting didalam komputer melalui Mozilla Thunderbird. Ianya selamat.

Kalau kita tilik dan renung, Gergasi internet seperti Google, Yahoo, Msn dan lain-lain, sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Tidak boleh diakses satu saat, merugikan berjuta Dollar. Itulah yang dikatakan benda baharu, Semua benda baharu akan berubah, akan binasa, akan rosak. Jadi, jangan pula kita melenting jika perkara ini terjadi. Renung dan tilik, kembali kepada Tuhan.