Haji Dan Umrah – Takrif Dan Pensyariatan

Assalamualaikum, mari kita sama-sama fahamkan takrif Haji dan Umrah. Sering kita lupa akan maksud/takrif atau pensyariatan Haji dan Umrah, ini kerana mungkin kita belum diseru atau dipanggil untuk mengerjakan Haji dan Umrah.

Haji dari sudut bahasa bermaksud menuju (ke suatu tempat). Dari segi syarak pula menerangkan maksudnya sebagai menuju ke Baitullah Al-Haram untuk menunaikan ibadah yang khusus dengan syarat-syarat tertentu. Manakala Umrah pulabermaksud ziarah dari segi bahasa. Apabila dikatakan seseorang itu melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah. Atau pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah Al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Apakah pula beza antara Haji dan Umrah?

Baik, Haji berbeza dengan umrah dari sudut masa dan beberapa hukum, Dari sudut masa haji ditentukan pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan lain dan tidak sah niat Haji kecuali pada bulan tersebut. Bulan-Bulan Haji ialah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh pertama bulan Zulhijjah. Manakala Umrah, masa melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan Haji bagi orang yang berniat melakukannya. Dari sudut hukum, Haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan Melontar Jamrah. Di dalam umrah, semua ini tiada, Ianya hanya : Niat, tawaf, bercukur atau bergunting sahaja. Dari sudut lain berlaku ijmak ulama’ terhadap kewajipan menunaikan Haji, manakala umrah pada ulama’ berselisihan pendapat tentang kewajipannya.

Kita sudah faham dan kenal apa itu Haji dan Umrah. Adakah anda semua tahu bilakah disyariatkan Haji dan Umrah?

Mungkin pendapat yang paling kuat mengenai bilakah Haji dan Umrah disyariatkan ialah pada tahun kesembilan hijrah berdalilkan Hadis yang diriwayatkan oleh As-Syaikhan :

Nabi S.A.W bersabda kepada rombongan kabilah Abdu Al-Qis yang datang menemui Baginda S.A.W. pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanykan tentang perintah-perintah wajib mereka patuhi. Baginda menjawab : “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang”.

Sekiranya Haji difardhukan sebelum itu nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama-sama perintah yang ditujukan kepada mereka. Itulah serba sedikit tentang Haji dan Umrah, Takrif dan pensyariatannya. InsyaAllah seterusnya akan disambung selepas ini jika dipanjangkan umur.

2 thoughts on “Haji Dan Umrah – Takrif Dan Pensyariatan”

  1. sebaik-baik orang berilmu adalah mereka yg beramal..tahniah..ilmu hg dah dapat tuang dalam blog ni..moga sama-sama dapat berkat. doa hg sentiasa dalam bahagia dan keberjayaan.

  2. Di dalam umrah, semua ini tiada, Ianya hanya : Niat, tawaf, bercukur atau bergunting sahaja.<==MIQAT HILANG KEMANA?? TANAIM, JAANARIAH, HUDAIBIAH, QUBA DLL..? X TERMASUK DLM SYARAT2 UMRAH KE?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>