Domain Dan Hosting

Sejak akhir-akhir ini ramai juga yang bertanya kepada aku tentang domain dan hosting. Ketika bersembang ditanya, domain dengan hosting tu apadia? dan juga yang menghantar emel – nampak lebih formal seperti, apakah itu domain dan hosting atau apakah yang dimaksudkan oleh domain dan hosting.

Tersengih aku sendirian, aku juga seperti itu sebelum mengenali dunia internet ini. Jangan kita simpan jika mengetahui sesuatu. Khabarkan kepada dunia kemampuan kita!!.. cewahh. Ok, mari kita jawab soalan-soalan yang ditanya oleh orang baru dalam dunia internet ini.

Apakah itu domain? / Apakah yang dimaksudkan dengan nama domain?

Nama domain adalah  alamat yang membolehkan orang lain  mencari laman web anda di internet. Sebagai contoh blog aku ahmadrushdi.com. Kalian  semua hanya perlu menaip ahmadrushdi.com diruang alamat di browser untuk melayari blog ini.  Jadi, jika anda mempunyai nama domain, orang lain akan melayari laman web anda dengan mudah. Cukup setakat itu.

Apakah itu hosting? / Apakah yang dimaksudkan dengan hosting?

Hosting pula adalah tempat untuk menyimpan data dan kandungan web seperti halaman web, gambar, audio dan sebagainya yang membolehkan orang lain melihatnya ketika melayari laman web anda. 

Itu sahaja penerangan ringkas tentang hosting dan domain. Banyak pula soalan yang diajukan setelah mendapat jawapan.  Soalan seterusnya..

Bagaimana pula kita nak dapatkan hosting dan domain tersebut.?

Ya! mungkin ini yang menjadi masalah kepada yang baru menceburkan diri.

Baik, sebenarnya banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan menjual domain dan hosting ini. Aku bagi contoh penyedia dari Malaysia, mereka adalah.. Exabytes, Shinjiru, Ipserverone, Hostrelax, Internet-webhosting, Mercumaya, Datakl dan banyak lagi..

Cuba masuk ke laman web penyedia hosting dan domain tersebut, pilih mana-mana pakej yang ditawarkan mengikut kemampuan dan keinginan anda. Setelah selesai memilih dan membuat tempahan, invoice anda dihantar ke emel dan anda perlu membuat bayaran untuk mengaktifkan domain dan hosting. Bayaran boleh dibuat dengan pelbagai cara, antaranya menggunakan Kad Kredit, paypal, bank-in dan lain-lain mengikut cara pembayaran yang disediakan oleh syarikat tersebut.

Sekian dulu dari aku. Ini pun sudah cukup untuk membuatkan kalian semua faham apa itu domain dan hosting.

Related Posts with Thumbnails
Artikel ini berguna? Jom kongsi! :
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • Tumblr
  • Twitter
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • FriendFeed
  • MisterWong
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Scoopeo
  • Yahoo! Buzz

Anda Mungkin Tertarik Untuk Membaca :

  1. Server, hosting, domain yg penah guna..
  2. Tips Untuk Pengguna Shared Hosting
  3. Top Hosting Companies in Malaysia
  4. Tujuan Menulis Blog
  5. Gmail down, Google Minta Maaf
  6. Hello world And Li-Tilwu!
  7. Tag Untuk Korang..

Printed from: http://www.ahmadrushdi.com/2009/04/domain-dan-hosting/ .
© Ahmad Rushdi Dot Com 2010.

4 Comments   »

  1. Faridrashidi says:

    Salam,

    Alhamdulillah dah faham..hehe.

  2. zai says:

    salam..
    nak tnye ckit..
    saye ade beli domain di mercumaya tu..
    tapi saye nak gunekan di blogspot..
    saye xtau ler care2 nye..
    mintak tolong!!

    (nnti saye msuk lg kat blog ni..)

  3. Ahmad Rushdi says:

    wslm.. mudah je, create CNAME record untuk domain tu, point ke ghs.google.com
    boleh tgk kat blogger help

  4. Ahmad Rushdi says:

    wslm.. faham dah ka? baru sikit ni..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tips Untuk Pengguna Shared Hosting | Ahmad Rushdi Dot Com

RSS feed for comments on this post , TrackBack URI

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
  • Profail

    Aku seorang budak kampung, terlalu nakal ketika kecil. Aku kurang suka suasana bandar. Aku suka aktiviti lasak.   read more

  • Follow Me

    facebook twitter Google Account
  • Disclaimer

    Ahmad Rushdi Dot Com tidak akan bertanggung jawab di atas segala perkara berbangkit dari artikel yang disiarkan. Setiap artikel di laman ini adalah milik Ahmad Rushdi kecuali dinyatakan. Pengunjung boleh menyalin artikel yang berguna, dan pastikan kredit/pautan pemilik asal disertakan diakhir setiap artikel. Terima Kasih. Soalan? emel Emel

Switch to our mobile site