Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Bukan sekadar blog..

Itulah slogan yang digunakan di awal penubuhan oleh pembangun infomalaya, iaitu saudara Mohd Huzairy. Aku juga pembaca blog tersebut sejak ditubuhkan pada awal 2006. Aku rasa blog ini mempunyai prestasi yang tinggi dalam menyampaikan ilmu berkaitan teknologi dan keadaan sekeliling kita yang tidak suka kepada gosip-gosip hiburan. Satu blog yang menarik minat aku untuk bersama infomalaya ~cheewah. Dari sekecil-kecil blog, kini infomalaya gah di mata penulis blog lain.. hehe..

Seterusnya aku memohon untuk menjadi penulis di situ, apa yang aku nak tumpukan adalah berkaitan pembangunan web, pada awal penglibatan. Rasa banyak ingin menulis mengenai Joomla. Setelah mula menulis, aku rasakan apa yang aku nak sampaikan mungkin kurang menarik minat pembaca yang tidak mengetahui selok belok joomla yang kurang popular ketika itu. Penulis yang masih kekal sehingga kini adalah Bat, Azraai, Arynet (aku), Junaidix, Awqi_zar, Affuan, Irfan dan MK.

Apa yang aku nak dari infomalaya ialah kekal konsep penulisan yang mudah dan berkesan, dengan paparan blog yang menarik, tidak menganggu pengunjung. Walaupun aku jarang menulis disana, sebenarnya aku ingin kerap menulis, namun terdapat beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

Sekian ringkasan Infomalaya dari aku, Ahmad Rushdi.



  • InfoMalaya – Lebih dari sekadar blog. Hehe. Teruskan menulis bro.
    .-= amanĀ“s last blog ..Windows 7 Beta Tamat Tempoh Hari Ini =-.

  • tak dan aku nk submit..tgk2 dah tutup..isk…aku rasa ada renovation besar-besaran…

  • admin

    @ aman : thank aman..

    @ adib : hmm.. terkejut jga nih.