Pihak infomalaya ingin menganjurkan pertandingan sempena ulangtahun ke-3. Pertandingan tersebut ialah menulis mengenai Infomalaya di blog masing-masing.

Panduan untuk penulisan anda. Tuliskan mengenai:

1) Apa yang anda tahu tentang InfoMalaya dot com? Tuliskan tentang pengalaman anda sebagai para pembaca di Infomalaya.

2) Apa yang anda inginkan di dalam InfoMalaya dot com? Infomalaya memang tiada pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu.

3) Apa yang anda suka, dan apa yang anda tak suka pada InfoMalaya dot com. Kritiklah sejujur mungkin, dan jangan lupa berikan cadangan untuk kami memperbaiki kekurangan kami.

4) [Apa-apa sahaja yang anda rasa nak tulis]

Hadiah yang ditawarkan ialah, pengiklanan percuma di InfoMalaya dot com selama sebulan. Banner bersaiz 125 pixel x 125 pixel yang dipautkan ke blog anda akan diletakkan di bahagian paling atas sekali (di atas header) sebagai penghargaan dari pihak infomalaya. Dan bukan senang nak letak iklan di laman yang mempunyai hits yang tinggi, ini peluang anda.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2009 jam 11.59 malam. Kepada mereka yang telah menulis di blog masing-masing, sila maklumkan di infomalaya. Jangan lupa untuk menyiapkan sekali banner 125×125 piksel blog anda. Buat lawa-lawa. Kalau boleh takmau yang ada animated GIF atau PNG. Gambar pegun dah cukup.