Ahmad Rushdi

Infomalaya Ditutup

Aku mungkin agak terlambat mengetahui hal ini, Infomalaya ditutup pada ulangtahun ke 3. Jangan tanya aku apa-apa pasal hal ini, aku terkejut dan tengah sedih ni. Mesej yang dipaparkan ketika aku melawat infomalaya :

Setelah 3 tahun berada di persada internet, mungkin inilah masa untuk blog ini mengundurkan diri. Terima kasih kepada para penulis yang telah bersusah payah tanpa mengharapkan bayaran dan ucapan terima kasih pun selama mereka berada di sini.

Berkenaan entri awal sebelum ini iaitu sambutan ke-3 InfoMalaya dot com, CUMA ada tiga insan(Abrar, Ahmad Rushdi, dan Aman Firdaus) yang menulis tentang blog picisan ini di blog mereka. Terima kasih diucapkan. Terharu jugak bila ada orang yang menghargai apa yang kami buat.

Kepada Azraai, Arynet, Junaidix, Awqi_zar, Affuan, IrfanJani dan MK, maaf dipinta atas tindakan yang terburu-buru ini. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sanggup menghulurkan tangan untuk memajukan InfoMalaya. Cuma, buat masa sekarang, eloklah kita tumpukan perhatian pada kerjaya masing-masing dahulu. Sampai satu masa yang sesuai, InsyaAllah kita akan bangun kembali.

Sampai bertemu lagi, InsyaAllah… — Mohd Huzairy aka Bat InfoMalaya

Sebab kenapa Infomalaya ditutup tidak diketahui. Berdasarkan pemerhatian aku sejak kebelakangan ini, banyak kemungkinan kenapa Infomalaya ditutup, biarlah ianya menjadi rahsia Ketua Editor. Aku selaku penulis disana Editor Kanan memohon MAAF kepada semua berkenaan hal ini. Serius, aku rasa bersalah.

Categories: Diari, Pengumuman

Pemuda Pakistan dan Bahasa » « Oh Infomalaya

3 Comments

  1. Ary, jangan rasa bersalah kerana anda tidak bersalah dalam hal ini. =)

  2. aku x pelik sebab aku pernah felt e same way before. syabas buat bat. pasni kalo nak buat, biar bleh tumpu btol2. :p

    *aku rasa x lama. aku kenal bat. hehe.
    *start all over again okeh? dari KOSONG/ SCRATCH. baru best. :)
    .-= affuan´s last blog ..SpeedAdsense? =-.

  3. admin

    08/08/2009 — 5:14 am

    @bat : ntah la bat, rasa mcm bersalah pula.

    @affuan : harap2 la boleh sambung balik..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2014 Ahmad Rushdi

Up ↑