Sambungan daripada penetapan puasa Ramadhan
Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa
Puasa Ramadhan menjadi wajib apabila sempurnanya perkara berikut :
1. Islam – Puasa tidak wajib ke atas orang kafir dengan makna di dunia ini dia tidak dituntut untuk berpuasa kerana puasa adalah satu cabang kemasukannya ke dalam Islam. Selagimana dia tidak masuk islam maka dia tidak ada makna bagi puasanya dan tidak ada makna di dituntut untuk berpuasa.Adapun di akhirat, mereka akan disiksa kerana kekafirannya dan kerana dia meninggalkan cabang-cabang Islam.
2. Taklif – Maksud taklif ialah orang Islam itu telah berakal dan baligh. Sekiranya hilang salah satu daripada dua sifat ini maka jatuhlah daripadanya sifat taklif. Apabila jatuh sifat taklif maka dia tidak dituntut sedikitpun melaksanakan tugas-tugas keagamaan.
Dalilnya ialah hadis Ali r.a. bahawa Nabi SAW bersabda :
رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل
“Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“. (Abu Daud (4403) dan selainnya).
3. Tiada keuzuran yang menghalangnya berpuasa ataupun Mengharuskanya Berbuka
3.1 Keuzuran yang menghalang daripada berpuasa ialah :
1. Berada di dalam keadaan haid atau nifas pada mana-mana bahagian waktu siang.
2. Pengsan atau gila sepanjang siang hari. Sekiranya dia sedar pada waktu siang walaupun satu saat, maka hilanglah keuzuran dan dia wajib menahan diri untuk baki hari tersebut.
3.2 Keuzuran yang mengharuskan berbuka ialah :
1. Sakit yang mendatangkan mudharat yang besar ataupun kesakitan dan kebimbangan yang amat dahsyat kepada orang yang berpuasa. Jika penyakitnya itu menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu semakin dahsyat (jika dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan mati (sekiranya dia meneruskan puasanya), maja pada waktu itu dia wajib berbuka.
2. Musafir yang jauh tidak kurang daripada 83 km dengan syarat ia adalah pemusafiran yang dibenarkan dan mencakupi seluruh hari.
Mengenai seorang yang berpuasa, pada waktu paginya dia bermukim, kemudian dia bermusafir pada waktu siang, maka dia tidak dibenarkan berbuka.
Dalil kedua-dua penguzuran ini ialah firman Allah ;
وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
“dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain“. (Al-Baqarah : 185)
3. Tidak mampu berpuasa. Oleh itu tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh kerana puasa hanya wajib terhadap orang yang mampu melakukannya.
Dalilnya adalah firman Allah ;
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
“dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (Al-Baqarah : 184)
Dibacakan juga ‘Yutawwaqunahu’ yang bermaksud jika mereka tetap diwajibkan melakukannya (puasa), nescaya mereka tidak mampu melakukannya.
Ibnu Abbad r.a. berkata : Yang dimaksudkan ialah orang lelaki dan perempuan yang terlalu tua, keduanya tidak mampu untuk berpuasa, kedua-duanya hendaklah menggantikan setiap hari puasa dengan memberi makan seorang fakir miskin. Riwayat Bukhari (4235).
Syarat Sah Puasa
Syarat Sah Puasa ialah :
- Islam, tidak sah puasa orang kafir.
- Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagaimana sembahyang.
- Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.
Siap ditaip pada jam 8.17PM
Seberbay, Hari Khamis 13/8/09.
terima kasih
ahmad rushdi
Assalamualaikum Ustaz, bagaimana pula dengan niat… Ustaz? Adakah ianya termasuk syarat sah puasa?
Waalaikumussalam, Niat adalah rukun puasa. Tidak termasuk di dalam syarat sah.
Rukun puasa :
1. Niat puasa.
2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.
Kita kena tahu, rukun adalah benda yang tak dapat tidak untuk sah puasa. Pasti kena ada niat. Niat adalah termasuk hakikat puasa.
Niat ni ditujukan kepada ibadat, tetapi pada bab puasa ni dimaafkan niat daripada masuk ibadat (puasa), kerana berhati-hati, takut terlepas waktu. Sebab tu dibolehkan niat sebelum fajar.
terima kasih.
baca rukun puasa disini http://www.ahmadrushdi.com/2009/08/rukun-puasa/
salam..ustaz..apakah sah puasa bila bangun pagi lebih kurang jam 7.30 pagi,mandi kemudian memberus gigi.maksudnya ambil berus,letak ubat gigi kemudian masuk kedalam mulut dan berus.tak batal ke puasa?
wslm.. sebenarnya Ulama’ bahas panjang berkaitan hal (berus gigi atau siwak). Saya bagi jawapan pendek cukuplah.
Sah puasa kalau bangun 7.30 pagi (mesti terlepas subuh ni
), jika sudah niat pada malamnya. Manakala berus gigi menggunakan ubat gigi pun boleh dan sah puasa. Cuma kena berhati-hatilah, jangan sampai telan ubat gigi tu. Kalau telan batallah puasa. hehe..
harap dapat membantu. terima kasih bertanya.
adakah sah puasa bg lelaki yg tidak menghadas besar sehingga selepas azan subuh?
Sah puasa bagi lelaki yang berhadas besar walau selepas azan subuh, sama ada kerana bersetubuh atau mimpi.
Ramai beranggapan tidak boleh puasa, ini silap. Cuma kita berjaga-jaga didalam proses mandi hadas supaya tidak berlakunya perkara membatalkan puasa seperti memasukkan air ke dalam rongga yang terbuka.
Ada didalam hadis menceritakan bahawa nabi pernah dalam keadaan junub hingga sampai waktu subuh, dan nabi terus berpuasa.