Ahmad Rushdi

Korban – Sunat Yang Dituntut

Kaabah Mekah

Kaabah Mekah

Assalamualaikum, apa khabar semua? harap sihat belaka. Aku disini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat islam seluruh dunia. Terutama kepada Ayah dan Ibu aku, abang-abang, kakak-kakak, serta sanak-saudara. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini, rakan-rakan blogger yang masih ingat dengan nickname ‘arynet’ ini. Maaf Zahir dan Batin.

Kepada semua yang berkemampuan, adakah anda melakukan korban pada tahun ini? Harap ada yang buat ya! Semoga kalian lebih mendekatkan diri kepada Allah. Makan tu ingatlah orang disini ya! jom kita kenal sikit tentang korban ini.

Pengertian Korban

Korban ialah binatang yang disembelih terdiri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada Allah pada hari raya.

Dalil Disyariatkan Korban

Dalil disyariatkan korban ialah firman Allah Taala :

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.

Maksud berkorbanlah mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih binatang korban.

Siapakah yang dituntut untuk melakukan korban?

Korban disunatkan kepada sesiapa yang mempunyai syarat-syarat berikut :

  1. Islam- Oleh itu, korban tidak ditujukan kepada orang bukan Islam.
  2. Baligh dan berakal : Orang yang belum baligh dan tidak berakal, gugur taklif tersebut daripadanya.
  3. Berkemampuan : bagi mereka yang memiliki harta yang lebih untuk korban dan cukup untuk diri sendiri dan mereka yang dibawah tanggungan sama ada makanan pakaian dan tempat tinggal, pada hari raya dan hari-hari Tasyrik.

Kepada sesiapa yang dah cukup syarat tu. Harap bersegeralah, ini kerana korban merupakan sunat yang dituntut.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca huraian ringkas korban.

Categories: Bicara Syariah, Diari

Kemalangan Maut » « Huraian Ringkas Ibadah Korban

2 Comments

  1. salam aidiladha, semoga fadhilat hari yang mulia ini menjadi pedoman di dalam kehidupan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2014 Ahmad Rushdi

Up ↑