Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Minggu ini sibuk dengan belajar kerana peperiksaan semakin hampir. Ustaz Hafiz yang sudah tamat pengajian disini mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 9hb Januari 2010. Majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat diadakan, jamuan ringkas disediakan kepada para tetamu. Jom kita lihat gambar sepanjang hari kenduri sehingga Ustaz Hafiz pulang.

Potong Memotong

Potong Memotong

1. Shahir, Loqman dan Abah sibuk mengupas dan memotong bahan untuk memasak.

Menyediakan Bahan Masakan

Menyediakan Bahan Masakan

2. Aku hanya berlakon menyediakan bahan masakan. Orang lain sudah selesai buat. hehe..

Ustaz Hafiz berlakon potong bawang

Ustaz Hafiz berlakon potong bawang

3. Ini juga lakonan, tapi nampak macam betul. Tahniah Ustaz Hafiz.

Sediakan teh panas

Sediakan teh panas

4. Syeikh Wahbah Anwer, sahabat berbangsa Arab keturunan Rasulallah SAW.

Menghidang Makanan

5. Sedang sibuk menghidang makanan kepada tetamu. Nasi 2 periuk besar tidak cukup, terpaksa masak semula untuk tetamu yang datang lewat.

Ahmad Rushdi dan Farid Rashidi

Ahmad Rushdi dan Farid Rashidi

6. Aku dan Faridrashidi, penulis blog http://www.faridrashidi.com

Dua ekor kucing kesejukkan

Dua ekor kucing kesejukkan

7. Dua ekor kucing yang digelar Shincan dan Himawari. Kesejukan yang amat sangat memaksa mereka tidur. Orang lain sibuk melayan tetamu, dua beradik ini hanya tahu tidur. 😀

Ustaz Hafiz dan rakan seperjuangan

Ustaz Hafiz dan rakan seperjuangan

8. Bergambar dengan rakan seperjuangan.

Qasidah Burdah

Qasidah Burdah

9. Memuji Baginda Rasulallah SAW, dengan Qasidah dan Burdah oleh Syeikh Wahbah Anwer.

Geng mari awal

Geng mari awal

10. Sebelum memulakan perlawanan.

Gaya membawa bola Ustaz hafiz

Gaya membawa bola Ustaz hafiz

11. Gaya seorang pemain professional. Berjaya menghasilkan 1 gol sepanjang 2 jam permainan. Satu gol membawa balik kenangan selamanya. 😀

Keceriaan

Keceriaan

12. Keceriaan Ustaz Hafiz ketika dalam padang.

Bergambar Selepas Main

Bergambar Selepas Main

13. Menunggu kek dibuka.

Ustaz Hafiz sebelum memotong kek

Ustaz Hafiz sebelum memotong kek

14. Wah!! kek yang di bawa oleh adik-adik baru khas untuk Ustaz Hafiz.

Sebelum bertolak ke lapangan terbang

Sebelum bertolak ke lapangan terbang

15. Bergambar di rumah sebelum bertolak ke lapangan terbang – Cairo International Airport.

* Aku sangat sedih, nak keluar air mata pun ada. Tapi tahan, hehe. Entah bila boleh jumpa lagi. Gurau dan lawak bersama Ustaz Hafiz menjadi kenangan.


  • Seronok tengok photo ni. Kalau ada rezeki insyallah anak-anak saya akan menjejaki kaki ke sana…insyallah.

    Nota : denaihati telah berpindah rumah baru @ denaihati.com sila kunjungi untk berita terkini contest Berani Gagal.

    • admin

      hehe. memang seronok. Kerjasama sesama pelajar menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Ukhwah terjalin.

      Anak-anak? insyaAllah, kalau sudah jejak kaki ke sini, kenalah banyak bersabar dalam menuntut ilmu.

      Terima kasih. dah bookmark rumah baru!

  • wah, bestnya. main bola sampai 2 jam? dasyat. hehe

    • admin

      kejap je 2 jam tu, musim sejuk main peluh cepat kering. Jadi, tidak terasa sangat. haha..

      • haha, tp semput gak kalau main dalam sejuk pun. hehe, tp bila dah seronok. mmg tak hingat dah. betul tak. 😛