Adakah Anda Berasa Bosan?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bat sekarang sudah pergi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik di Kota Tinggi, Johor. Aku pun pernah sampai ke sana, kawasan felda yang penuh dengan ladang kelapa sawit :D . Semoga berjaya.

Aku terdetik untuk menulis berkaitan bosan. Ramai yang selalu menggunakan perkataan ini. Tambahan pula ramai kawan-kawan yang memenuhi senarai Yahoo Messenger menulis perkataan bosan sebagai status. Sebelum itu mari kita kenal makna bosan, menurut kamus dewan :

  1. Bosan  -  sudah tidak suka lagi, jemu, boyak: saya sudah ~ makan daging; dia sudah ~ akan isterinya; ~ mendengar kisah yg sama berulang kali;
  2. Bosan - membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~;
  3. Bosan – kebosanan 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk kekenyangan;
  4. Bosan - pembosan mudah (lekas) bosan.

Jadi, aku cuba untuk menguji sahabat karib aku yang kebetulan menulis status yang menunjukkan dia sedang bosan, haha. Aku ajukan soalan, kenapa engkau berasa bosan? kebanyakkan akan menjawab – tidak tahu hendak buat apa. Itulah jawapan yang paling kerap aku dapat.

Seterusnya aku akan berikan jawapan, pasti engkau akan terima jawapan aku dan tidak akan memberi sebarang kritikan, balas aku. Dia terasa seperti tercabar. Lalu aku berikan jawapan tersebut. Nah  ini jawapannya – “Engkau bosan sebab engkau kurang beribadat kepada tuhan.” Jika engkau beribadat adakah engkau akan bosan? Tentu tidak, jika masih bosan, pasti tiada rasa cintakan ibadat terhadap tuhan. Dia mengalah, bersetuju dengan apa yang aku berikan.

Adakah aku terlalu kejam? haha. Bagi aku dan dia, memang tiada masalah disebabkan aku memang suka berdebat secara baik dari zaman sekolah lagi. Kami menjadi lebih rapat tatkala membincangkan perkara seperti ini. Bagaimana pula dengan sahabat blogger lain? Apa pandangan anda tentang bosan? hehe..

* Entri ringkas 2010, seterusnya entri untuk infomalaya pula. Exam sudah semakin hampir, doakan aku rajin dan berjaya.. hehe ~

Related Posts with Thumbnails
Artikel ini berguna? Jom kongsi! :
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • Tumblr
  • Twitter
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • FriendFeed
  • MisterWong
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Scoopeo
  • Yahoo! Buzz

Anda Mungkin Tertarik Untuk Membaca :

  1. Adakah Anda Sayang Ibu Bapa Anda?
  2. Adakah Aku Telah Berubah?
  3. Hormatlah Pada Guru
  4. Apa komen anda semua?
  5. Saya Pun Boleh Berjaya
  6. Pertandingan Ulangtahun ke-3 Infomalaya

Printed from: http://www.ahmadrushdi.com/2010/01/adakah-anda-berasa-bosan/ .
© Ahmad Rushdi Dot Com 2010.

12 Comments   »

  1. Maya says:

    salam…emmm tk bosan..hehehe

    • admin says:

      hehe.. jgn terkesan. ini hanya perbahasan antara 2 sahabat karib.. haha..

  2. aidi-safuan says:

    lepas baca nih teros insaf!
    sob2…

    • admin says:

      insaf? bagus la. lenkali tak leh dah guna perkataan bosan ni.. hehe.. tukar2..

  3. ma3L says:

    bila aku baca ni terus tak bosan!!!!hahaha

  4. adib. says:

    tidak perlu ada istilah bosan sebagai seorang pelajar..eehhee…

    seperti ungkapan emas encik ahmadrushi….”tak perlu semua itu”

    apa nk buat..rajin membaca terus kan belajar….

    kalau tak mampu jugak..nescaya anda hnyalah manusia yg hnya berada di dalam selimut semata2…..

    p/s : sorry….terlebih sudah..

  5. Faridrashidi says:

    Semoga kita tak bosan dan tak malas untuk baca kitab. Pesanan dariku untukmu dan darimu untukku.

  6. Eriyza says:

    Bila byk kerja, takde
    masa nak membosankan
    diri. Kekeke!!!

    • admin says:

      yap, itu mmg betul. kalau bosan bekerja, apakah istilah yg patut diberi?? haha..

RSS feed for comments on this post , TrackBack URI

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
  • Profail

    Aku seorang budak kampung, terlalu nakal ketika kecil. Aku kurang suka suasana bandar. Aku suka aktiviti lasak.   read more

  • Follow Me

    facebook twitter Google Account
  • Disclaimer

    Ahmad Rushdi Dot Com tidak akan bertanggung jawab di atas segala perkara berbangkit dari artikel yang disiarkan. Setiap artikel di laman ini adalah milik Ahmad Rushdi kecuali dinyatakan. Pengunjung boleh menyalin artikel yang berguna, dan pastikan kredit/pautan pemilik asal disertakan diakhir setiap artikel. Terima Kasih. Soalan? emel Emel

Switch to our mobile site