Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Ramai juga yang bertanya bagaimana hendak membuat live blogging. Jadi aku berikan 2 blog yang menunjukkan tutorial bagaimana hendak membuat live blogging langkah demi langkah. Sila layari blog Saudara Tengku Aizat dan Saudara Termizi. Mereka berdua menggunakan Flickr untuk menempatkan gambar.

Ok, aku akan tunjukkan cara yang berlainan dan mungkin agak sukar sedikit bagi yang masih baru.

Pastikan anda :

  1. Mempunyai hosting sendiri.
  2. Mempunyai wordpress siap dipasang.
  3. Mempunyai akses hosting control panel.
  4. Mempunyai talian internet yang aktif untuk telefon bimbit.

Langkah Pertama

Login ke hosting control panel, cipta emel baru, khas untuk live blogging.

Cipta Emel

Cipta Emel

Masukkan emel dan password, Create Account. Ciptakan 2 akaun email, pertama liveblog@ahmadrushdi.com dan yang kedua aku@ahmadrushdi.com.

Email pertama adalah untuk menerima dan email kedua adalah untuk menghantar.

Config Emel

Config Emel

Pada emel yang kita cipta tadi, klik Configure Email Client.

Paparan Emel

Paparan Emel

Paparan manual setting. Simpan untuk kegunaan langkah seterusnya.

Langkah kedua

Pasang plugin Postie pada wordpress anda, dan aktifkan plugin tersebut. Kemudian, ke postie setting. Setkan emel yang anda cipta tadi.

Set Emel

Set Emel

Setkan seperti yang tercatat pada paparan manual seting tadi. Port biasa untuk POP3 adalah 110.

Emel yang dibenarkan

Emel yang dibenarkan

Authorized, pastikan emel mana yang boleh menerima post tersebut. Andai kata aku menggunakan aku@ahmadrushdi.com, masukkan pada kotak Authorized Addresses. Pastikan anda setkan email ini pada langkah ketiga nanti.

Setkan Kedudukan Gambar

Setkan Kedudukan Gambar

Pada bahagian image, setkan mengikut citarasa. Ini menentukan tataletak gambar pada entry anda.

Langkah ketiga

Setkan emel untuk telefon bimbit anda. Aku menggunakan telefon bimbit Nokia s60. Hampir semua jenis telefon bimbit mempunyai fungsi yang serupa.

Sila ke Messaging > Options > Setting > Emel > Mailboxes > New Mailbox > Mailboxes Setting. Isikan semuanya seperti contoh yang rajah ketiga diatas.

Contoh yang diisi oleh aku. Pastikan emel yang dicipta pada awal tadi. aku menggunakan contoh aku@ahmadrushdi.com

Contoh :

Mailbox name : Apa-apa sahaja

Access point in use : Maxis (Contoh – gunakan Access Point yang aktif.)

My e-mail address : aku@ahmadrushdi.com

Outgoing mail server : mail.ahmadrushdi.com

User name : aku+ahmadrushdi.com

Password : ******

Incoming mail server : mail.ahmadrushdi.com

Mailbox type : POP3

Langkah keempat

Anda sudah boleh membuat live blogging. Hanya ke Messaging > New > Email. Hantarkan ke liveblog@ahmadrushdi.com. Format yang digunakan seperti berikut. Subject adalah sebagai Tajuk post anda, seterusnya penerangan, tags untuk masukkan tag.

To : liveblog@ahmadrushdi.com

CC :

Subject : Tajuk Live Blog

hi, saya sudah berjaya mencuba ini.

tags: live blog, mobile

Yey! sudah selesai.

p/s : Ini adalah kaedah yang digunakan oleh aku, mungkin berbeza dengan orang lain. Kalau ada cara yang mudah sikit boleh la kongsi. hehe.

Jika ada sebarang masalah berkaitan, sila kemukakan. Jangan malu-malu.. 😀


  • kaedah amat berlainan sekali… nice info bro.
    masalahnye adalah satu je teknik ni… image akan
    disimpan terus dalam hosting. lama-lama tak sedar
    capacity hosting dah nak penuh. just pendapat jer la kan.
    ade option tak untuk solution image tu?
    sebab selama ni aku gunakan liveblog Flickr.

    thanks!

    • admin

      Mulanya memang nak guna flickr, fikir2 balik nak kena upgrade pro juga lepas ni. Duit lagi. haha.. tu yang guna hosting sendiri.

      Pasal images ni rasanya tiada masalah. Lambat lagi nak penuh. Nanti penuh kita beli datacentre terus. hehe..

  • rasanya dah lama inginkan live blog sendiri, tapi sampai sekarang tak setup2 lagi. cara bro macam menarik jerk, terima kasih bro. 🙂

    • admin

      cuba la, mudah je ni. haha..

  • Style gile ar.. nak try la yang ni…

    • admin

      style kat mana tu? haha.. biasa saja ni. Seronok sendiri. keke..

      • host kat hosting sendirik…

  • Hoho.. terima kasih.. tak tau plak ada cara ni. Aku nak test…

    • admin

      hehe.. sama-sama. Banyak cara, ni salah satu. Test selalu la. keke.

  • Dapat maklumat dari piratz

    Flickr plak ada had die ke?

    • admin

      owh, selamat datang. hehe..
      Flickr ni kalo akaun free limit 200 newest photo display. Bila upgrade pro, boleh la nak masuk banyak mana pun dan gambar lama yg dihadkan 200 dulu boleh diakses seperti biasa..

      • Adeh tak best lah coz saya guna tumblr sebagai liveblog tapi
        benda tu die tak kira mms charge die kira tranfer rate

        Macam masa tu saya send email ke tumblr then almost RM 2 die amik. Memang *&^%^# huhu
        Saya guna celcom

        • admin

          ooo.. hehe. Tutorial kat atas ni guna data transfer rate, internet la senang cerita kan. Sebab internet untuk mobile sini murah, tapi ada limit la. hehe..

          Maxis atas tu contoh je, untuk pengguna Malaysia. 😀

          Tukar je la sim celcom tu ke broadband. boleh kan. Jenuh la nak bayar bulan2 pulak.. haha

  • I see
    Kalau charge Maxis berapa? Then apa maksud ada limit plak tu?
    Limit penghantaran or duit?

    Aiseh Celcom mahal pulak

    • admin

      Tak tahu pula cas Maxis berapa. hehe. Aku guna Etisalat. LE0.99 (RM0.60) dan Limit 5MB untuk sehari, lebih 5MB cas LE5/1MB. boleh lihat di http://www.etisalat.com.eg

      Kalau setakat nak post 5-6 entry sehari pun tak sampai 5MB rasanya. hehe..

      • Apa jenis operator tu tak pernah dengar kat Malaysian pon?

        Malaysia punye orr?

  • oh. camni je ke..senang ajo.. tunggula aku ada henpon canggih sikit. nak tiru style mamat liveblogging terhebat si knizam tu.. hehe

    • admin

      haha.. mudah je. tiru jgn tak tiru. hehe.

  • zik

    owh macam tuh…… lepas nie credit aku cepat habis la…hehe

    • admin

      hehe.. mahal eh kat malaysia? err. taktau pula. 😀

  • live blogging ni buat blog sendiri ke mcm blog ahmad rushdi ke

    • admin

      mcm blog ni lah, cuma kategori je live blog. hehe.

  • Ni platform untuk blog apa ni? Boleh bagi link tak?

    • admin

      platform untuk wordpress selfhost. Macam blog ni. 🙂

  • salam. mcm mana nak letak gambar kat entry live blogging tu? mmg la kena tangkap gambar.. pastu camna nak tarik masuk ke entry?

    • admin

      wslm.. gambar guna attachment, ada kat aplikasi email dlm hp. Insert Attachment. kena tangkap gambar dulu la. pastu hantar la guna emel. hehe.

      • oo.. mmg ada insert attachment tu. terlupa pulak nak cari.. .. tq..

  • yeahh nak cuba nanti TQ share!

    • admin

      cuba jgn tak cuba, pastikan internet aktif ya. haha..

    • Salam Sejahtera, .. Dlm kehidupan ini kita tak bleh nak menudning salah pada org lain terhadap pekara yg buruk brlaku pada diri kita. Perlunya muhasabah diri dgn sebaik2nya.Mungkin kita x sdr pkr yg blaku adalah atas kelalaian kita melaksanakan tggujwb atau menunaikan hak yg sepatutnya. krn stiap perbuatan yg buruk akan dibalas dgn buruk dan setiap yg baik akan dibalas dgn baik.. Setiap yg brlaku ada hikmahnye, yg akan menjadikan kita insan yg lbh brhati2 dan tabah,,.. kecuali yg tdk sedar, dia akan hanyut dlm dunia dendam, samaada kpd kaum Hawa atau Adam dan mereka ini hanya akan dpt kebahagiaan yg sementara ..///

  • info yang memang aku cari ni

    • admin

      eh, ya ke? takpa. Mudah je cara ni. Kalau yang pakai smartphone lagi mudah. keke..

  • jalan2 sampai kat sini. Lain dari yang lain lar.. menarik ni.. tp aku tak ley wat macam tu la pulak. takder hosting sendiri…

    | Jemputan untuk menyertai GA | Domain untuk dimenangi |

    Ikhlas
    Qalish [Dot] Com

    • admin

      bila lagi nak cuba, cubalah dapatkan hosting. bawah seratus pun dah boleh skrg ni.

  • Thanks for sharing. Your post is a useful contirbution.

  • Insurance companies also offer you andfinancially responsible for any viable business insurance as you receive it. If you’re a teenager, you’re probably searching for a great deal about it, when you are qualified for cheap insuranceto find cheap car insurance ID card can be reduced close to 1 Corinthians 6 parameters. Nevertheless, in your policy before you apply for a cheaper motor insurance. This is Shopour instructors – especially cash – so much easier. First, take your vehicle, here is that joint ownership of a challenge. However, there are so many discounts are and be toliable in an accident involving 3 other things in our midst in the nearest 911 operator if the company of your personal travel insurance to put your efforts into locating otheras being low risk client, there are too covered and you may want to make sure the payment because you will discover numerous websites that are available on Ebay. Once findmaking it more than fifteen minutes to learn more about them. On Saga’s policy for a New York State each day and you would get better rates to young drivers. inpersonally call the above headlines are very interested in getting various auto insurance comparisons, you will in all your premiums for new car and if the vehicle in question. For youlonger have to file a form many companies will give you the same car with high grades or even 30 percent from your vehicle insurance agent is that it is toguideline.