Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Hari ni aku bawa kawan tunjukkan jalan ke kedai jubah wanita yang dipesan orang dari Malaysia. Selesai tengok-tengok jubah, singgah kedai makan. Serius, menyesal sebab kedai elok dan bersih. Makanan dan servis rosak! Pertama dan terakhir. 😛 Dah maghrib rupanya, kami solat di masjid berdekatan.

Pulang ke rumah, sampai di rumah sudah hampir Isya’. Selesai Isya’ siap untuk pergi bermain futsal. Teringin nak main dan jumpa Dr. Jamie buat kali terakhir beliau di Mesir.

Aku pun sekarang jarang main futsal, masa main tadi tak lari sangat. Sekadar mengeluarkan peluh dan merenggangkan otot.

Credit gambar -

Credit gambar – Mat Rusdi

Bergambar beramai-ramai selepas bermain, ada seorang budak hyperactive Ziyad namanya. Letih aku disuruh buat gol dengan batu kerikil, jenuh!!. hahaha tapi layankan saja jiwa kanak-kanak. Jadilah aku seorang kanak-kanak, melompat-lompat main dengan dia.

jami-penulis

Penulis & Dr jami

Dr. Jami kalau main bola, memang professional. Macam-macam skil timbul, tapi sekarang kurang dah skil sebab badan dia dah naik, happy la katakan 😛 Aku pun banyak skil, tapi takleh tunjuk. hehe

Pernah beraksi dalam satu pasukan pada kejohanan Piala Presiden anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Aku doakan semoga dia selamat perjalanan pulang dan berjaya dalam kerjaya sebagai seorang doktor. Aku pernah tanya dia dulu “Hang nanti nak ambil apa tu specialist ka apa dalam bidang doktor ni?”. “Aku minat Jantung. Doa aku ehh”

Semoga selamat menjadi pakar jantung suatu hari nanti.

Piala Presiden PMRAM 2009

Piala Presiden PMRAM 2009

Balik main futsal, di luar stadium ada drift – orang mesir marii!! Layan kejap tengok. Boleh la sikit-sikit walaupun tak best. Pusing-pusing gitu je. Tapi yang menariknya ada sebuah Volkswagen lama, aku panggil ‘gheta kura‘ pun buat drift haa jangan buat main. hahaha. Layan video drift dulu, dan sekian.


  • Futsal memang olahraga yang menarik