Perkara Sunat Ketika Berbuka Puasa

Perkara Sunat Ketika Berbuka Puasa

Telah disebut di dalam hadith tentang adab ketika berbuka puasa seperti mana yang telah disuruh syarak ke atas orang yang berpuasa apabila berbuka puasa dengan beberapa tamar / kurma terlebih dahulu, maka jika tiada tamar / kurma berbukalah dengan beberapa teguk air.

Telah dikeluarkan oleh Abu Isa At-Tarmizi :

“عن أنس بن مالك، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من وجد تمرا فليفطر عليه ومن لا فليفطر على ماء، فإن الماء طهور

Maksud hadith : Daripada Anas Bin Malik katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Barang siapa yang mendapat ia akan Tamar, maka hendaklah berbuka puasa atasnya (tamar), dan barang siapa yang tiada dapat, maka hendaklah berbuka puasa atasnya air, bahawasanya air suci.

Dalam hadith diatas, kita faham bahawasanya disunatkan berbuka puasa jika ada kurma. Jika tiada kurma, dengan sebab tidak sempat membeli atau tiada di tempat tersebut atau masalah kesihatan, tidak mampu memakan kurma. Maka hendaklah berbuka puasa dengan air sejuk.

Kenapa berbuka puasa dengan air sejuk jika tiada kurma? Ok, disebabkan kita berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, perut kita menjadi kosong. Air sejuk menyucikan perut dan membersih dari masalah perut tidak dapat mencerna makanan, juga membuang angin didalam perut serta melancarkan saluran bagi makanan.

Disamping itu juga menguatkan isi perut supaya lebih selesa dan memudahkan pergerakan perut untuk menyempurkan proses pencernaan. juga membuatkan kita semangat untuk solat taraweh kerana perut selesa.

Adalah lebih baik jika anda semua berbuka dengan beberapa biji kurma dan air sejuk, kemudian solat Maghrib. Seterusnya barulah makan makanan berat seperti nasi dan sebagainya. 😀

Salam Ramadhan, selamat beramal.