Git Bash Prompts And Tab Completion

05/12/2012

Get – Git Completion Bash

Put in ~/.bashrc
source ~/.git-completion.sh
export PS1='[\u@\h \W$(__git_ps1 " (%s)")]\$ '

Install Ruby on Rails In Fedora 17

02/12/2012

Install git dan Curl
sudo yum install git
sudo yum install curl

Install RVM
curl -L get.rvm.io | bash -s stable
source ~/.rvm/scripts/rvm
sudo yum install make bzip2 gcc-c++ patch readline readline-devel zlib zlib-devel libyaml-devel libffi-devel libxslt-devel sqlite sqlite-devel openssl openssl-devel

Install Ruby
rvm install 1.9.3
rvm use 1.9.3 --default
gem install rails

Cuba Rails – berfungsi atau tidak.
rails new nama_aplikasi
cd nama_aplikasi
rails server

*Javascript – sudo yum install nodejs

Ubuntu, Fedora dan Windows 8

08/11/2012

Ubuntu Desktop*

  1. Lama sudah aku menggunakan Ubuntu, sejak 2006.
  2. Pertama kali rasa versi 6.10 kalau tak silap.
  3. Susahnya nak guna. Bila lama dah guna jadi biasa dan senang.
  4. Versi paling seronok aku guna adalah versi 10.04. Versi sebelum datangnya Unity.
  5. Unity bagi aku, masih gagal sehingga keluaran versi terbaru 12.10. Aku beralih ke Xubuntu.

Fedora 17

  1. Kerana kecewa dengan Unity, aku beralih ke Fedora.
  2. Sebelum ini langsung tidak sentuh Fedora, hanya mencuba beberapa distro percuma lain.
  3. Setelah mencuba Fedora 17 – Gnome 3 dan xfce. Mantap dan stabil.
  4. Kejayaan Fedora mungkin sokongan dari Redhat.
  5. Fedora adalah distro terbaik pernah aku guna, sama ada Gnome atau xfce.

Windows 8

  1. Windows 8, membuatkan aku meninggalkan Fedora.
  2. Ringan dan ringkas, aku suka.
  3. Semua akaun nak ‘connect‘, bukan semua orang suka tau!
  4. Sebab apa aku guna? Murah! haha 😀
  5. Kalau dah install update, 2 hari baru dia restart. Tak seperti sebelum w7, asyik kena postpone, benci!

* Unity buat masa sekarang ini masih gagal juga nautilus pada Ubuntu juga tidak memuaskan.

Linux Folder Permission

27/10/2012

Note – Linux file and folder permission

# chmod -R 777 /path-folder-anda
# chown -R nobody /path-folder-anda

Shoruha Green Pro Coming

21/09/2012

Shoruha Green Pro coming, start from scratch. Finished on HTML and CCS. WordPress theme will release soon. I hope can finish it as soon as possible.

Asas Halaman HTML

14/09/2012

Sambungan dari Pengenalan HTML5 dan CSS3.

Setelah kita faham apa itu HTML5 dan CSS3, kita akan sambung pembelajaran kita membina laman web ini dengan mengetahui pula asas halaman HTML.

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, saya tunjukkan asas halaman HTML yang dipaparkan pada pelayar web tanpa adanya CSS.

Seterusnya saya tunjukkan paparan kod HTML yang digunakan untuk memaparkan halaman seperti gambar di atas. (more…)

My Responsive Width

14/09/2012

Note – My Responsive Width

@media screen and (max-width: 870px) {}
@media screen and (max-width: 770px) {}
@media screen and (max-width: 620px) {}

Pengenalan HTML5 dan CSS3

10/09/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung. Lama sudah tidak menulis berkaitan pembangunan web ini. Sebabnya dulu ada niat mahu berhenti, namun tidak boleh. Asyik teringat pasal kod dan web.

Oleh kerana kemahiran masih belum hilang, aku cuba untuk menulis dan menajamkan kembali kemahiran membina laman web dan menulis kod untuk tema-tema CMS terutamanya tema wordpress.

Sebenarnya ramai mereka yang mahir dalam perkara sebegini di Malaysia. Sama ada yang bersama-sama dalam kumpulan atau bergerak sebagai individu. Aku memilih untuk bergerak secara individu buat masa ini, kerana ada komitmen lain yang lebih utama.

Mungkin ramai yang pernah membina laman web, atau yang pernah mendengar mengenai HTML. Bagi mereka yang biasa dengan HTML ini akan timbul perasaan teruja apabila menulis sesuatu kod mengikut kehendak mereka. Bagaimana menulis kod dan menghias laman web, pelajar web jenis mana yang digunakan. Ia adalah satu cabaran untuk memaparkan laman web kepada umum.

Sekarang dunia laman web sudah mencapai satu tahap yang tinggi dimana kita selalu kata tanpa sempadan. Bebas untuk berkongsi dan mengakses maklumat dari mana-mana komuniti, dimana sahaja, dan tidak kira masa. Teknologi web adalah satu cara sesebuah komuniti untuk saling berhubung.

Jadi, bagi mereka yang kerjanya membina laman web atau aplikasi web perlu memikirkan cara untuk menarik ramai pengguna dengan antara muka laman yang menarik, ringkas dan pantas. Teknologi kod juga turut berubah dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Pengenalan HTML dan CSS

Setiap laman web memerlukan HTML, tanpa HTML ia tidak dipanggil laman web. HTML digunakan untuk menentukan kandungan pada sesuatu halaman. HTML mula diperkenalkan pada awal 1990, sebagai dokumen ringkas element yang digunakan untuk membina laman web. (more…)

Sepetang Di Bulan Ramadhan

27/07/2012

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog ini. Sedar tidak sedar sudah 8 hari berpuasa di tahun 1433 Hijrah ini. Aku tinggal di Tanta, satu bandar kecil yang terlalu istimewa. Seronok tinggal di Tanta, macam-macam ada.

Disini, selepas asar ada liga bola sepak. Sepanjang Ramadhan. Kerap juga aku pergi menonton perlawanan. Mantap walaupun mereka berpuasa ketika bermain. Laju dan kuat.

Kebiasaan liga ini berlangsung sehingga Maghrib, waktu ini hampir 1 jam 30 minit sebelum berbuka.  Pasukan berbaju putih mendahului dengan jaringan 1-0

Budak-budak tu bukan dengar cakap, orang dah suruh duduk tepi degil juga nak tengok dekat-dekat. “Ya walad! ”  (more…)

Perkara Sunat Ketika Berbuka Puasa

22/07/2012

Telah disebut di dalam hadith tentang adab ketika berbuka puasa seperti mana yang telah disuruh syarak ke atas orang yang berpuasa apabila berbuka puasa dengan beberapa tamar / kurma terlebih dahulu, maka jika tiada tamar / kurma berbukalah dengan beberapa teguk air.

Telah dikeluarkan oleh Abu Isa At-Tarmizi :

“عن أنس بن مالك، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من وجد تمرا فليفطر عليه ومن لا فليفطر على ماء، فإن الماء طهور

Maksud hadith : Daripada Anas Bin Malik katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Barang siapa yang mendapat ia akan Tamar, maka hendaklah berbuka puasa atasnya (tamar), dan barang siapa yang tiada dapat, maka hendaklah berbuka puasa atasnya air, bahawasanya air suci.(more…)

Tips Menguruskan Badan

10/07/2012

Apa yang aku lihat sekarang ini, ramai rakyat Malaysia mengalami pertambahan berat badan dan kegemukan. Mungkin kerana terlalu kerap mencuba makanan baru, terutama makanan segera yang kini menjadi budaya rakyat Malaysia.

Duduk di rumah dan pesan!. Tunggu sampai, bayar dan makan. Semakin lama, semakin malas dibuatnya. Senaman pun tidak.

Akibatnya ramai yang mengalami masalah kegemukan dan obesiti. Ramai juga yang sedar tentang perkara ini, dan mula untuk kembali sihat seperti sebelumnya. Ini kerana akibat dari kegemukan, pelbagai penyakit menyerang seperti kencing manis, darah tinggi, masalah pernafasan dan sebagainya.

Ramai yang ingin mengurangkan berat badan, tapi aku sebenarnya ingin menambah berat badan.  sekarang ini sudah bertambah, sebanyak 3kg, yang sebelum ini 65kg. Sekarang sudah 68kg. Target seterusnya antara 72-75kg. Sikit lagi. yahhh! (more…)

Penyusuan Nabi Muhammad SAW

10/07/2012

Sambungan daripada kelahiran Nabi Muhammad,  pada mulanya Nabi disusui oleh Suaibah hamba wanita Abu Lahab selama beberapa hari. Kemudian Abdul Muthalib memberikan cucunya yang paling disayangi itu kepada  seorang ibu susu yang datang dari kampung seperti kebiasaan bangsa Arab. Bangsa Arab lebih senang untuk meyusukan anaknya kepada ibu susu dari kampung kerana keadaan di kampung udaranya lebih bersih untuk pertumbuhan anak kecil. Di samping pengaruh kampung sangat baik sekali bagi pertumbuhan akhlak si bayi dan bahsa di kapung lebih fasih daripada bahasa kota.

Waktu itu ada beberapa wanita datang dari kampung Banu Saad untuk mencari pekerjaan menyusukan anak bayi. Wanita Banu Saad sangat terkenal dengan pekerjaan mereka yang satu ini dan terkenal dengan kefasihan bahasanya. Di antara mereka yang datang itu adalah Siti Halimah Sa’diayah. Siti Halimah datang kerana waktu itu kampungnya sangat terdesak. Pada umumnya para ibu susu itu mencari bayi dari keluarga kaya agar mereka mendapat upah yang besar. Pada mulanya setiap kali bayi Abdul Muthalib itu ditawarkan pada setiap orang, mereka selalu tolak termasuklah Siti Halimah yang pada itu juga mencari bayi dari keluarga orang kaya. Namun sayang, Siti Halimah tidak mendapat bayi orang kaya, kerana itulah beliau terpaksa menerima bayi Abdul Muthalib yang miskin dan yatim. (more…)