Ahmad Rushdi » Bicara Syariah

Korban – Sunat Yang Dituntut
Kaabah Mekah

Assalamualaikum, apa khabar semua? harap sihat belaka. Aku disini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat islam seluruh dunia. Terutama kepada Ayah dan Ibu aku, abang-abang, kakak-kakak, serta sanak-saudara. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini, rakan-rakan blogger yang masih ingat dengan nickname ‘arynet’ ini. Maaf Zahir dan Batin.

Kepada semua yang berkemampuan, adakah anda melakukan korban pada tahun ini? Harap ada yang buat ya! Semoga kalian lebih mendekatkan diri kepada Allah. Makan tu ingatlah orang disini ya! jom kita kenal sikit tentang korban ini.

Pengertian Korban

Korban ialah binatang yang disembelih terdiri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada Allah pada hari raya.

Dalil Disyariatkan Korban

Dalil disyariatkan korban ialah firman Allah Taala :

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.

Maksud berkorbanlah mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih binatang korban.

Siapakah yang dituntut untuk melakukan korban?

Korban disunatkan kepada sesiapa yang mempunyai syarat-syarat berikut :

Islam- Oleh itu, korban tidak ditujukan kepada orang bukan Islam.

Baligh dan berakal : Orang yang belum baligh dan tidak berakal, gugur taklif tersebut daripadanya.

Berkemampuan : bagi mereka yang memiliki harta yang lebih untuk korban dan cukup untuk diri sendiri dan mereka yang dibawah tanggungan sama ada makanan pakaian dan tempat tinggal, pada hari raya dan hari-hari Tasyrik.

Kepada sesiapa yang dah cukup syarat tu. Harap bersegeralah, ini kerana korban merupakan sunat yang dituntut.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca huraian ringkas korban.

Huraian Ringkas Ibadah Korban
HURAIAN RINGKAS BERKENAAN IBADAH KORBAN DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA

Firman Allah Ta’ala bermaksud:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”

(Al-Kautsar: 2)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا  وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ  سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” …

(Surah Al-Hajj: 36)

1. SEJARAH KORBAN

Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s – Habil dan Qabil

Firman Allah Ta’ala :

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا  فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ  لَأَقْتُلَنَّكَ

Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah0, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya – sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

(Surah Al-Maidah: 27)

Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s

Firman Allah Ta’ala :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ # فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ # فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ  أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ  يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ  شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku – insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”

(Al-Soffat: 100-102)

Untuk mengetahui kisahnya dengan lebih terperinci,  tuan-tuan/puan-puan disarankan untuk membaca kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. InsyaAllah ceritanya menarik untuk dijadikan I’tibar.

2. HIKMAH KORBAN

Menyembelih korban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ  مِنْكُمْ

“Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.

(Surah Al-Hajj:37)

Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.

Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.

Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.

3.  DEFINASI KORBAN

Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala

(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).

4.    HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:

Korban sunat      (muakkad – yakni tersangat dituntut mengerjakannya)

Korban wajib

Bagaimana korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada:

Nazar itu nazar      yang sebenar (nazar hakikat) ataupun

Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar dan nazar dari segi hukum? Nazar sebenar/hakiki itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”.

Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut.

Binatang yang dinazarkan sebagai korban atau binatang korban wajib itu tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihibahkan (diberikan).

Sekiranya binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkorban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib baginya mengadakan nilaian harga yang lebih mahal daripada harga waktu dia memiliki yang dahulu, dan hendaklah dia membeli semula dengan nilaian itu binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun itu juga.

Jika luput dia daripada menyembelihnya, maka wajib ke atasnya menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapannya sebagai qadha yang luput itu. Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan harga nilaian itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dahulu itu hendaklah ditambahnya dengan hartanya yang lain. Begitulah juga hukumnya jika binatang itu tidak disembelih setelah masuk Hari Raya Adha dan binatang itu binasa dalam tempoh tersebut.

Jika binatang korban wajib itu rosak, umpamanya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan kerana kecuaiannya, tidaklah wajib dia menggantinya.

Manakala jika ia dibinasakan oleh orang lain, maka hendaklah orang yang membinasakan itu mengganti harga binatang korban wajib itu kepada orang yang punya korban dan dia hendaklah membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, hendaklah dibelinya yang lain sahaja sebagai ganti.

Adapun jika binatang korban wajib itu disembelih sebelum masuk waktu korban, wajiblah disedekahkan kesemua dagingnya dan tidak boleh bagi orang yang berkorban wajib itu memakan dagingnya walaupun sedikit dan wajib pula menyembelih yang sama dengannya pada hari korban itu sebagai ganti.

Jika binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) setelah dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan kecacatan binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka tidaklah disyaratkan menggantinya dan tidaklah terputus hukum wajib menyembelihnya dengan adanya cacat tersebut. Bahkan jika disembelihnya pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban.

Sekiranya binatang yang dalam keadaan cacat itu disembelih sebelum Hari Raya Adha hendaklah disedekahkan dagingnya itu dan tidak wajib menggantinya dengan binatang yang sama untuk disembelih pada Hari Raya Adha itu. Tetapi wajib bersedekah nilaian harga binatang yang disembelih itu.

Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru.

Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian.

Orang yang membuat korban bagi simati dengan izinnya (yakni dengan wasiatnya) wajiblah atasnya bersedekah kesemuanya. Tidak ada bahagian untuk dirinya atau orang-orang dibawah tanggungannya (nafkah), kerana ianya merupakan orang yang menerima dan orang yang menyerah. (Matla al-Badrain)

Bapa atau datuk boleh melaksanakan korban bagi orang yang diwalikan seperti anak dan cucunya dengan diambil perbelanjaan daripada harta ayah atau datuk atau anak atau cucu itu sendiri.

5. WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai solat dua rakaat  solat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah.

Ringkasnya: 10 Zulhijjah – 13 Zulhijjah.

Jika binatang korban disembelih selepas berakhirnya hari Tasyriq (setelah berlalunya hari Tasyriq yang terakhir) sembelihan itu tidak dianggap sebagai korban kerana dilakukan setelah berlalu masa yang diharuskan. Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang masih belum disembelih di dalam waktunya yang diharuskan, sehingga habis masa, ia wajib menyembelih binatang itu (walaupun diluar waktu) dan sembelihan itu dikira qadha.

(I’aanah at-Tholibin, Juz 2; hal: 331)

6. JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA

Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban itu ialah binatang korban itu hendaklah binatang ternakan (an‘am) seperti:

Unta atau yang      sejenisnya,

Lembu atau yang      sejenisnya

Lerbau atau yang      sejenisnya dan

Kambing atau yang      sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا  رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

Maksudnya:“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu”.(Surah al-Hajj: 34)

Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud aqiqah, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:

Maksudnya:“Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (dari Madinah) mengucapkan tahlil (Lailahaillallah), dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah”.(Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah korban tersebut.

Afdhalnya binatang yang dibuat korban itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

Binatang itu hendaklah cukup umur.  Dari Jabir bin Abdillah r.a, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri.” (Hadis riwayat Muslim)

Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:

Unta       yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk       tahun keenam.

Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda bermaksud:“Binatang korban yang paling bagus adalah jadza kambing” (Hadith riwayat Termizi dan Ahmad)

Uqbah bin Amir telah bertanya kepada Rasulullah saw, maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai jadza. Rasulullah menjawab: Berkorbanlah dengannya.”(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Syafie kalimah jadza dalam hadith-hadith diatas itu bermaksud kambing biri-biri yang berumur satu tahun.

Dan menurut Imam Nawawi: Keseluruhan ulama mazhab telah mengharuskan anak biri-biri yang berumur satu tahun (untuk korban) meskipun ia mendapat binatang lain ataupun tidak.

Didalam kitab Hasyiah al-Baijuri, Juz 2, halaman 306, ada menyebut “Mengikut pendapat yang rajih, apabila biri-biri yang belum sampai umur satu tahun tetapi telah bersalin giginya selepas ia berumur enam bulan maka boleh dibuat korban.”

Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.

Yang lebih afdhal berbuat korban  bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy, kemudian seekor kambing, kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu dan tujuh (7) ekor kambing lebih afdhal dari seekor unta dan seekor lembu atau kerbau.

Binatang terafdhal untuk dijadikan korban ialah unta, kemudian lembu kemudian biri-biri dan kemudian kambing. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang.

Tujuh (7) ekor biri-biri untuk korban adalah lebih afdhal daripada tujuh (7) ekor kambing untuk korban. Manakala tujuh (7) ekor kambing adalah lebih afdhal daripada satu ekor unta untuk korban kerana bertambahnya taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.

Binatang korban itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda bersabda: “Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan korban itu ialah:

a.

Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat korban.

b.

Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat korban.

c.

Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat korban.

d.

Binatang yang kurus sama ada kerana   sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.

e.

Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.

f.

Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227)

g.

Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227)

h.

Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat korban. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)

i.

Binatang yang berpenyakit gila atau   yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.

j.

Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Pendapat ini adalah muktamad. Mengikut Ibn al-Rif’ah memadai korban daripada binatang yang bunting. Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)

Binatang yang harus dibuat korban itu tidak kira samada jantan atau betina atau khuntha.

Binatang yang dikasi, sah dan harus dibuat korban, kerana dengan dikasi tubuhnya semakin bertambah gemuk. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)

Tambahan: Ibnu Abbas r.huma berpendapat bahawa adalah memadai korban itu hanya dengan “menumpahkan darah” walaupun dengan binatang seumpama ayam atau itik, sebagaimana yang dikatakan oleh Midaani. Syeikh (guru) bagi Syeikh al-Bajuri menyuruh supaya bertaqlidkan kepada pendapat Ibn Abbas ini dan beliau mengqiaskan ‘aqiqah keatas korban dan menyuruh sesiapa [yang tak mampu] yang memperolehi anak membuat aqiqah dengan ayam jantan berdasarkan kepada mazhab Ibn Abbas. (Hasyiah al-Allamah Baijuri & Matla al-Badrain) – Yang ni bagi mereka yang tersangat tak mampu.

6.   CARA MENYEMBELIH BINATANG KORBAN

Cara menyembelih binatang korban itu ialah dengan memotong kesemua halqum dan mari’ sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). Halqum itu ialah tempat keluar masuk nafas dan urat mari’ itu pula ialah tempat laluan makanan dan minuman yang terletak di bawah halqum.

Adalah wajib bagi orang yang menyembelih itu memotong halqum dan mari’ itu. Jika ditinggalkan sebahagian daripada halqum atau mari’ itu (belum putus) dan mati binatang tersebut dalam keadaan yang demikian, maka tiada sempurna sembelihan itu dan ia adalah dikira bangkai. Begitu juga jika telah berhenti gerak binatang yang disembelih itu padahal halqum atau mari’ belum putus, kemudian dipotong semula halqum atau mari’ yang tertinggal itu, maka yang demikian itu pun adalah menjadi bangkai (tidak boleh dimakan).

Disyaratkan binatang yang disembelih itu ada hayat mustaqirrah ketika mula-mula disembelih iaitu ia akan hidup jika tidak disembelih ketika itu. Di antara tanda adanya hayat mustaqirrah itu ialah kuat geraknya ketika dipotong halqum dan mari’nya, dan menyembur darahnya. Mengikut Imam An-Nawawi memadai dengan kuat geraknya ketika disembelih.

Ketika hendak menyembelih binatang korban, sunat dibaca seperti berikut:

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Bismillah, Allahuma solli ‘ala Muhammad, Allahumma haazihi minka wa ilaika fataqabbal minni, Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahil hamd

Maksudnya: Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan selawat dan rahmat keatas Sayyidina Muhammad. Ya Allah ya Tuhanku, Ini korban daripada Engkau dan kembali kepada Engkau, maka terimalah  korban daripada hamba. Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dan kepada Allah lah kembali segala pujian.

Binatang yang panjang lehernya seperti unta, sunat disembelih di pangkal leher yang bawah (berhampiran dada) dengan memotong halqum dan mari’, kerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Yang demikian itu juga akan memudahkan roh binatang itu keluar. Sementara binatang yang pendek lehernya seperti lembu, kerbau dan kambing disembelih di hujung leher (yang atas).

Sunat disembelih lembu, kerbau atau kambing dengan dibaringkan binatang itu di atas tanah sebelah rusuk kirinya dan diikat kakinya, sementara kaki kanannya bebas lepas tanpa diikat supaya binatang itu dapat berehat dengan menggerakkan kaki kanannya itu. Sementara unta pula, sunat disembelih dengan didirikan binatang itu. Jika tidak mampu untuk disembelih dalam keadaan unta tersebut berdiri, maka sembelihlah dalam keadaan unta itu duduk. (Mughni al-Muhtaj: 4/341)

Sunat ditajamkan mata pisau bagi sembelih dan disembelih dengan kuat bersungguh-sungguh dan mengadap kiblat oleh yang menyembelih dan dihalakan ke kiblat akan binatang yang akan disembelih itu kerana kiblat itu semulia-mulia pihak.

Sunat diberi binatang itu minum sebelum ia disembelih. Kemudian sunat dibaringkan binatang itu dengan keadaan lemah lembut. Jangan diasah pisau sembelih dan jangan disembelih binatang yang lain di hadapan binatang yang akan disembelih itu.

Sunat dibiarkan binatang itu setelah disembelih sehingga ia mati.

Untuk kupasan lebih terperinci mengenai sembelihan, sila rujuk pada kitab-kitab feqah mengenai bab sembelihan.

7.   PENAGIHAN DAGING KORBAN .

Daging Korban Wajib: Bagi korban wajib (korban nazar), maka yang demikian itu wajib disedekahkan semua daging sembelihan itu termasuk kulit dan tanduknya.

Dan haram atas orang yang berkorban wajib itu memakan daging tersebut walaupun sedikit. Jika dimakannya daging tersebut, maka wajib diganti kadar yang telah dimakannya itu, tetapi tidak wajib dia menyembelih binatang lain sebagai ganti.

Jika orang yang berkorban itu melambat-lambatkan pembahagian daging korban wajib tersebut sehingga rosak, maka wajib ke atas orang yang berkorban itu bersedekah dengan harga daging itu dan tidaklah wajib dia membeli yang baharu sebagai gantinya kerana telah dikira memadai dengan sembelihan tersebut.

Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat daripada seseorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.

Daging Korban Sunat: SSebagaimana yang kita ketahui berkorban itu hukumnya sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya.

Sunat bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripadanya. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang bermaksud : “Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir”. (Surah Al-Hajj: 28)

Afdhalnya yang dimakan itu ialah hatinya, kerana telah diriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah makan sebahagian daripada hati binatang korbannya, tetapi makan di sini bukanlah bererti dia wajib memakannya.

Berdasarkan kepada ayat di atas, para ulama berpendapat bahawa selain daripada sunat dimakan, wajib pula disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu dalam keadaan mentah lagi basah kepada orang-orang fakir atau miskin yang Islam.

Ini bererti setiap orang yang berkorban sunat itu wajib menyediakan sebahagian daripada daging korbannya itu untuk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin. Tidak memadai jika daging-daging korban itu dihadiahkan keseluruhannya kepada orang-orang kaya misalnya. Hal inilah yang wajib diketahui oleh setiap orang yang berkorban.

Harus bagi orang yang berkorban itu membahagikan daging korbannya kepada tiga bahagian; satu pertiga (1/3) untuk dimakan, satu pertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan satu pertiga (1/3) lagi untuk dihadiahkan kepada orang kaya.

Namun yang afdhalnya adalah disedekahkan semuanya, melainkan dimakannya sedikit sahaja iaitu kadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripadanya, kerana yang demikian itu lebih mendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada sifat mementingkan diri sendiri.

Sekalipun sah korban sunat seseorang itu, jika dimakan kesemua daging korbannya dan tiada sedikit pun disedekahkan kepada orang fakir atau miskin, tetapi wajib didapatkan atau dibeli daging-daging yang lain kadar yang wajib disedekahkan sebagai ganti.

Memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada orang kaya Islam adalah harus. Walau bagaimanapun hadiah itu setakat untuk dimakan sahaja, bukan untuk tujuan memilikinya. Ini bererti dia tidak boleh menjualnya, menghibahkannya atau sebagainya kecuali menyedekahkannya kepada fakir atau miskin. Berlainan halnya dengan orang fakir dan miskin, di mana daging yang disedekahkan kepadanya itu adalah menjadi milik mereka. Mereka diharuskan menjual daging tersebut atau menghibahkan (memberikan) kepada orang lain.

Satu perkara lagi yang wajib kita ketahui ialah hukum haram menyedekah dan menghadiahkan daging korban kepada orang kafir sekalipun dia kaum kerabat, sama ada ia korban wajib atau sunat sekalipun sedikit kerana ia adalah perkara yang berhubung dengan ibadat. Didalam kitab Matla’ al-Badrain: 81 “… haram hukumnya memberi, menghadiahkan atau menjual daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam, sekalipun fakir miskin itu terdiri daripada kafir zimmi”.  Oleh sebab itu, sekiranya ada bahagian daging tersebut yang diberikan, dihadiahkan atau dijual kepada orang bukan Islam, maka wajib diganti dengan daging yang lain sekira-kira menyamai kadar berkenaan.

Kulit atau daging binatang korban itu haram dijadikan upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah jika penyembelih itu orang miskin atau hadiah jika dia bukan orang miskin.

Sepertimana yang dijelaskan di atas, bahagian yang wajib disedekahkan itu hendaklah ia daging yang masih basah dan mentah. Ini bererti tidak memadai jika bahagian yang disedekahkan itu bukan daging seperti kulit, hati, tanduk dan sebagainya. Begitu juga tidak memadai jika daging tersebut dimasak kemudian dipanggil orang-orang fakir dan miskin untuk memakannya kerana hak fakir dan miskin itu bukan pada makan daging tersebut, tetapi adalah memiliki daging berkenaan dan bukan memilikinya dalam keadaan yang telah dimasak.

8.   MENYEMBELIH BINATANG KORBAN DI LUAR NEGERI DAN DAGINGNYA DIAGIHKAN KE NEGERI YANG LAIN

Apa yang dimaksudkan dengan memindahkan daging korban itu ialah memindahkan daging korban dari negeri tempat penyembelihannya ke negeri lain, supaya daging korban itu dibahagi-bahagikan kepada mereka yang berhak di negeri berkenaan itu.

Adakah harus bagi orang-orang tempatan berwakil untuk berkorban di luar negeri dan daging korban itu dipindahkan daripada tempat korban ke negeri atau daerah lain?

As-Sayyid Al-Bakri Ad-Dumyathi, Pengarang Hasyiah I‘anah At-Thalibin menjelaskan bahawa telah dijazamkan dalam An-Nihayah bahawa haram memindahkan daging korban daripada tempat berkorban itu seperti mana juga zakat, sama ada korban sunat atau wajib. Adapun yang dimaksudkan daripada korban sunat itu ialah bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin.

Manakala memindahkan wang daripada satu negeri ke negeri yang lain untuk membeli binatang korban adalah di haruskan seperti mana katanya yang ertinya : “Adapun memindah wang dirham daripada satu negeri ke negeri yang lain untuk membeli dengannya binatang korban di negeri tersebut maka ia adalah harus.” (I‘anat At-Thalibin: 2/380)

As-Syeikh Mohammad bin Sulaiman Al-Kurdi pernah ditanya :

“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang Jawi (kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na‘am (seperti lembu dan kambing) di Mekkah untuk dijadikan aqiqah dan korban sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi. Adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak, mohon fatwakan kepada kami.

Jawapan: Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.” (I‘anah At-Thalibin: 2/381)

Dalam perkara ini pengarang Kitab Sabil Al-Muhtadin pula menyebutkan: “Kata Syeikhi Muhammad bin Sulaiman: Harus berwakil pada membeli na‘am akan korban pada negeri yang lain dan pada menyembelih dia dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu intaha. Maka iaitu zahir sama ada negeri Mekkah atau lainnya tetapi jangan dipindahkan dagingnya daripada negeri tempat berkorban kepada negeri yang lain maka iaitu haram lagi akan datang kenyataannya dan sayuginya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini wallahu ‘alam. (Sabil Al-Muhtadin: 214)

Katanya lagi jikalau berwakil seorang akan seorang pada berkorban di negeri lain kerana menghasilkan murah umpamanya hendaklah disedekahkan oleh wakil akan dagingnya bagi fakir miskin negeri itu dan janganlah dipindahkannya akan sesuatu daripada dagingnya daripada negeri itu kepada negeri yang berwakil melainkan sekadar yang sunat ia memakan dia itupun jika ada korban itu sunat (adapun) jika ada korban itu wajib maka wajiblah atas wakil mensedekahkan sekeliannya kepada fakir di dalam negeri tempat berkorban itu (dan haram) atasnya memindahkan suatu daripadanya ke negeri yang lain. (Sabil Al-Muhtadin: 216)

Berdasarkan perkataan para ulama seperti yang dinukilkan di atas, adalah jelas bahawa hukumnya harus berwakil untuk membeli binatang korban di negeri yang lain dan menyembelihnya serta membahagikan daging tersebut kepada fakir miskin di negeri berkenaan.

Adapun memindahkan daging korban daripada tempat sembelihan ke negeri yang lain itu adalah berhubungkait dengan hukum menyedekahkan daging korban itu:

I.

Jika korban itu adalah korban wajib yang mana kesemua dagingnya wajib disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, maka haram hukumnya memindahkan daging korban berkenaan daripada tempat sembelihan. Inilah pendapat jumhur ulama Syafi‘eyah.

II.

Jika korban itu korban sunat di mana sebahagian daripada daging korban itu harus dihadiahkan atau dimakan oleh orang yang berkorban, maka bahagiannya (hak orang yang berkorban) itu sahaja yang harus dipindahkan ke negeri lain. Manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin itu wajib disedekahkan di tempat berkorban itu juga dan haram dipindahkan ke negeri lain.(I‘anah At-Thalibin: 2:380)

Maka sebagi jalan keluar, adalah lebih munasabah menjalankan sembelihan korban bagi pihak yang berwakil terus sahaja ditempat-tempat atau negeri-negeri yang akan diagihkan daging korban itu. Dengan ini dapat dielakkan hukum pemindahan daging korban daripada tempat sembelihan ke negeri lain. Kalau diperhatikan sekarang terdapat egen-egen yang mengelolakan ibadah korban diluar Malaysia seperti di Kampuchea, Vietnam, Ambon dll, dimana urusan penyembelihan dan pengagihan daging korban dilakukan ditempat-tempat tersebut.

9.   HUKUM BERWAKIL MEMBELI DAN MENYEMBELIH KORBAN

Sepertimana kebiasaan di negara kita ibadat korban itu dilaksanakan dengan berkumpulan sama ada atas nama kementerian, jabatan, persatuan, kampung dan sebagainya. Kadang-kadang ibadat korban itu sudah menjadi projek tahunan bagi pihak-pihak yang berkenaan itu.

Jika dilihat daripada amalan kebiasaan bagi perlaksanaan ibadah korban itu, kumpulan tersebut akan menentukan wakil mereka untuk mengurus pembelian, penyembelihan binatang korban dan pengagihan dagingnya di pusat-pusat penyembelihan. Jika ditinjau dari segi hukum, perlaksanaan yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah iaitu berwakil.

10.   HURAIAN UMUM MENGENAI WAKALAH

Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain agar melakukannya dalam hal-hal yang boleh diwakilkan.

Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur’an, sunnah dan ijma‘ ulama.

Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:

i.

Muwakkil (orang yang berwakil)

ii.

Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)

iii.

Muwakkal fihi (sesuatu yang   diwakilkan)

iv.

Shighah (ijab dan qabul).

(I‘anah At-Thalibin: 3/100-101)

11.   SHIGHAH DALAM WAKALAH

Apa yang ingin dihuraikan di sini ialah rukun yang keempat iaitu shighah di mana perkara ini sangat penting diketahui demi menjaga keshahihan ibadah korban berkenaan.

Disyaratkan ijab ke atas orang yang berwakil itu dengan melafazkan sesuatu perkataan sama ada secara sharih (jelas atau terang) ataupun kinayah (yang tidak terang atau tidak jelas) seperti dalam kitabah (penulisan), persuratan atau dengan isyarat jika yang berwakil itu orang bisu yang boleh difahami, yang menyatakan bahawa orang yang berwakil itu adalah dengan keredhaan hatinya. (Majmuk: 14/197)

Ini bererti ada interaksi antara orang yang berwakil dengan orang yang diwakilkan yang dinamakan aqad. Namun orang yang dijadikan wakil itu tidak disyaratkan baginya qabul (ucap terima), kecuali di dalam keadaan tertentu seperti jika dalam perwakilan itu dengan upah. Contohnya orang yang berwakil itu mewakilkan seseorang untuk menjualkan sebidang tanahnya dengan harga sekian dan memberi upah kepada wakilnya itu. Maka dalam keadaan ini, wakil itu hendaklah melafazkan qabulnya sama ada dia menerimanya ataupun tidak. Adapun yang disyaratkan bagi orang yang dijadikan wakil itu ialah dia tidak menolak ucapan atau lafaz orang yang berwakil itu. Jika orang yang dijadikan wakil itu menolak ucapan tersebut, seperti dia berkata: “aku tidak terima” atau seumpamanya, maka batal dan tidak sah akad perwakilan itu.

Jika dilihat ketentuan hukum dalam bab wakalah dan dipraktikkan dengan cara kebiasaan yang tersebut di atas oleh sebahagian kumpulan yang berkorban itu ditakuti tidak menepati kehendak sebenar hukum wakalah. Pada kebiasaannya, orang-orang yang hendak menyertai ibadat korban akan mendaftarkan namanya dan membayar kadar tertentu bagi tujuan tersebut tanpa disertai dengan lafaz tawkil kepada wakil yang dilantik.

Amalan tersebut tidak memenuhi kehendak hukum berwakil kerana jika dilihat kepada tuntutan bab wakalah orang yang berwakil itu wajib melafazkan tawkilnya (akad) sama ada dengan lafaz yang sharih atau kinayah kepada wakil yang ditentukan bagi tujuan seperti membeli dan menyembelih binatang korban serta mengagihkan daging korban tersebut.

12.   MELANTIK WAKIL KEDUA

Dalam bab wakil ini, para ulama fiqh juga berpendapat bahawa orang yang dijadikan wakil itu harus mewakilkan lagi kepada orang lain untuk menjadi wakil yang kedua tanpa perlu mendapat izin daripada orang yang berwakil. Itu pun jika perkara yang diwakilkan itu tidak dapat dikerjakan oleh wakil itu sendiri, disebabkan dia tidak layak melakukannya atau tidak berkemampuan mengerjakannya. Akan tetapi jika sebaliknya, iaitu dia mampu untuk melaksanakan perkara yang diwakilkan ke atasnya itu, maka tidak harus baginya melantik orang lain menjadi wakil yang kedua melainkan dengan izin orang yang berwakil.

(Majmuk: 14/218)

13.   MEWAKILKAN SEMBELIHAN BINATANG KORBAN

Menurut hukum asal berkorban itu bahawa sunat binatang yang hendak dijadikan korban itu disembelih oleh orang yang berkorban itu sendiri, kiranya dia pandai menyembelih. Walaupun begitu boleh juga dia mewakilkan orang lain untuk menyembelih korban itu dan hadir ketika penyembelihannya. Afdhalnya wakil itu ialah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai korban.

Keharusan berwakil dalam ibadah korban itu diambil daripada perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang telah berkorban dengan seratus ekor unta, di mana Baginda sendiri menyembelih – dengan tangan Baginda yang mulia – enam puluh tiga ekor, kemudian Baginda menyerahkan pisau penyembelih itu kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah untuk menyembelih bakinya

14.   PERSOALAN NIAT KORBAN

Disyaratkan orang yang berkorban itu berniat kerana korban ketika menyembelih, kerana ia ibadat dan harus juga mendahulukan niat itu sebelum menyembelih mengikut pendapat yang ashah.

Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korbannya dengan hadir orang yang berwakil ketika itu. Dalam hal ini, niat orang yang berwakil itu adalah memadai dan wakil tidak perlu lagi berniat. Walau bagaimanapun adalah lebih baik orang yang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.

Apa yang mesti diambil perhatian dalam hal berniat korban ini, ada baiknya ditentukan niat itu umpamanya sebagai korban sunat, bagi mengelakkan niat itu menjadi korban wajib, kerana haram bagi yang berkorban itu makan daripada daging korban wajib, bahkan wajib disedekahkan semua daging tersebut kepada fakir miskin.

Lafaz Niat Dan Tawkil Dalam Korban Niat itu tempatnya di hati dan sunat melafazkannya dengan lidah. Niat bagi korban sunat itu ialah seperti berikut:

Maksudnya: “Sahaja aku melakukan korban yang sunat”

Contoh lafaz berwakil:

“Buatkan korban/udhhiyyah sunat untuk saya”, atau

“Belikan korban sunat untuk saya”, yang bermakna: “Sembelihkan untuk saya, niatkan untuk saya.”

Contoh terima wakalah:

“Aku terima.”

15.   PENUTUP

Oleh kerana hukum berkorban itu sunat mu’akkadah dan mempunyai kelebihan- kelebihannya yang banyak, sayugia jangan dilepaskan peluang untuk membuat amalan korban ini.

Supaya korban itu sempurna, fahamilah hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah korban itu. Begitu juga mengambil perhatian dalam memenuhi tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih sebagaimana yang dijelaskan di atas supaya amalan berkorban itu benar-benar menepati syara‘.

* Dipetik dan diolah semula dari Irsyadul Hukum dan Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darulsalam Mengenai Penyembelihan Binatang dan Pengendalian Daging 1962 – 1999. Dan juga dengan beberapa tambahan  berpandukan dari beberapa buah kitab sebagai rujukan. Segala salah dan silap itu adalah dari kelemahan,  kedhaifan dan kejahilan saya. Sekian. – Abdullah Thahir

عبادة قربان

حكوم دان فرسؤالن

Abdullah Thahir

** Dipetik dan diolah semula dari Irsyadul Hukum dan Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darulsalam Mengenai Penyembelihan Binatang dan Pengendalian Daging 1962 – 1999. Dan juga dengan beberapa tambahan  berpandukan dari beberapa buah kitab sebagai rujukan.

*** Ditambah Ayat Al-quran dan diolah semula oleh Ahmad Rushdi, harap dapat difahami dengan lebih mudah. Harap dapat menghubungi saya jika terdapat sebarng kesilapan. Sekian.

Rukun Puasa
Rukun Puasa

Puasa mempunyai dua rukun asasi iaitu :

Niat puasa.

Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.

1. Niat

Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan hanya melafazkannya dengan lidah dan tidak disyaratkan melafazkannya. Dalil wajib niat ialah sabda Nabi SAW :

إنما الأعمال بالنيات

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat“.

Niat Puasa Ramadhan

Sekiranya ia adalah niat untuk puasa ramadhan, disyaratkan wujudnya perkara-perkara berikut :

i. Berniat pada waktu malam

Iaitu hendaklah dilakukan qasad (kehendak melakukan puasa) itu pada waktu malam, iaitu sebelum terbit fajar. Sekiranya dia tidak berqasad untuk melakukan puasa kecuali selepas terbitnya fajar maka batallah niat puasanya.

Dalilnya sabda Nabi SAW :

من لم يبيت الصيام قبل طلوع الفجر فلا صيام له

“Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya“. (Ad-Daruqutni (2/172), kata beliau ; Para perawinya adalah tsiqah; Al-Baihaqi (4/202)).

ii. Penentuan

Ini dilakukan dengan menetapkan jenis puasa. Dia hendaklah berazam dalam hatinya untuk berpuasa bulan Ramadhan pada esok hari. Sekiranya dia berniat dalam dirinya dengan semata-mata berpuasa (tidak ditentukan jenis puasa), maka niatnya tidak sah. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya amalan itu dengan niat“. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini : “Dan bagi setiap orang itu apa yang telah diniatkannya”. Maksudnya : perbuatannya itu akan mengikut jenis yang telah diqasadkan untuk dilakukan.

iii. Berulang-ulang

Maksudnya dia hendaklah berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar untuk puasa hari berikutnya. Tidak cukup dengan satu niat untuk puasa sebulan kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadah yang satu. Bahkan ia adalah ibadat yang berulang-ulang dan setiap ibadat itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri.

Mengenai Puasa sunat, niat tidak disyaratkan pada waktu malam dan tidak perlu ditentukan. Niat, sah dilakukan sebelum tergelincir matahari dan sah juga niat mutlak. Dalilnya ialah hadis Aisyah r.a. :

“Pada suatu hari Nabi SAW bersabda padanya : “Apakah kamu mempunyai makanan tengahari?”. Jawabnya : “Tidak”. Sabda Baginda : “Kalau begitu aku berpuasa“. (Ad-Daruqutni).

2. Menahan diri daripada Perkara yang membatalkan Puasa

Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah :

i. Makan dan Minum

Puasa terbatal sekiranya ia makan dan minum dengan sengaja walaupun makanan atau minuman itu sedikit. Sekiranya dia terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka puasanya tidak batal walau berapa banyak dia makan atau minum.

Dalilnya : Hadis Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulallah SAW bersabda :

من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه

“Barang siapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allahlah yang telah memberinya makan dan minum“.

ii. Sampainya ‘ain (sesuatu ) kedalam al-Jauf (rongga) melalui liang terbuka

Maksud ‘ain ialah sesuatu yang dapat dilihat dengan mata. Maksud al-Jauf ialah otak, ataupun apa yang berada antara bawah halkum hingga ke perut. Maksud liang yang terbuka ialah seperti mulut, telinga, qubul, dubur, sama ada bagi lelaki dan juga wanita.

Oleh itu setitik (air) yang masuk melalui telinga membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang terbuka. Setitik (air) yang masuk ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang tidak terbuka.

Suntikan di lubang dubur membatalkan puasa kerana lubang dubur ialah liang yang terbuka.

Suntikan pada urat tidak membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka dan begitulah seterusnya.

Semuanya ini, disyaratkan dilakukan dengan sengaja. Sekiranya perkara ini berlaku dalam keadaan lupa maka ia tidak merosakkan puasanya. Hukum ini diqiyaskan dengan makanan dan minuman.

Sekiranya lalat atau nyamuk atau debu jalan masuk ke dalam al-Jauf, maka puasa tidak terbatal kerana untuk menghindarinya adalah teramat susahز

Sekiranya dia menelan air liurnya, puasa tidak batal kerana susah untuk menghalangnya.

Sekiranya dia menelan air liurnya yang bernajis (seperti gusinya luka lalu mulutnya tidak dibersihkan sekalipun air liurnya bewarna jernih), maka batal puasanya.

Sekiranya dia berkumur atau memasukkan air ke dalam hidung lalu air itu termasuk ke dalam al-Jaufnya, puasanya tidak batal, jika dia tidak melampau dalam memasukkan air sewaktu mengambil wudhuk. Sekiranya air itu masuk kedalam al-Jauf kerana dia melampau sewaktu memasukkan air, maka puasanya batal kerana ia adalah perbuatan yang dilarang sewaktu berpuasa.

Sekiranya terdapat sisa (kesan) makanan di celah-celah giginya lalu ia digerakkan oleh air liurnya tanpa sengaja lalu masuk kedalam perutnya, maka puasanya tidak batal. Ini sekiranya dia tidak mampu untuk membezakannya dengan air liurnya kerana perkara ini ialah perkara yang dimaafkan dan bukan disebabkan sengaja dilakukan. Sekiranya dia mampu membezakanya, maka batallah puasanya kerana ia dilakukan dengan lalai.

Sekiranya dia dipaksa untuk makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum ikhtiarnya (mempunyai pilihan) sudah gugur.

iii. Muntah dengan sengaja

Muntah dengan sengaja membatalkan puasa sekalipun orang yang berpuasa itu yakin bahawa muntahnya tidak masuk semula ke dalam al-jaufnya walaupun sedikit. Sekiranya dia muntah tanpa sengaja, puasanya tidak batal sekalipun dia tahu bahawa sebahagian daripada muntahnya telah masuk semula ke dalam al-jaufnya tanpa sengaja. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :

من زرعه قيء يعني من غلبه من غير اختيار فلا قضاء عليه من استقاء يعني طلب خروج ما في جوفه فعليه القضاء

Maksudnya: “Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan (sedangkan dia berpuasa) maka dia tidak perlu mengqadha’kannya dan sekiranya dia muntah dengan sengaja, maka dia hendaklah mengqadha’kan puasanya“. (Dikeluarkan oleh Abu Daud (2380),at-Tirmizi (720) dan selain keduanya).

iv. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar mani

Dalilnya ialah firman Allah Taala;

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Maksudnya : “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”(Al-Baqarah:187)

Maksud fajar ialah cahaya yang terbit dengan terang di ufuk langit dan dengan itu berakhirlah malam dan bermulalah siang.

Sekiranya dia bersetubuh dalam keadaan lupa maka ia tidak membatalkan puasa. Hukum ini diqiyaskan dengan makan dan minum yang terlupa.

v. Al-Istimna’.

Al-Istimna’ ialah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya ataupun dengan menggunakan tangan. Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukannya maka batal puasanya. Tetapi sekiranya ia berlaku diluar kawalannya, maka puasanya tidak batal. Dengan ini dimakruhkan dengan ‘Makruh Tahrim’ (makruh yang hampir kepada haram) bercium pada siang Ramadhan bagi orang yang cepat naik syahwatnya sama ada lelaki atau wanita kerana ia mendedahkannya kepada merosakkan puasa.

Mengenai orang yang tidak cepat naik syahwatnya, yang utama baginya ialah meninggalkannya demi menutup pintu yang merosakkan puasanya.

Muslim (1106) meriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w telah mencium aku sewaktu Baginda berpuasa. Siapakah dikalangan kamu yang dapat menguasai nafsunya sebagaimana Rasulullah s.a.w menguasai nafsunya“.

Para ulama’ berkata: “Maksud kata-kata Aisyah r.a ialah sepatutnya kamu menjauhi daripada bercium dan jangan menyangka bahawa diri kamu seperti Nabi s.a.w yang boleh melakukannya. Ini kerana Baginda dapat mampu menguasai dirinya dan dapat dijamin apabila Baginda mencium tidak menyebabkan keluarnya air mani ataupun naik syahwat ataupun naiknya nafsu dan seumpanya sedangkan kamu tidak ada jaminan terhadap perkara itu”.

vi. Haid dan Nifas

Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita yang berpuasa keluar haid atau nifasnya pada sebahagian daripada siang maka batallah puasanya. Dia wajib mengqadha’kan puasa hari tersebut. Al-Bukhari (298) dan Muslim (80) meriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda tentang wania dan Baginda telah ditanya sebab kurangnya agama bagi wanita: Baginda menjawab: “Bukankah apabila dia sedang haid dia tidak sembahyang dan puasa?“.

vii. Gila dan murtad

Gila dan murtad merupakan penghalang daripada sahnya puasa kerana orang yang berada di dalam keadaan ini tidak mempunyai keahlian (kalayakan) untuk beribadat.

Mereka yang berpuasa wajib menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang membatalkan ini agar puasanya sah bermula dari terbit fajar sehingga matahari betul-betul tenggelam. Sekiranya orang yang berpuasa melakukan perkara yang membatalkan ini dengan sangkaan fajar belum terbit, tetapi selepas melakukannya, sangkaannya jelas meleset, maka batal puasanya. Dia hendaklah menahan dirinya (tidak makan,minum dan lain-lain seperti orang yang berpuasa) spanjang siang sebagai menghormati bulan Ramadhan. Dia juga dikehendaki supaya mengqadha’kan puasa tadi.

Begitu juga apabila seseorang berbuka pada akhir siang di waktu petang dengan sangkaan matahari telah tenggelam kemudian terbukti bahawa matahari belum tenggelam, maka batallah puasanya dan dia wajib mengqadha’nya.

Siap ditaip selepas Maghrib,

Seberbay, 14/08/2009. Jumaat.

Ahmad Rushdi dan Mohd Afifi

Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa
Sambungan daripada penetapan puasa Ramadhan

Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa

Puasa Ramadhan menjadi wajib apabila sempurnanya perkara berikut :

1. Islam – Puasa tidak wajib ke atas orang kafir dengan makna di dunia ini dia tidak dituntut untuk berpuasa kerana puasa adalah satu cabang kemasukannya ke dalam Islam. Selagimana dia tidak masuk islam maka dia tidak ada makna bagi puasanya dan tidak ada makna di dituntut untuk berpuasa.Adapun di akhirat, mereka akan disiksa kerana kekafirannya dan kerana dia meninggalkan cabang-cabang Islam.

2. Taklif – Maksud taklif ialah orang Islam itu telah berakal dan baligh. Sekiranya hilang salah satu daripada dua sifat ini maka jatuhlah daripadanya sifat taklif. Apabila jatuh sifat taklif maka dia tidak dituntut sedikitpun melaksanakan tugas-tugas keagamaan.

Dalilnya ialah hadis Ali r.a. bahawa Nabi SAW bersabda :

رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل

“Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“. (Abu Daud (4403) dan selainnya).

3. Tiada keuzuran yang menghalangnya berpuasa ataupun Mengharuskanya Berbuka

3.1 Keuzuran yang menghalang daripada berpuasa ialah :

1. Berada di dalam keadaan haid atau nifas pada mana-mana bahagian waktu siang.

2. Pengsan atau gila sepanjang siang hari. Sekiranya dia sedar pada waktu siang walaupun satu saat, maka hilanglah keuzuran dan dia wajib menahan diri untuk baki hari tersebut.

3.2 Keuzuran yang mengharuskan berbuka ialah :

1. Sakit yang mendatangkan mudharat yang besar ataupun kesakitan dan kebimbangan yang amat dahsyat kepada orang yang berpuasa. Jika penyakitnya itu menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu semakin dahsyat (jika dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan mati (sekiranya dia meneruskan puasanya), maja pada waktu itu dia wajib berbuka.

2. Musafir yang jauh tidak kurang daripada 83 km dengan syarat ia adalah pemusafiran yang dibenarkan dan mencakupi seluruh hari.

Mengenai seorang yang berpuasa, pada waktu paginya dia bermukim, kemudian dia bermusafir pada waktu siang, maka dia tidak dibenarkan berbuka.

Dalil kedua-dua penguzuran ini ialah firman Allah ;

وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain“. (Al-Baqarah : 185)

3. Tidak mampu berpuasa. Oleh itu tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh kerana puasa hanya wajib terhadap orang yang mampu melakukannya.

Dalilnya adalah firman Allah ;

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

“dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (Al-Baqarah : 184)

Dibacakan juga ‘Yutawwaqunahu’ yang bermaksud jika mereka tetap diwajibkan melakukannya (puasa), nescaya mereka tidak mampu melakukannya.

Ibnu Abbad r.a. berkata : Yang dimaksudkan ialah orang lelaki dan perempuan yang terlalu tua, keduanya tidak mampu untuk berpuasa, kedua-duanya hendaklah menggantikan setiap hari puasa dengan memberi makan seorang fakir miskin. Riwayat Bukhari (4235).

Syarat Sah Puasa

Syarat Sah Puasa ialah :

Islam, tidak sah puasa orang kafir.

Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagaimana sembahyang.

Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.

Siap ditaip pada jam 8.17PM

Seberbay, Hari Khamis 13/8/09.

Penetapan Bulan Ramadhan
Sebelum anda semua membaca tentang penetapan bulan ramadhan ini, eloklah anda membaca : Puasa – Takrif, Pensyariatan dan Rahsia.

Jika sudah, mari kita teruskan membaca.

Penetapan bulan ramadhan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara berikut.

Melihat anak bulan Ramadhan (Rukyah Al-Hilal) pada malam 30 syaaban. Ini boleh berlaku apabila seorang saksi yang adil mengatakan kesaksiannya di hadapan qadi bahawa dia telah melihat anak bulan.

Mencukupkan 30 hari bulan syaaban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi yang adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan. Ketika itu disempurnakan bulan syaaban itu 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagi mana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya.

Dalil kenyataan di atas ialah sabda Rasulallah SAW :

صوموا لرؤيته وأفطروا لؤيته ، فإن غُم عليكم فأقدروا له ثلاثين

“Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya, sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Syaaban selama 30 hari“. Al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulallah SAW lalu berkata :

“Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan”. Sabda baginda : “Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah?” Katanya : “Ya”. Tanya Baginda : Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad Itu utusan Allah?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : Wahai Bilal isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari“. (Disahihkan oleh Ibnu Hibban di dalam Mawarid Az-Zhamaan dan Al-Hakim)

Dengan ini, apabila anak bulan kelihatan di suatu negeri (bandar) maka penduduk negeri (bandar) yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa. Manakala penduduk negeri yang jauh tidak diwajibkan kerana negeri-negeri (bandar) yang dekat seperti Damsyik, Himsy dan Halab (Aleppo) dihukumkan sebagai satu negeri (bandar), berbeza dengan negeri-negeri (bandar) yang jauh seperti Damsyik, Kaherah dan Makkah.

Seperti kita di Malaysia ini, negeri-negeri yang dekat seperti Kedah, Selangor dan Johor. Contoh bagi negeri-negeri (bandar) yang jauh seperti Kuala Lumpur, Jakarta, Singapura, Jakarta.

Ukuran jauh dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan tempat terbit anak bulan.

Dalil kenyataan di atas ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1087) daripada Kuraib katanya :

Aku telah melihat anak bulan Ramadhan sewaktu aku berada di Syam. Aku melihatnya pada mala Jumaat. Kemudian aku pergi ke Madinah pada akhir bulan, lalu Ibnu Abbas r.a. bertanya kepadaku : “Bila kamu semua melihat anak bulan?”. Jawabku : “Kami melihatnya pada malam Jumaat”. Katanya : “Apakah kamu yang melihatnya?”. Jawabku : “Ya, dan orang ramai juga telah melihatnya lalu mereka semua berpuasa dan Muawiyah juga berpuasa”. Katanya : “Kami semua melihatnya pada malam sabtu. Kami terus berpuasa sehingga sempurna 30 hari ataupun kami akan melihatnya”. Aku berkata : “Apakah tidak cukup dengan rukyah Muawiyah dan puasanya?”. Katanya : “Tidak, beginilah kami telah diperintahkan oleh Rasulallah SAW“.

Berdasarkan hadis ini para ulama’ mengatakan : Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap penduduk negeri (bandar) yang jauh lalu seseorang penduduk negeri telah melihat anak bulan bermusafir ke negeri tersebut, maka dia hendaklah berpuasa bersama mereka diakhir bulan walaupun dia telah menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan perpindahanىya ke negeri tersebut, dia dianggap salah seorang daripada mereka. Dengan itu dia mesti mengikut hukum mereka. Sesiapa yang bermusafir dari negeri yang tidak melihat anak bulan ke negeri yang melihat anak bulan, dia hendaklah berbuka (berhari raya) bersama-sama mereka sama ada dia berpuasa selama 28 hari (disebabkan Ramadhan pada penduduk setempat hanyalah 29 hari, maka dia hendaklah berhari raya selepas hari ke 29) ataupun dia berpuasa 29 hari (disebabkan Ramadhan disisi mereka telah sempurna (cukup 30 hari). Walau bagaimanapun, sekiranya dia berpuasa selama 28 hari, maka dia hendaklah mengqadhakan puasanya selama satu hari kerana satu bulan bukanlah 28 hari.

Barangsiapa yang pada waktu paginya berada di negeri yang merayakan hari raya lalu bermusafir ke negeri yang jauh dan penduduknya masih berpuasa, dia wajib menahan dirinya untuk baki hari tersebut sebagai mengikut penduduk negeri tersebut.

Siap ditaip pada 13/08/09, Jam 6:45PM, Khamis. Seberbay.

Puasa – Takrif, Pensyariatan dan Rahsia
Apakah takrif Puasa?

Puasa dari sudut bahasa bererti : Menahan diri daripada sesuatu sama ada kata-kata ataupun makanan. Firman Allah taala menceritakan tentang Maryam.

قال تعالى : إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمٰنِ صَوْمًا

“Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-rahman“. (Maryam : 26)

Puasa disini bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada berkata-kata.

Puasa dari sudut syarak bererti : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Sejarah Pensyariatan Puasa

Puasa ramadhan difardhukan pada bulan syaaban tahun kedua hijrah. Sebelum itu, puasa telah diketahui oleh umat islam sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan Nabi SAW Firman Allah Taala :

قالى تعالى : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى  الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)

Walau bagaimanapun, kewajipan puasa ramadhan tidak pernah disyariatkan sebelum itu. Persamaan yang wujud diantara umat ini dengan umat islam dahulu ialah puasa yang disyariatkan. Tetapi kefardhuan puasa ramadhan dikhususkan hanya kepada Umat Nabi Muhammad SAW.

Dalil Disyariatkan Puasa Ramadhan

قالى تعالى : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya : “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. ” (Al-Baqarah : 185)

عمر بن الخطاب  رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، وإيتاء الزكاة ، وحج البيت ، وصوم رمضان ) رواه  البخاري  و مسلم

“Islam dibina atas lima perkara : mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan puasa pada bulan Ramadhan.”

Hukum Meninggalkan Puasa Ramadhan Tanpa Keuzuran

Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada rukun islam dan termasuk kefardhuan yang diketahui daripada agama secara daruri (mudah), maka orang yang mengingkari kefardhuannya adalah kafir dan dia hendaklah diperlakukan sebagaimana diperlakukan terhadap orang murtad. Dia hendaklah diminta bertaubat; sekiranya dia bertaubat, taubat itu diterima daripadanya. Kalau dia tidak mahu bertaubat, dia hendaklah dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud kesalahan murtad. Ini jika sekiranya dia bukan seorang yang baru memeluk islam ataupun dia hidup membesar jauh daripada pembangunan, maksudnya jauh dari tempat ulama’ (orang bijak pandai). Manakala orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran dan dia tidak mengingkari kewajipan seperti dia berkata : “Saya wajib berpuasa tetapi saya tidak mahu berpuasa, maka orang ini hukumnya fasik dan tidak kafir. Pemerintah orang-orang Islam wajib menahannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya puasa terlaksana padanya, walaupun sekadar pada zahirnya sahaja.

Di antara Hikmah, Rahsia dan Faedah Puasa

Puasa Ramadhan adalah ibadah yang telah difardhukan oleh Allah Taala. Maksud Ibadah ialah seseorang muslim melaksanakan sebagai memenuhi titah perintah Allah Taala dan menunaikan hak perhambaan kepadanya tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah puasa. Sekiranya seseorang muslim telah melakukan perkara tersebut, maka selepas itu tidak apa halangan baginya untuk mencari hikmat dan rahsia ketuhanan yang tersembunyi di sebalik sesuatu ibadah seperti puasa dan sebagainya. Suatu perkara yang tidak diragukan lagi ialah hukum-hukum Allah Taala semuanya mempunyai hikmat, rahsia, dan faedah untuk hamba. Tetapi tidak disyaratkan hamba itu mengetahui perkara tersebut.

Tidak diragukan juga bahawa puasa mempunyai hikmat dan faedah yang cukup banyak yang kadang-kadang sebahagiannya diketahui oleh hamba, tetapi masih banyak lagi yang tidak diketahuinya.

Di antara hikmat dan faedah puasa yang mungkin diketahui oleh seseorang Islam ialah :

Di antara sifat puasa yang sahih ialah menyedarkan hati seorang mukmi terhadap muraqabah Allah Azzawajalla. Ini disebabkan apabila orang yang berpuasa menhabiskan sebahagian waktu siangnya, dia akan merasai lapar dan dahaga, maka jiwanya inginkan makanan dan minuman . Tetapi perasaannya yang mengetahui bahawa dirinya berpuasa menghalangnya daripada memenuhi kehendak jiwanya sebagai melaksanakan perintah Allah Azzawajalla. Daripada penentangan jiwa ini akan lahirlah kesedaran hati dan suburlah perasaan muraqabah Allah Taala serta berterusanlah ingatannya terhadap rububiyah dan keagungan kekuasaan Allah. Begitu juga dia akan sentiasa sedar bahawa dia adalah hamba yang tunduk kepada hukum Allah dan mematuhi kehendak-Nya.

Ramadhan adalah bulan suci dibandingkan dengan semua bulan dalam satu tahun. Allah Azzawajalla menghendaki hambaNya supaya memenuhkanya dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya. Juga mengisinya dengan setinggi-tinggi makna penghambaan kepada Allah Azzawajalla. Alangkah sukarnya untuk merealisasikan perkara ini apabila berhadapan dengan hidangan makanan, berada di majlis minum, selepas perut diisi penuh dan setelah naiknya hawa makanan ke dalam pemikiran dan otak. Jadi pensyariatan puasa pada bulan ini adalah jalan yang paling mudah untuk memenuhi hak Allah dan melaksanakan kewajipan perhambaan kepadaNya.

Sesungguhnya kehidupan seseorang muslim yang sentiasa berada dalam keadaan kenyang pasti akan memenuhkan jiwanya dengan sifat-sifat yang keras dan menyuburkan faktor-faktor pelampauan. Kedua perkara ini bertentangan dengan keadaan sebenar seseorang muslim. Jadi pensyariatan puasa akan membersihkan jiwanya dan menghaluskan perasaannya.

Di antara prinsip terpenting tertegaknya masyarakat Islam ialah saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama umat Islam. Amat sukar bagi si kaya untuk mengasihi si fakir dengan kasih sayang yang sebenarnya tanpa dia merasai kesakitan dan kepayahan kemiskinan juga kepahitan kelaparan dan penderitaan. Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si kaya mengenai perasaan si fakir. Ini menjadikannya hidup bersama si fakir di alam kepedihan dan dihalang daripada memiliki makanan. Dari sini puasa adalah sebaik-baik perkara yang menimbulkan faktor-faktor kasih sayang, rahmat dan kasihan di dalam jiwa si kaya.

Siap ditulis pada 12 Ogos 2009.

Hari Rabu, Jam 7:31PM.

Ahmad Rushdi Bin Yusoff

Rujukan : Kitab Al-Feqh Al-Minhaji, Darul Qalam, Damsyik.

الفقة المنهجي على مذهب  الإمام الشافعى رحمه الله تعالى

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran. Dan melafazkan niat puasa adalah sunat.

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas :

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

* Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya :

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya :

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Sumber : Wikipedia

Haji Dan Umrah – Takrif Dan Pensyariatan
Assalamualaikum, mari kita sama-sama fahamkan takrif Haji dan Umrah. Sering kita lupa akan maksud/takrif atau pensyariatan Haji dan Umrah, ini kerana mungkin kita belum diseru atau dipanggil untuk mengerjakan Haji dan Umrah.

Haji dari sudut bahasa bermaksud menuju (ke suatu tempat). Dari segi syarak pula menerangkan maksudnya sebagai menuju ke Baitullah Al-Haram untuk menunaikan ibadah yang khusus dengan syarat-syarat tertentu. Manakala Umrah pulabermaksud ziarah dari segi bahasa. Apabila dikatakan seseorang itu melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah. Atau pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah Al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Apakah pula beza antara Haji dan Umrah?

Baik, Haji berbeza dengan umrah dari sudut masa dan beberapa hukum, Dari sudut masa haji ditentukan pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan lain dan tidak sah niat Haji kecuali pada bulan tersebut. Bulan-Bulan Haji ialah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh pertama bulan Zulhijjah. Manakala Umrah, masa melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan Haji bagi orang yang berniat melakukannya. Dari sudut hukum, Haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan Melontar Jamrah. Di dalam umrah, semua ini tiada, Ianya hanya : Niat, tawaf, bercukur atau bergunting sahaja. Dari sudut lain berlaku ijmak ulama’ terhadap kewajipan menunaikan Haji, manakala umrah pada ulama’ berselisihan pendapat tentang kewajipannya.

Kita sudah faham dan kenal apa itu Haji dan Umrah. Adakah anda semua tahu bilakah disyariatkan Haji dan Umrah?

Mungkin pendapat yang paling kuat mengenai bilakah Haji dan Umrah disyariatkan ialah pada tahun kesembilan hijrah berdalilkan Hadis yang diriwayatkan oleh As-Syaikhan :

Nabi S.A.W bersabda kepada rombongan kabilah Abdu Al-Qis yang datang menemui Baginda S.A.W. pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanykan tentang perintah-perintah wajib mereka patuhi. Baginda menjawab : “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang”.

Sekiranya Haji difardhukan sebelum itu nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama-sama perintah yang ditujukan kepada mereka. Itulah serba sedikit tentang Haji dan Umrah, Takrif dan pensyariatannya. InsyaAllah seterusnya akan disambung selepas ini jika dipanjangkan umur.

Keistimewaan Bulan Ramadhan
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “

Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :

Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW :

“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW lagi :

“Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,”

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :

“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Bahkan lebih inda lagi apabila bulan ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan Al-quran sebagaimana firman Allah SWT :

Maksudnya : “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Seterusnya, keistimewaan yang amat dinanti-nantikan dan menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr? Malam lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun pada malaikat dah ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah Al-Qadr).

Saya sangat-sangat berharap agar Allah membuka pintu rahmat dan mengampuni dosa-dosaku.

Siap ditulis pada jam 2045 Khamis, 28 Ogos 2008. Abu Ahmad Ahmad Rushdi Bin Yusoff Bin Muhammad Esa Bin Hassan.

Kredit : Panduan Lengkap Kehidupan Muslim

Nisfu Syaaban dan Gerhana Bulan
Hari Nisfu Sya’aban akan tiba bermula selepas maghrib pada hari Sabtu 16hb Ogos 2008 (15 Sya’aban 1429H). Pada pagi itu juga dijangkakan Gerhana Bulan akan berlaku bermula dari jam 3:40 pagi – 6:40 pagi. (update : Gerhana Bulan boleh dilihat di Mesir 16/17hb Ogos 2008 sekitar 11 malam – 2 pagi waktu Mesir).

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 Sya’aban / 16 Ogos 2008)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x,

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, Ahad malam)

Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Ahad) Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

Malam Dimustajabkan Doa

Malam Pembahagian Takdir

Malam Rahmat

Malam Berkat

Malam Pengampunan (Taubat)

Malam Penebusan

Malam Syafaat

Malam Penulisan

Malam Keagungan dan Kemuliaan

Malam Rezeki

Malam Hari Raya ParaMalaikat

Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.

Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Sumber : Myadha