AMD atau Intel?

AMD atau Intel?

AMD atau intel? Itulah yang bermain difikiran aku. Aku bertanya pada Cikgu Bat, jangan beli AMD nanti tidak seronok menggunakan Linux 😀 . Maaf Cikgu Bat, sebenarnya aku memang minat AMD dari sekolah lagi. Jadi, beberapa minggu lepas aku telefon Ayah dengan Mak. Kena tanya dulu sebelum beli, sebab duit mereka berdua yang bagi.

“Mak, nak beli komputer boleh?”
“Ish, kompita.. mak bukan reti aih, kalo ada duit beli la.. mak tak dak duit.”
“Mak, mai nak cakap ngan ayah sat, nak tanya ayah dulu..”
“Assalamualaikum, ayah sihat ka?”
“Waalaikumussalam, alhamdulillah, sihat lagu tu la..”
“Ayah, nak beli komputer boleh dak?”
“Banyak mana (harga)?? Beli la kalau ada duit lebih..”

Apa lagi, aku dengan senang hati, mencatat senarai barang yang hendak dibeli beserta harga. Pergi kedai komputer dan mendapatkan khidmat bantuan dari seorang staf disitu bernama Karim Abdul Aziz. Layanan yang cukup bagus aku katakan. Apabila dah siap senarai nama barang, aku dikehendaki membayar semua. 10 minit lagi siap kata Karim Abdul Aziz. “Yallah, ruh sallu isya’ awwalan..” “Yallah.. “

Dia mengajak aku solat Isya’ dulu di Masjid, kebetulan, masuk waktu insya’ setelah selesai membayar. Setelah selesai solat. Aku kembali ke kedai, huh! dah siap semua, dah boleh bawa pulang. “Kullu tamam? Semua lengkap? aku bertanya. “Aiwah, syuf fi faturah, doman bi sanah. Lau fi ayyi muskilah taal hina.” -Ya, tengok resit, warranty setahun, kalau ada masalah datang sini.” “Syukran”.

cpu-specInilah serba sedikit tentang komputer yang aku beli, tahap biasa sahaja, tak adalah sebagai “Power PC”. Menggunakan AMD Athlon II X2. Motherboard pula dari Taiwan, ASRock A780LM. Skrin Monitor aku menggunakan Acer V203H 20′. Dan Ram DDR2 Kingston.

ram-kingstonItu saja rasanya untuk pengenalan. Huh! dah habis duit aku. 😀

*Aku syorkan kepada sesiapa yang hendak membeli komputer supaya membuat bancian terlebih dahulu, dari segi sokongan hardware dan software, jangan jadi seperti seorang sahabat aku yang membeli sesuka hati, balik ke rumah, pasang kejap-kejap hang, harddisk tak detect, blue death screen, dan pelbagai masalah yang berlaku.

** AMD atau Intel menjadi persoalan. Bagi aku, aku galakkan supaya menggunakan AMD, sebab? sebabnya AMD merupakan pengeluar CPU terbaik dunia, juga pernah bersengketa dengan Intel. Sistem Bus dan Bandwidth CPU AMD dapat menampung lebih tinggi berbanding Intel – perbandingan pada jenis model AMD dan Intel.

Kepada sesiapa yang mengatakan Intel adalah lebih baik, itu adalah pendapat anda. hehe.. dan Aku? aku hanya pengguna biasa yang merasakan sesuatu dari pengalaman.