Page Rank Blog Menurun

Page Rank Blog Menurun

Page Rank blog ini jatuh satu anak tangga dari PR3 ke PR2. Itulah, lama sangat tinggal dunia blog ni, juga aku sudah lama tidak ambil kisah tentang pagerank dan trafik blog ini.  Lepas ni kena stabilkan trafik blog. Kerja ini tidak susah, cuma perlu luangkan sedikit masa menulis artikel-artikel berguna untuk pengguna luar sana.

Beberapa hari ini, trafik blog ini meningkat ke 900-1000 pageviews sehari. Mungkin mereka mencari berkenaan Isra Mikraj. Kebiasaan kunjungan hanya sekitar 300+ sehari. Trafik begini tidak dapat mengatasi blog-blog handalan seperti Denaihati, Kujie2, Mohd Isa dan ramai lagi. Sebabnya, aku jarang update blog. hehe 😀

Aku juga perlu fokuskan artikel apa yang akan dimasukkan pada masa akan datang. Kurang bersemangat nak tulis blog, apakah cara yang sesuai hendak mengembalikan semangat menulis? 🙂