Tahniah Fursan Tantawi

Tahniah Fursan Tantawi

fursan-tantawi-finalAlhamdulillah, sepanjang seminggu ini aku bersama ahli pasukan Fursan Tantawi berjuang untuk merebut Piala Presiden untuk tahun ini. Kejohanan ini diadakan di Muhafazah Zaqaziq.

Pada peringkat liga kami bersama Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Syibin, Shubro. Kumpulan ini antara kumpulan yang sukar untuk meneruskan ke suku akhir. Namun, dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain Fursan Tantawi, ia bukan mustahil untuk berjaya.

Sebelum kejohanan ini berlangsung, aku bermain futsal untuk anak negeri kedah dan mendapat kecederaan otot betis. Aku mendiamkan diri untuk terus bermain bersama Pasukan Fursan Tantawi 😀 kejam.. kejam… Kalo bagitau cedera, pasti tidak boleh bermain, hehe..

Walaupun begitu, aku rasa selesa setelah hari kedua kejohanan, sakit sudah kurang dan boleh bermain dengan baik. Ramai juga pemain Fursan Tantawi cedera, antaranya Mohd Khairi yang cedera di paha dan betis. Zubir, patah kaki kiri ketika perlawanan persahabatan.

Nanti aku kemaskini dengan situasi bergambar. problem..