Tema Blog Baru 2011

Setelah sekian lama aku tidak mengubah tema blog ini, pada hari ini aku telah mengubah kepada lebih ringkas. Tanpa sidebar.

Tema 2011

Tema 2011 - klik untuk lebih jelas

Sebenarnya aku telah lama siapkan tema ini, hanya belum digunakan. Tema ini hanya molek ditenung menggunakan Google Chrome, Safari dan Mozilla 4 Beta. Menyokong wordpress 3.0, sesuai untuk photoblog, liveblog dan sebagainya. Oh ya, yang berwarna oren sebelah kiri itu adalah entri untuk kategori asides.

Mungkin aku akan keluarkan versi percuma, atas permintaan Aman Firdaus sempena tahun baru 2011 ini. Harap penulis blog lain boleh menerima tema yang tidak seberapa ini, akan dikeluarkan beberapa hari lagi.