WordPress Footer Widget

Footer Widget

Rasanya sudah lama menggunakan tema ringkas ni. Ingin menambah sedikit dibahagian footer. :)

* ada orang komplen, tema blog ni ringkas sangat, tak tahu nak klik mana.. (ada juga gitu eh) haha..

03. July 2011 by admin
3 komen

Menguji Kemahiran Berblog

Aku ingin kembali aktif menulis blog. 2 hari lepas, jalan-jalan membaca blog di denaihati.com. Ada cabaran berblog, dah tinggal komen kat situ. Syaratnya mudah, mana-mana penulis blog layak menyertai cabaran ini.

Kepada rakan blogger yang telah menyahut cabaran berblog untuk keywords Isra dan Mikraj sila sreenshot jumlah trafik yang terkumpul dari 12.00am 28/6/2011 sehingga 11.59pm 29/6/2011. Semua rakan blogger layak samada menggunakan analisa trafik google analytics, getclicky, nuffnang atau sebagainya. Entri baru atau lama tak kisah janji untuk tajuk khas Isra Mikraj.

Dibawah ini aku sertakan screenshot untuk jumlah trafik aku dari 28hb-29hb Jun.

Pageviews

Top Content

p/s : Sebenarnya aku dalam fatrah imtihan, masih berbaki satu kertas. Harap berjaya juga dalam peperiksaan.

30. June 2011 by admin
3 komen

Elementary Wallpaper

Rupanya ada juga yang berminat dengan wallpaper yang digunakan untuk desktop aku. Jadi, aku kongsikan untuk anda semua. Untuk download, klik kanan pada gambar dan klik save link as untuk muat-turun wallpaper saiz asal.

Bokeh Glow

Continue Reading →

30. June 2011 by admin
Komen

Page Rank Blog Menurun

Page Rank blog ini jatuh satu anak tangga dari PR3 ke PR2. Itulah, lama sangat tinggal dunia blog ni, juga aku sudah lama tidak ambil kisah tentang pagerank dan trafik blog ini.  Lepas ni kena stabilkan trafik blog. Kerja ini tidak susah, cuma perlu luangkan sedikit masa menulis artikel-artikel berguna untuk pengguna luar sana.

Beberapa hari ini, trafik blog ini meningkat ke 900-1000 pageviews sehari. Mungkin mereka mencari berkenaan Isra Mikraj. Kebiasaan kunjungan hanya sekitar 300+ sehari. Trafik begini tidak dapat mengatasi blog-blog handalan seperti Denaihati, Kujie2, Mohd Isa dan ramai lagi. Sebabnya, aku jarang update blog. hehe :D

Aku juga perlu fokuskan artikel apa yang akan dimasukkan pada masa akan datang. Kurang bersemangat nak tulis blog, apakah cara yang sesuai hendak mengembalikan semangat menulis? :)

29. June 2011 by admin
1 komen

Selayang Pandang Mengenai Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj bukanlah satu peristiwa biasa. Peristiwa ini juga bukan hanya sekadar perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan tujuan untuk melihat alam semesta sahaja. Namun perjalanan israk mikraj tersebut mempunyai erti yang amat bermakna bagi kehidupan Nabi secara peribadi ataupun bagi umat islam seluruhnya.

Perjalanan ghaib ini mempunyai erti yang amat besar bagi kita untuk melihat kekuasaan Allah, pencipta alam semesta dan segala isinya. Kerana itulah mengabdikan perjalanan Israk dan Mikraj tersebut dalam dua surah, iaitu surah Al-Isra’ dan An-Najmi.

Perjalanan Israk dan Mikraj itu merupakan petanda bahawa risalah Islamiah yang dibawa oleh Nabi Muhammad bukan hanya untuk bangsa Arab sahaja. Namun risalah Islamiah tersebut umum buat seluruh umat manusia. Continue Reading →

17. June 2011 by admin
4 komen

← Older posts

Newer posts →