Hormatlah Pada Guru

Sejak akhir-akhir ini bermacam-macam perkara pelik berlaku, beberapa hari lepas, kecoh dengan kes pelajar perempuan menendang guru. Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis. Dalam kejadian ini dikatakan seorang guru wanita ditendang oleh seorang pelajar ketika hendak mendapatkan penjelasan mengenai kata-kata kesat yang tertulis di belakang tugasan yang dihantar.

Memang tidak dinafikan banyak kejadian lebih teruk dari kejadian ini yang aku tidak ketahui, tetapi kejadian ini memang membuatkan aku rasa terpanggil untuk menulis mengenainya. Ini kerana negeri Perlis merupakan negeri kelahiran aku.

Tindakan menendang seorang guru kerana salah faham mengenai tugasan kerja kursus adalah perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku, dimana sifat hormat pada guru? adakah kau hanya belajar untuk mendapatkan sijil semata-mata?  atau kau hanya nak dapatkan kerja bergaji ribuan ringgit dengan sijil yang kau ada? tidak berguna semua itu jika guru kau tidak redha dengan tindakan kau dahulu.

Aku juga pernah dirotan, ditampar, dan bermacam denda yang telah aku alami, semua ni aku fikir memang salah aku, kalau tidak salah kenapa guru mengambil tindakan terhadap aku? Tetapi aku langsung tidak pernah dendam dengan guru-guru aku. Malah, selepas itu aku akan lebih hormat kepada mereka. Disebabkan ajaran dan didikan merekalah aku menjadi manusia berguna sekarang ini.

Kisah sekolah rendah, aku memang minat matematik, tapi malas buat latihan. Pelik bukan?  Boleh dikatakan buku latihan tambahan memang aku tidak akan habiskan latihan dalam buku tu. Sebab masa tu aku rasa tidak perlu, sebab aku dah tahu semua jawapan, tak payah susah-susah buat lagi. Berlagak la konon. Bila hendak ke sekolah, aku pasti tinggalkan buku latihan tersebut di rumah. Bila ditanya mana buku latihan kamu? jawapan aku, “terlupa cikgu!”. Nakal ya!. Rotan, ketampi, dan macam-macam denda yang lain, namun aku tetap tak bawa buku latihan tersebut :D .

Tetapi cikgu memang pelik dengan aku, setiap kali ujian bulanan atau peperiksaan, aku akan mendapat markah melebihi kawan-kawan aku yang lain. Ada juga kawan yang tak suka dengan aku, ah! sapa suruh kau malas buat latihan :) . Dia cakap cikgu pilih kasih, haha. Tidak mungkin, sebab jika kau tengok jawapan aku pasti kau tak rasa cikgu pilih kasih. Dia mengalah.

Aku seronok bercerita tentang pengalaman aku disekolah dulu, tetapi cukuplah setakat ini. Dan sehingga sekarang, aku masih berhubung dengan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang pernah mengajar aku. Aku rasa seronok bila terkenangkan mereka.

Aku rasa ini disebabkan aku sering berdamping dengan guru-guru, berkat ilmu daripada guru-guru aku. Aku juga suka bersembang dengan guru-guru yang garang, percayalah, garang dalam kelas saja. Luar kelas macam ibu/ayah dan anak. Terima kasih Cikgu!.

Aku tidak mahu mengulas panjang berkaitan kejadian kes pelajar tendang guru ini. Pada hari ini, aku tidak mampu menulis panjang untuk memberi sedikit nasihat dan teguran dari guru-guru aku dahulu. Cuma aku berharap, pelajar-pelajar di luar sana hormatilah guru.

22. October 2008 by admin
1 komen

Aku Masih Disini

  1. Sekarang kuliah dah mula, dah siap semua urusan. Mudah dan baiknya Abdul Fattah hari tu. Manja dan lembut sikap  yang ditunjukkan walaupun ramai orang pada hari tu. Bila-bila datang la ke rumah ya! :D
  2. 2 hari lepas, hujan batu kat sini, pertama kali dapat tengok hujan batu. Rupanya macam kiub ais sahaja. Gambar tiada, hp rosak pulak.
  3. Visa pula dah tamat tempoh, belum perbaharui. 2 hari lagi boleh la pergi sambung visa, esok cuti. Lusa baru pejabat buka.
  4. T-shirt Ubuntu, mengharungi perjalanan melebihi 7750km dari kampung halaman beliau, akhirnya sampai juga menemui tuan barunya, tahniah!. T-shirt ni dibeli di blog melayubuntu.
  5. Rasa nak demam pula, mengantuk pun ada. Setakat ini dulu. huh!

17. October 2008 by admin
4 komen

Design Oh Design

Lama juga aku tak sempat menulis disini, malas bukan alasan. Kita masih di Bulan Syawal, bulan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Upin dan Ipin dah habis. Aku pun layan juga cerita komedi kanak-kanak ni. Teringat kampung seh! :D

Dalam kesibukan raya ni, aku juga perlu design sekeping dua gambar. Rekaan grafik ringkas dan menarik. Itu saja yang perlu aku buat. Mudah bukan? Ya! memang mudah. Kadang-kadang yang mudah ni jugalah yang menyusahkan :) Idea nak design ni tak muncul pulak dalam kepala ni. Mungkin aku akan buat satu laman web atau buku skrap yang menghimpunkan corak-corak design untuk aku renung satu masa nanti.

07. October 2008 by admin
2 komen

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum, bulan Syawal akan menjelma tidak lama lagi, jadi disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin. Ucapan ditujukan kepada Ayah dan Emak tercinta, abang-abang, kakak-kakak, sanak saudara, sahabat handai yang mengenali diri ini. Tahun ini, raya di negara orang lagi.

Aku juga ingin mengucapkan Relamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan penulis blog. Maaf, link kalian masih belum aku masukkan dalam senarai rakan. Masih memikir susun atur yang sesuai :D

Makan ketupat dan rendang tu jangan lupa orang kat sini. Aku nak buat apa hari raya ni eh??

28. September 2008 by admin
3 komen

Majlis Berbuka Puasa

Aku bercerita ringkas pada kali ini, Wahbah Anwar, sahabat karibku, bangsa arab berketurunan Saidina Muhammad SAW, telah menjemput aku untuk berbuka puasa bersama dengan Ahli Tariqat Ahmadiah Albadawiah. Dia juga menyuruh aku menjemput sahabat-sahabat lain dari kalangan Pelajar Malaysia. Mungkin kesibukan aku dan juga org lain, jumlah yang ingin pergi mulanya ramai, tetapi hanya 6 org berjaya menyahut cabaran ini, ceewah..

22hb September 2008. Pengangkutan disediakan oleh Wahbah, aku berasa malu juga kerana tidak ramai yang ikut. Aku minta maaf dengan dia. Biasalah, dia sentiasa ceria dengan cakapan yang sering membuatkan aku ceria dan menghiburkan, itu kelebihan dia barangkali. Setelah semua bersedia, kami bertolak ke tempat untuk berbuka puasa, iaitu Subra Mallis. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit rasanya, kami agak terlambat, setelah sampai kami dijemput untuk menjamu selera.

Setelah selesai menjamu selera, kami dijemput untuk bersalaman dengan Ayah Wahbah, dan tuan rumah Ahmad Helmi. Aku juga berjumpa dengan Dr. Baiyumi, Kareem Asakir (aku sering bertanya tentang bacaan Al-Quran), Syeikh Ali, dan ahli tariqat lain. Kami disediakan dengan teh panas. Setelah selesai kami memunaikan Solat Maghrib dimasjid bersebelahan tempat berbuka tadi. Syeikh Hussien merupakan imam masjid dan wakil Azhar disitu mengikut cerita dari Wahbah.

Setelah selesai solat Maghrib, kami menuju ke masjid seterusnya untuk menunaikan Solat Isya’ dan Solat Sunat Tarawih. Kami menunaikan 23 Rakaat beserta Witir. Pelajar Malaysia, Mohd Nor menjadi imam untuk 7 rakaat terakhir. Sedap juga suara dia rupanya, tetapi suara agak perlahan.

Seterusnya kami menuju kembali ke rumah Tuan Ahmad Helmi, untuk memulakan majlis zikir. Aku begitu rindu mendengar puji-pujian ke atas Nabi Muhammad, Qasidah Burdah dan Madih berlangsung hampir 3 jam. Tidak putus dengan hidangan teh, kopi dan fresh orange sejuk. Aku begitu gembira dengan majlis ini, dan aku berharap kepada rakan-rakan yang pergi bersama aku juga gembira dan mendapat pengamalan baru.

Tepat pukul 11 malam, majlis zikir ini ditutup dengan bacaan doa dari Wahbah. Kenderaan masih belum sampai, kami menunggu sambil bersembang dengan saudara-saudara Wahbah. Hampir pukul 12 kenderaan untuk membawa kami pulang tiba. Setelah bersalaman, kami bertolak pulang.

Dalam perjalanan kami sempat singgah membeli Buah Mangga yang dijual diluar dusun/kebun mangga. Dibuka 24 jam rasanya. Buah-buah mangga disitu dikelaskan mengikut gred dari Harga LE5 sehingga LE12. Banyaknya tidak terkira. Jumlah yang kami beli disitu adalah 9 1/2 kilo.

Kami menyambung perjalanan dan menuju ke rumah. Pukul 1 pagi juga sampai dirumah. inilah kali kedua aku mengikut Wahbah ke majlis berbuka puasa dia rumah Haji Ahmad Helmi. Terima Kasih, tahun depan jangan lupa ajak lagi. Aku memang bersemangat dan bergembira apabila mengikut Wahbah ni..

23. September 2008 by admin
1 komen

← Older posts

Newer posts →