Twitter Disekat Di Mesir

Semalam, aku baru sahaja ingin mencuba menggunakan USB broadband Etisalat. Cuba membuka twitter yang mana waktu tersebut merupakan waktu yang sesuai untuk bermesra dengan rakan-rakan twitter. Apa yang aku hairan, twitter tidak dapat diakses, web mahupun Aplikasi. Aku ingatkan broadband ini tak benarkan Twitter, Rupanya disebabkan rusuhan yang berlaku di Mesir. Lihat gambar di Big Picture.

27. January 2011 by admin
6 komen

Free WordPress Theme – Shoruha Green

Seperti yang dijanjikan pada entri Tema Blog Baru 2011, aku keluarkan tema versi percuma yang diberi nama Shoruha Green. Sebenarnya aku demam selama 4 hari. Study pun tidak selama 4 hari tersebut. Buka mata saja, rasa macam hendak tercabut biji mata. Dasyat. Tidur pun tidak cukup, seolah-olah ada sesuatu yang menganggu waktu tidur. Sekarang alhamdulillah, aku agak sihat, sudah boleh membaca dan keluar berjalan-jalan.

Berbalik kepada tajuk, aku dengan murah hatinya, ceewah. Aku memberikan secara percuma tema wordpress kepada pengguna wordpress selfhost.

Arkib ringkas

Beberapa kelemahan pada tema ini, antaranya :

  • Tiada sidebar, ada sesetengah pengguna tidak selesa dengan benda ini.
  • Radius tidak dibentuk dengan elok pada browser yang tidak dapat menerima CSS3. Sila update browser anda. haha..
  • Menu hanyalah CSS biasa, tiada dropdown menu yang canggih-canggih. Jika inginkan juga, cuba lakukan sendiri dan itu keinginan anda. :D

Banyak pula kelemahan, anda carilah lagi. Silalah kritik la selagi anda mampu.

Manakala kelebihan tema ini pula

  • Jika ada yang mengatakan tema ini mempunyai kelebihan, maka adalah kelebihan itu, anda yang menentukan.

Ok, selamat untuk muat turun, dan selamat mencuba free wordpress theme – Shoruha Green ini. Valid XHTML dan CSS Level 3.

Download Now!

*Update – Tema ini adalah percuma sepanjang hayat. Buatlah apa yang anda inginkan pada tema ini. Harap ianya berguna. Support hanya melalui emel. Cepat atau lambat, itu sahaja. haha.

04. January 2011 by admin
19 komen

Tema Blog Baru 2011

Setelah sekian lama aku tidak mengubah tema blog ini, pada hari ini aku telah mengubah kepada lebih ringkas. Tanpa sidebar.

Tema 2011

Tema 2011 - klik untuk lebih jelas

Sebenarnya aku telah lama siapkan tema ini, hanya belum digunakan. Tema ini hanya molek ditenung menggunakan Google Chrome, Safari dan Mozilla 4 Beta. Menyokong wordpress 3.0, sesuai untuk photoblog, liveblog dan sebagainya. Oh ya, yang berwarna oren sebelah kiri itu adalah entri untuk kategori asides.

Mungkin aku akan keluarkan versi percuma, atas permintaan Aman Firdaus sempena tahun baru 2011 ini. Harap penulis blog lain boleh menerima tema yang tidak seberapa ini, akan dikeluarkan beberapa hari lagi.

31. December 2010 by admin
13 komen

Keputusan Muktamad Yang Sukar

Aku cuba mengurangkan masa mengadap internet dan komputer. No more code, no more design , and no more what i have done for pocket money. Maaf kepada sesiapa yang terlibat.

23. December 2010 by admin
6 komen

Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

Setelah hampir 2 minggu mendiamkan diri, kini aku kembali untuk kemaskini blog kesayangan ini :D . Sambil membaca di google reader dan blogwalking, terserempak dengan blog Anwar Osman, ada contest Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop. Ringkas sahaja contest ini, itu yang menarik minat aku untuk join. Sudah lama tidak join contest, apa salahnya sekali sekala mencuba. Ada juga benda yang boleh aku update blog ini. Jom join..

My Desktop

Gemar desktop ringkas dan bersih

Inilah rupa desktop aku, latarbelakang wallpaper alam semulajadi akan berubah 15 minit sekali. Sejuk mata memandang. Setelah upload screenshot, baru aku perasan dimana CPU usage dan Network in and out kosong, ini menunjukkan CPU pada komputer aku berhenti seketika kerana tiada sebarang proses sedang berjalan semasa aku mengambil screenshot ini (Cool’n'Quiet™ Technology). Continue Reading →

12. December 2010 by admin
17 komen

← Older posts

Newer posts →