Gmail down, Google Minta Maaf

Gmail down, Google Minta Maaf

Gergasi internet dunia, Google. Menyediakan perkhidmatan emel percuma – Gmail. Gmail merupakan perkhidmatan emel yang popular kerana kepantasan, ringkas, dan ringan – saya suka!.

Google juga menawarkan Google Apps kepada Syarikat-syarikat, Universiti, dan juga sesiapa yang mempunyai nama domain – dimana Google Apps ini menyediakan perkhidmatan yang digunakan oleh google untuk kegunaan pengguna seluruh dunia. Gmail, Google Docs, Google Sites, Google Talk. Pastikan anda menpunyai akses penuh domain anda.

Namun, hari isnin lalu, 11 Ogos 2008, saya cuba untuk masuk ke akaun Gmail, tapi begitu lambat, dan hilang koneksi. Arghh! apa susah berlaku, selalunya tidak pula macam ini. Apa yang saya fikir, apa akan terjadi kepada maklumat-maklumat yang ada didalam emel tersebut. Itu tidak kisah bagi saya kerana saya memang telah seting supaya emel itu di’forward’kan ke emel kedua saya. Saya juga menyimpan maklumat penting didalam komputer melalui Mozilla Thunderbird. Ianya selamat.

Kalau kita tilik dan renung, Gergasi internet seperti Google, Yahoo, Msn dan lain-lain, sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Tidak boleh diakses satu saat, merugikan berjuta Dollar. Itulah yang dikatakan benda baharu, Semua benda baharu akan berubah, akan binasa, akan rosak. Jadi, jangan pula kita melenting jika perkara ini terjadi. Renung dan tilik, kembali kepada Tuhan.