Menulis Bahasa Arab Dalam WordPress Versi Inggeris

Tulisan Arab

Tulisan arab kemas pada WordPress

Seorang pengunjung blog ini bertanyakan, bagaimana hendak menulis bahasa arab pada wordpress (selfhost). Sebelum ini aku ada menulis tentang perkara ini di Infomalaya. Mungkin beliau tidak menjumpainya. Aku cuba membalas emel beliau, namun gagal (Delivery to the following recipient failed permanently : emel@dia.com) harap beliau membaca artikel ini.

Baiklah, mari kita ikut langkah mudah ini (Linux Hosting).

  1. Login ke Hosting Control Panel.
  2. Ke phpmyadmin.
  3. Export database, simpan dalam harddisk.
  4. Edit “database.sql” tersebut, tukarkan semua charset ke utf8. contoh : CHARSET=utf8
  5. Di phpMyAdmin, buang database lama, guna fungsi Drop.
  6. Kemudian, di phpMyAdmin tadi, klik pada import > browse (database yang diedit tadi) > go.
  7. Selesai import, di phpMyAdmin tadi klik pada Operation  (jika perlu) tukarkan Collation kepada utf8_bin.
  8. Selesai.

Sekarang anda boleh menulis bahasa arab dalam wordpress. Jika ada sebarang persoalan jangan segan bertanya. Kesimpulan disini, ada 2 cara nak membolehkan wordpress anda ditulis dalam bahasa arab.

  1. Pertama, Dengan cara install secara manual wordpress anda. Default Charset UTF8
  2. Kedua, Mengubah charset setiap table database kepada utf8.