Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Blog Mohd Isa, sahabat internet aku telah disuspend tanpa sebab munasabah, katanya. Sebab apa itu aku tidak tahu. Aku turut bersimpati kerana segala fail-fail masih belum dapat diakses. Disebabkan aku juga pernah mengalami masalah begini pada awal penglibatan aku dalam dunia internet, aku rasa ingin membantu sahabat-sahabat lain. Antara masalah yang pernah terjadi, domain tidak boleh ditransfer disebabkan kecuaian provider, server rosak dan diganti hosting sementara yang tidak cukup dengan apa yang dibayar, dan bermacam lagi masalah yang membuatkan aku tersenyum sendiri.

Setelah matang dengan persekitaran dunia internet, aku mengambil langkah dengan mengubah sikap supaya lebih bertenang dan tidak cepat melenting apabila masalah begini berlaku. Seorang pembantu perkhidmatan menghantar emel kepada aku. Ini kandungan dari emel tersebut :

Kami boleh menyediakan server yang 100% uptime. Tetapi sanggupkah pelanggan membayar harga yang setimpal kerana kos untuk membinanya amat tinggi. Mungkin tuan pernah dengar High Availability Server  **Laman rujukan** . Kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, walaubagaimanapun kami tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Pada **tarikh** berlaku kerosakan harddisk dimana kami terpaksa menyalin semula data dari harddisk simpanan. Harap maklum perkara ini jarang berlaku dan akan berlaku juga dimana-mana syarikat hosting yang lain.

Ayat yang membuatkan aku sedar!. Tidak semua server atau hosting di dunia ini bebas dari masalah teknikal walaupun level datacenter anda Tier 4.

Mohd Isa ada juga menulis selamatkan entri blog dengan google reader. Untuk blog ahmadrushdi.com aku hanya menggunakan shared hosting. Jadi, aku ingin kongsi sedikit tip untuk pengunjung. Ini adalah cara yang aku lakukan, berbeza dengan orang lain mungkin. Jom kita ikuti tips untuk pengguna shared hosting : (more…)