Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bat sekarang sudah pergi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik di Kota Tinggi, Johor. Aku pun pernah sampai ke sana, kawasan felda yang penuh dengan ladang kelapa sawit 😀 . Semoga berjaya.

Aku terdetik untuk menulis berkaitan bosan. Ramai yang selalu menggunakan perkataan ini. Tambahan pula ramai kawan-kawan yang memenuhi senarai Yahoo Messenger menulis perkataan bosan sebagai status. Sebelum itu mari kita kenal makna bosan, menurut kamus dewan :

  1. Bosan  –  sudah tidak suka lagi, jemu, boyak: saya sudah ~ makan daging; dia sudah ~ akan isterinya; ~ mendengar kisah yg sama berulang kali;
  2. Bosan – membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~;
  3. Bosan – kebosanan 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk kekenyangan;
  4. Bosan – pembosan mudah (lekas) bosan.

Jadi, aku cuba untuk menguji sahabat karib aku yang kebetulan menulis status yang menunjukkan dia sedang bosan, haha. Aku ajukan soalan, kenapa engkau berasa bosan? kebanyakkan akan menjawab – tidak tahu hendak buat apa. Itulah jawapan yang paling kerap aku dapat.

Seterusnya aku akan berikan jawapan, pasti engkau akan terima jawapan aku dan tidak akan memberi sebarang kritikan, balas aku. Dia terasa seperti tercabar. Lalu aku berikan jawapan tersebut. Nah  ini jawapannya – “Engkau bosan sebab engkau kurang beribadat kepada tuhan.” Jika engkau beribadat adakah engkau akan bosan? Tentu tidak, jika masih bosan, pasti tiada rasa cintakan ibadat terhadap tuhan. Dia mengalah, bersetuju dengan apa yang aku berikan.

Adakah aku terlalu kejam? haha. Bagi aku dan dia, memang tiada masalah disebabkan aku memang suka berdebat secara baik dari zaman sekolah lagi. Kami menjadi lebih rapat tatkala membincangkan perkara seperti ini. Bagaimana pula dengan sahabat blogger lain? Apa pandangan anda tentang bosan? hehe..

* Entri ringkas 2010, seterusnya entri untuk infomalaya pula. Exam sudah semakin hampir, doakan aku rajin dan berjaya.. hehe ~