Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog ini. Sedar tidak sedar sudah 8 hari berpuasa di tahun 1433 Hijrah ini. Aku tinggal di Tanta, satu bandar kecil yang terlalu istimewa. Seronok tinggal di Tanta, macam-macam ada.

Disini, selepas asar ada liga bola sepak. Sepanjang Ramadhan. Kerap juga aku pergi menonton perlawanan. Mantap walaupun mereka berpuasa ketika bermain. Laju dan kuat.

Kebiasaan liga ini berlangsung sehingga Maghrib, waktu ini hampir 1 jam 30 minit sebelum berbuka.  Pasukan berbaju putih mendahului dengan jaringan 1-0

Budak-budak tu bukan dengar cakap, orang dah suruh duduk tepi degil juga nak tengok dekat-dekat. “Ya walad! ”  (more…)

LINK

Sebelum anda semua membaca tentang penetapan bulan ramadhan ini, eloklah anda membaca : Puasa – Takrif, Pensyariatan dan Rahsia.

Jika sudah, mari kita teruskan membaca.

Penetapan bulan ramadhan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara berikut.

  1. Melihat anak bulan Ramadhan (Rukyah Al-Hilal) pada malam 30 syaaban. Ini boleh berlaku apabila seorang saksi yang adil mengatakan kesaksiannya di hadapan qadi bahawa dia telah melihat anak bulan.
  2. Mencukupkan 30 hari bulan syaaban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi yang adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan. Ketika itu disempurnakan bulan syaaban itu 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagi mana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya.

Dalil kenyataan di atas ialah sabda Rasulallah SAW :

صوموا لرؤيته وأفطروا لؤيته ، فإن غُم عليكم فأقدروا له ثلاثين

Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya, sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Syaaban selama 30 hari“. Al-Bukhari dan Muslim. (more…)

LINK

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “

Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW :
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW lagi :
“Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,”

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Bahkan lebih inda lagi apabila bulan ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan Al-quran sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Seterusnya, keistimewaan yang amat dinanti-nantikan dan menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr? Malam lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun pada malaikat dah ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah Al-Qadr).

Saya sangat-sangat berharap agar Allah membuka pintu rahmat dan mengampuni dosa-dosaku.

Siap ditulis pada jam 2045 Khamis, 28 Ogos 2008. Abu Ahmad Ahmad Rushdi Bin Yusoff Bin Muhammad Esa Bin Hassan.

Kredit : Panduan Lengkap Kehidupan Muslim