Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Beberapa hari lepas, teratak kami dikunjungi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Dato’, menjalankan perniagaan di dalam negara dan juga antarabangsa. Beliau ke sini atas urusan perniagaan, dan kami menjemput untuk datang ke rumah bersama pemandu beliau yang merupakan sahabat baik kami disini.

Aku ditugaskan untuk memasak pada hari tersebut. Dibantu oleh beberapa rakan serumah. Lama juga aku tidak memasak untuk jumlah yang ramai ni. Rasa kurang yakin datang, sedap, tak sedap, cukup tak cukup. Tapi tetap berpegang dengan tahap keyakinan yang tinggi. hehe.

Ad-hoc masakan yang keletihan

Dato' bergambar bersama Ad-hoc masakan yang keletihan

Memasak merupakan aktiviti yang meletihkan, ditambah pula dengan panas dapur, cukup menguji kesabaran. Itu semua hilang jika kita saling bantu membantu antara satu sama lain. (more…)