Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Sejak demam ni, aku sudah tidak bersukan, hampir sebulan tidak mengeluarkan peluh berlari kerana kejar bola. Semakin lama tidak bersukan, rasa teringin itu kembali, rindu untuk bersukan 😀 . Sempat juga aku melihat kembali foto-foto lama yang menjadi kenangan zaman kegemilangan dulu. haha. Gemilang itu terbilang. Jadi, aku sertakan gambar pada entri kali ini.

Skill yang tidak seberapa

Seronok, keluar pagi-pagi dengan sejuk embun untuk bermain bola. Rumput hijau yang tidak gatal walaupun main golek-golek. hehe. Suasana permainan ceria, cuaca cerah tidak hujan. (more…)

LINK

fursan-tantawi-finalAlhamdulillah, sepanjang seminggu ini aku bersama ahli pasukan Fursan Tantawi berjuang untuk merebut Piala Presiden untuk tahun ini. Kejohanan ini diadakan di Muhafazah Zaqaziq.

Pada peringkat liga kami bersama Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Syibin, Shubro. Kumpulan ini antara kumpulan yang sukar untuk meneruskan ke suku akhir. Namun, dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain Fursan Tantawi, ia bukan mustahil untuk berjaya.

Sebelum kejohanan ini berlangsung, aku bermain futsal untuk anak negeri kedah dan mendapat kecederaan otot betis. Aku mendiamkan diri untuk terus bermain bersama Pasukan Fursan Tantawi 😀 kejam.. kejam… Kalo bagitau cedera, pasti tidak boleh bermain, hehe..

Walaupun begitu, aku rasa selesa setelah hari kedua kejohanan, sakit sudah kurang dan boleh bermain dengan baik. Ramai juga pemain Fursan Tantawi cedera, antaranya Mohd Khairi yang cedera di paha dan betis. Zubir, patah kaki kiri ketika perlawanan persahabatan.

Nanti aku kemaskini dengan situasi bergambar. problem..