Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog ini. Sedar tidak sedar sudah 8 hari berpuasa di tahun 1433 Hijrah ini. Aku tinggal di Tanta, satu bandar kecil yang terlalu istimewa. Seronok tinggal di Tanta, macam-macam ada.

Disini, selepas asar ada liga bola sepak. Sepanjang Ramadhan. Kerap juga aku pergi menonton perlawanan. Mantap walaupun mereka berpuasa ketika bermain. Laju dan kuat.

Kebiasaan liga ini berlangsung sehingga Maghrib, waktu ini hampir 1 jam 30 minit sebelum berbuka.  Pasukan berbaju putih mendahului dengan jaringan 1-0

Budak-budak tu bukan dengar cakap, orang dah suruh duduk tepi degil juga nak tengok dekat-dekat. “Ya walad! ”¬† (more…)

LINK

adanAdan sekarang sudah sedikit kurus, maklumlah sudah 12 tahun usia beliau. Aku mengikuti perkembangan Adan sejak tahun 2005. Dulu dia berbulu lebat dan gemuk. Agak seronok juga bila mengikuti perkembangan seekor kucing membesar hanya dengan melihat gambar.

Setiap hari blog tersebut dikemaskini, hanya gambar yang menceritakan keadaan Adan. Sejak tahun 2008, adan tidak keseorangan, ada adik baru bernama Lego. Bahagianya mereka. Blog ini ditulis oleh Michico dari Taipei, Taiwan.

Tenang hati melihat kucing-kucing ni ya. Seronok melihat lagak perangai adan dan lego ni, Agak-agak ada tak orang malaysia menulis blog setiap hari cerita pasal kucing?