Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Belum reda keadaan Umat Islam yang dibunuh dengan kejam di Syria. Kini berlaku pula kejadian bunuh dan siksa terhadap penganut Islam Rohingya di Myanmar.

Kami meninggalkan Myanmar kerana kami diperlakukan dengan kejam oleh tentera. Umat Islam di sana kalau tidak dibunuh, mereka akan disiksa.

Begitulah kata-kata seorang penganut islam yang melarikan diri bersama beberapa rakan  dari Myanmar dengan menumpang perahu tradisional. Berlayar dengan sedikit bekal. Ditambah pula enjin perahu yang mereka tumpang itu rosak, penganut islam Rohingya menderita di lautan.

Seorang warga etnis Rohingya tengah menunggu bantuan diluar sebuah masjid di Sittwe, Myanmar.

Akhirnya mereka ditemui oleh nelayan Aceh dalam keadaan lemah. Menurut cerita, mereka terumbang ambing omabk di lautan selama 20 hari. Mereka ingin pergi ke Indonesia, Malaysia, atau negara lain yang mahu menerima. Demi menyelamatkan diri dan akidah mereka rela kelaparan dan kehausan di tengah lautan. (more…)