Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Ini merupakan sesi meluahkan perasaan, sila jangan terasa. Baca juga sebagai seorang yang kosong berkaitan internet.

Aku sudah menulis blog dengan nama domain sendiri sejak 2005, ketika itu baru aku kenal apa itu Search engine optimization (SEO). Alhamdulillah, dengan berkat kerajinan aku mencari apa maksud semua benda ini dahulu membuahkan hasil.

Aku telah mencuba bermacam-macam Content Management System (CMS) Script. Aku telah mencuba phpnuke, Joomla, drupal, dan banyak lagi. Boleh dikatakan aku boleh mengendalikan semua dari CMS ini, dari segi template, content, SEO dan sebagainya. Namun, aku telah beralih kepada Worpress. Ada juga dari segelintir rakan-rakan bertanya, “Kenapa kau tukar kepada wordpress? kenapa tinggalkan Joomla?”. Dulu aku memang minat kepada Joomla, segala selok belok Joomla aku kenal.

Jawapan dari aku, aku menggunakan WordPress kerana lebih mesra SEO, mudah dikendalikan, cara pemasangan yang mudah, script yang ringkas dan lengkap. Kenapa pula aku tinggalkan Joomla? Jawapan mudah dari aku, kurang mesra SEO. Kurang ya! bukan tidak. Joomla juga script yang terlalu compleks, walaupun boleh dikatakan expert. Agak susah bagi pengguna baru mencuba. Antara sebab lain aku tinggalkan joomla juga disebabkan rasa terkilan dengan Forum Joomla tempatan. Bukan sebab kena kepada aku, cuma aku kasihan melihat orang lain. Cukup setakat itu.

Berbalik kepada tajuk, tujuan aku menulis blog ini. Dahulunya, aku hanya ingin belajar tentang domain, hosting, xhtml, CSS, Php, design dan sebagainya. Bila dah tahu semua benda ini, aku mula tamak, tamak dari segi Page rank, SEO, mudah cerita, orang cari sesuatu keyword terus akan jumpa blog kita. Berada pada senarai teratas pada laman carian google, yahoo, msn dan laman carian popular lain. (more…)