Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Sementara cuti ini aku mengambil peluang untuk ke Kaherah, ibu negara Mesir. Tempat pertama aku bermalam ketika menjejak kaki ke Mesir ini. Dalam perancangan aku, ingin menetap di Asrama Anak Kedah, Haiyu Asyir.

Seperti biasa, aku akan mengajak Asri (Panggilan mesra ‘Wahab’) makan sebelum ke Asrama. Jam menunjukkan pukul 1 pagi, wahab datang dan memesan makanan. Kami berdua makan daging, ayam bakar serta nasi dan lain-lain menu tambahan.

Ketika makan, kami bercerita sakan. Antara yang menarik adalah, mengenai Taman Syurga atau kelas pengajian. Menurut Wahab, kelas bermula dari awal pagi selepas subuh sehingga lewat malam. Tempat setiap pengajian berbeza.

Tak larat nak ligan, jadual mengaji penuh, pandai-pandai la hang susun nak p hat mana.. kalau larat ikut semua.. – kata Wahab.

Jadual pengajian harian ; pagi lepas subuh kelas di Masjid Walidain, membincangkan mengenai Ilmu Bahasa Arab, disampaikan oleh Dr. Universiti Azhar menurut Wahab. Pukul 10-12 pagi dan pukul 3-5 petang, kelas bersama Baba Muhammad Adnan. Daurah selepas Asar – jam 6 petang, bersama Ulama’ Azhar. Dan Malam selepas isya’ bersama Baba Li. Ini tidak termasuk lagi pengajian di Masjid Al-Azhar. Oh, melimpah ilmu sini sana, cuma perlu rajin menadah. Kempen jom mengaji!!

Selesai makan, kami terus ke Asrama untuk merehatkan diri, tidurlah tu.. Zzzz.. dan esoknya bermulalah hidup baru sebagai seorang penuntut ilmu.. dan aku semakin kurang mengadap komputer.

Oh ya! aku telah wujudkan Galeri Gambar peribadi, kepada Ayah, Mak, abang-abang dan kakak-kakak boleh la jika nak tengok gambar. Banyak lagi gambar tidak dimuatnaik, nanti-nantilah ya!