Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Sudah lama aku tidak menulis kod. Keinginan itu kembali. 😀 . Jadi, dalam kesempatan sebelum waktu berbuka puasa ini aku cuba untuk memasang butang perkongsian Facebook, Google Plus One dan Twitter.

Butang Perkongsian Ringkas

Lama sudah ingin buat, cuma masa dan nafsu tidak mengizinkan. Pernah membaca di blog Mr Piratz dan tanpa berlengah lagi aku terus melayari blog beliau. Dapat juga kod untuk butang-butang yang nak di pasang tu. Aku cuba pasang, copy paste kod yang ada kat blog dia dan cuba untuk mengubah CSS. Apasal tak jadi ni. haha. Rupanya baru aku perasan, ada table disitu. Aku tulis semula kod yang aku inginkan supaya sesuai dengan tema wordpress aku dan tema blogspot. Terima kasih Mr Piratz untuk kod sebab memberi aku idea untuk dikongsikan semula. 😀

Aku pun dapat hasil yang aku inginkan. Kod-kod diubah suai mengikut selera aku dan blog ini. Jadi, aku ingin kongsi semula kod yang aku buat. Semoga berguna untuk orang lain. Langkah yang bakal aku tunjukkan ini untuk pengguna wordpress selfhost. (more…)

LINK

Sudah ramai blogger-blogger wordpress sedar perkara ini. Masalah dibogelkan oleh wp-includes, haha best betul tajuk. Azman Ishak juga menulis langkah mengatasi. 😀

Untuk wordpress :

Jadi, jangan sesekali tetapkan permission kepada 777 untuk mana-mana folder atau fail. Ini tips untuk hosting yang kongsi-kongsi (shared hosting). hehehe. Wordpress sebenarnya bijak, sebab ia create sendiri permission untuk anda, bergantung kepada server.

Jadi, kepada pengguna wordpress self-host, tidak perlu risau. Ubahlah permission seperti yang telah dinyatakan diatas.

Dan pesanan dari saya, “Jagalah blog anda, kerana tiada satu pun sistem server yang selamat didunia ini. Cuma kita mengambil langkah berjaga-jaga.” Cewaahh.. sedap je pesan memesan nih..

LINK

Footer Widget

Rasanya sudah lama menggunakan tema ringkas ni. Ingin menambah sedikit dibahagian footer. 🙂

* ada orang komplen, tema blog ni ringkas sangat, tak tahu nak klik mana.. (ada juga gitu eh) haha..

LINK

Seperti yang dijanjikan pada entri Tema Blog Baru 2011, aku keluarkan tema versi percuma yang diberi nama Shoruha Green. Sebenarnya aku demam selama 4 hari. Study pun tidak selama 4 hari tersebut. Buka mata saja, rasa macam hendak tercabut biji mata. Dasyat. Tidur pun tidak cukup, seolah-olah ada sesuatu yang menganggu waktu tidur. Sekarang alhamdulillah, aku agak sihat, sudah boleh membaca dan keluar berjalan-jalan.

Berbalik kepada tajuk, aku dengan murah hatinya, ceewah. Aku memberikan secara percuma tema wordpress kepada pengguna wordpress selfhost.

Arkib ringkas

Beberapa kelemahan pada tema ini, antaranya :

Banyak pula kelemahan, anda carilah lagi. Silalah kritik la selagi anda mampu.

Manakala kelebihan tema ini pula

Ok, selamat untuk muat turun, dan selamat mencuba free wordpress theme – Shoruha Green ini. Valid XHTML dan CSS Level 3.

Download Now!

*Update – Tema ini adalah percuma sepanjang hayat. Buatlah apa yang anda inginkan pada tema ini. Harap ianya berguna. Support hanya melalui emel. Cepat atau lambat, itu sahaja. haha.

LINK

Setelah sekian lama aku tidak mengubah tema blog ini, pada hari ini aku telah mengubah kepada lebih ringkas. Tanpa sidebar.

Tema 2011

Tema 2011 - klik untuk lebih jelas

Sebenarnya aku telah lama siapkan tema ini, hanya belum digunakan. Tema ini hanya molek ditenung menggunakan Google Chrome, Safari dan Mozilla 4 Beta. Menyokong wordpress 3.0, sesuai untuk photoblog, liveblog dan sebagainya. Oh ya, yang berwarna oren sebelah kiri itu adalah entri untuk kategori asides.

Mungkin aku akan keluarkan versi percuma, atas permintaan Aman Firdaus sempena tahun baru 2011 ini. Harap penulis blog lain boleh menerima tema yang tidak seberapa ini, akan dikeluarkan beberapa hari lagi.