Pemergian Pakar Hadith, Pejuang Aqidah Islam

Pemergian Pakar Hadith, Pejuang Aqidah Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

Ucapan Takziah dari saya Abu Ahmad Ahmad Rushdi Bin Yusoff Bin Muhammad Esa Bin Hassan ke atas pemergian beliau pada 2hb Ramadhan 1429H. Semoga Allah subhnanahu wata’ala melimpahkan keampunan ke atasnya dan menempatkan beliau bersama ruh muslimin, para syuhada’, para ulama, para muttaqin dan para ambiya’.

Ta’ziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga, para penuntut dan anak-anak murid beliau yang gigih mempertahankan aqidah Islam dengan huja-hujah yang kental.

Beliau adalah seorang yang alim, al Muhaddis, pakar dalam ilmu Feqah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan al Syaibi dan al Abdari beliau juga merupakan Mufti Harar ( beliau di lantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun). Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah.

Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al Hadhramiah dan kitab al Mukhtasar al Saghir dalam ilmu feqah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafal ilmu-ilmu agama yang lain seperti matan-matan ilmu agama kemudian beliau mendalami ilmu hadits dan telah menghafal kitab hadits yang enam dan selainnya dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadits-hadits nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.

Beliau telah mempelajari ilmu feqah Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik dan al Luma’ ‘dari:

  1. Syeikh Muhammad Abdu Salam al Harary
  2. Syeikh Muhammad Omar Jamei’ Al Harary
  3. Syeikh Muhammad Rasyad al Habasyi
  4. Syeikh Ibrahim Abil Gaish al Harary
  5. Syeikh Yunus al Habasyi
  6. Syeikh Muhammad Siraj al Jabruty

Manakala. dalam ilmu bahasa arab beliau telah ambil daripada;

  1. Syeikh al Soleh Ahmad al Basir
  2. Syeikh Ahmad bin Muhammad al Habasyi

Manakala dalam feqah 3 Mazhab dan usulnya beliau telah ambil daripada:

  1. Syeikh Muhammad al Araby al Fasy
  2. Syeikh Abdur Rahman al Habasyi.

Manakala ilmu tafsir beliau telah ambil dari Syeikh Syarif al Habsyi di kawasanya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari:

  1. Al-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al Jabruty Mufti Habsyah,
  2. Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al Habsyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim:

  1. Syeikh al Muhaddits Ahmad Abdu al Muttalib al Jabaruty al Habsyi[4], beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Makkah.
  2. Syeikh Daud al Jabruty al Qori
  3. Syeikh al Muqri Mahtnud Faiz at Dair Atony, ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Makkah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulamak-ulamak Makkah diantaranya ialah:

  1. Syeikh al Aalim al Said Alawi al Maliki
  2. Syeikh Amin al Kutbi
  3. Syeikh al-muhaddits Muhammad Yasin al Padani[5] (Berasal dari Padang Indonesia)
  4. Syeikh Muhammad al Araby al Tabban

Beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat al- Naqsyanbadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al Afghani An- Naqsyabandi. Ketika beliau berada di Madinah Munawwarah beliau sempat belajar ilmu hadis dan membaca hadits-hadits nabi dari Syeikh al Muhaddits Muhammad bin All al Siddiq al Bakry al Hindi al Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke maktabah Arif Hikmat dan maktabah al Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana. dan di katakan beliau telah menghafal hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut.

Di sana juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulamak hadis iaitu Syeikh al Muhaddits Ibrahim al Khattani anak murid kepada seorang ulama yg masyhur iaitu syeikh al Muhaddits Abdul Qadir Syalbi.

Manakala ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Kemudian beliau menuju ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulamak yang sangat alim iaitu al Muhaddits Syeikh Badruddin al Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan syeikh Abdullah al Harari ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al Harary menjadi rujukan dalam masaalah-masalah agama yang mana alim ulamak Syam merujuk kepada syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani dari segi ilmu. kemudian beliau di gelar sebagai “Al-Muhaddits Ad-diyar Asy-Syamiyyah”

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al Rifaeyah dari Syeikh Abdul Rahman al Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al Kayaly al Humsi. Beliau sempat menerima ijazat tariqat al Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al Arbiny dan dari Syeikh al Toyyib al Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector Al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Terima Kasih Abu Lehyah Al-Kelantany