Tutorial Bagaimana Membuat Live Blogging

Ramai juga yang bertanya bagaimana hendak membuat live blogging. Jadi aku berikan 2 blog yang menunjukkan tutorial bagaimana hendak membuat live blogging langkah demi langkah. Sila layari blog Saudara Tengku Aizat dan Saudara Termizi. Mereka berdua menggunakan Flickr untuk menempatkan gambar.

Ok, aku akan tunjukkan cara yang berlainan dan mungkin agak sukar sedikit bagi yang masih baru.

Pastikan anda :

  1. Mempunyai hosting sendiri.
  2. Mempunyai wordpress siap dipasang.
  3. Mempunyai akses hosting control panel.
  4. Mempunyai talian internet yang aktif untuk telefon bimbit.

Langkah Pertama

Login ke hosting control panel, cipta emel baru, khas untuk live blogging.

Cipta Emel

Cipta Emel

Masukkan emel dan password, Create Account. Ciptakan 2 akaun email, pertama liveblog@ahmadrushdi.com dan yang kedua aku@ahmadrushdi.com.

Email pertama adalah untuk menerima dan email kedua adalah untuk menghantar.

Config Emel

Config Emel

Pada emel yang kita cipta tadi, klik Configure Email Client.

Paparan Emel

Paparan Emel

Paparan manual setting. Simpan untuk kegunaan langkah seterusnya.

Langkah kedua

Pasang plugin Postie pada wordpress anda, dan aktifkan plugin tersebut. Kemudian, ke postie setting. Setkan emel yang anda cipta tadi.

Set Emel

Set Emel

Setkan seperti yang tercatat pada paparan manual seting tadi. Port biasa untuk POP3 adalah 110.

Emel yang dibenarkan

Emel yang dibenarkan

Authorized, pastikan emel mana yang boleh menerima post tersebut. Andai kata aku menggunakan aku@ahmadrushdi.com, masukkan pada kotak Authorized Addresses. Pastikan anda setkan email ini pada langkah ketiga nanti.

Setkan Kedudukan Gambar

Setkan Kedudukan Gambar

Pada bahagian image, setkan mengikut citarasa. Ini menentukan tataletak gambar pada entry anda.

Langkah ketiga

Setkan emel untuk telefon bimbit anda. Aku menggunakan telefon bimbit Nokia s60. Hampir semua jenis telefon bimbit mempunyai fungsi yang serupa.

Sila ke Messaging > Options > Setting > Emel > Mailboxes > New Mailbox > Mailboxes Setting. Isikan semuanya seperti contoh yang rajah ketiga diatas.

Contoh yang diisi oleh aku. Pastikan emel yang dicipta pada awal tadi. aku menggunakan contoh aku@ahmadrushdi.com

Contoh :

Mailbox name : Apa-apa sahaja

Access point in use : Maxis (Contoh – gunakan Access Point yang aktif.)

My e-mail address : aku@ahmadrushdi.com

Outgoing mail server : mail.ahmadrushdi.com

User name : aku+ahmadrushdi.com

Password : ******

Incoming mail server : mail.ahmadrushdi.com

Mailbox type : POP3

Langkah keempat

Anda sudah boleh membuat live blogging. Hanya ke Messaging > New > Email. Hantarkan ke liveblog@ahmadrushdi.com. Format yang digunakan seperti berikut. Subject adalah sebagai Tajuk post anda, seterusnya penerangan, tags untuk masukkan tag.

To : liveblog@ahmadrushdi.com

CC :

Subject : Tajuk Live Blog

hi, saya sudah berjaya mencuba ini.

tags: live blog, mobile

Yey! sudah selesai.

  • Email yang digunakan untuk tutorial ini tidak aktif.
  • Pastikan telefon bimbit anda mempunyai talian internet yang aktif bagi membolehkan emel dihantar. *Aku tidak menggunakan MMS, habis kredit. haha
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak attachment untuk dimuatkan didalam satu entri. Contoh Jalan-jalan Malam Ramadhan.
  • Attachment adalah disimpan didalam hosting anda sendiri.

p/s : Ini adalah kaedah yang digunakan oleh aku, mungkin berbeza dengan orang lain. Kalau ada cara yang mudah sikit boleh la kongsi. hehe.

Jika ada sebarang masalah berkaitan, sila kemukakan. Jangan malu-malu.. 😀