Free WordPress Theme – Shoruha Green

Free WordPress Theme – Shoruha Green

Seperti yang dijanjikan pada entri Tema Blog Baru 2011, aku keluarkan tema versi percuma yang diberi nama Shoruha Green. Sebenarnya aku demam selama 4 hari. Study pun tidak selama 4 hari tersebut. Buka mata saja, rasa macam hendak tercabut biji mata. Dasyat. Tidur pun tidak cukup, seolah-olah ada sesuatu yang menganggu waktu tidur. Sekarang alhamdulillah, aku agak sihat, sudah boleh membaca dan keluar berjalan-jalan.

Berbalik kepada tajuk, aku dengan murah hatinya, ceewah. Aku memberikan secara percuma tema wordpress kepada pengguna wordpress selfhost.

Arkib ringkas

Beberapa kelemahan pada tema ini, antaranya :

  • Tiada sidebar, ada sesetengah pengguna tidak selesa dengan benda ini.
  • Radius tidak dibentuk dengan elok pada browser yang tidak dapat menerima CSS3. Sila update browser anda. haha..
  • Menu hanyalah CSS biasa, tiada dropdown menu yang canggih-canggih. Jika inginkan juga, cuba lakukan sendiri dan itu keinginan anda. 😀

Banyak pula kelemahan, anda carilah lagi. Silalah kritik la selagi anda mampu.

Manakala kelebihan tema ini pula

  • Jika ada yang mengatakan tema ini mempunyai kelebihan, maka adalah kelebihan itu, anda yang menentukan.

Ok, selamat untuk muat turun, dan selamat mencuba free wordpress theme – Shoruha Green ini. Valid XHTML dan CSS Level 3.

Download Now!

*Update – Tema ini adalah percuma sepanjang hayat. Buatlah apa yang anda inginkan pada tema ini. Harap ianya berguna. Support hanya melalui emel. Cepat atau lambat, itu sahaja. haha.