Aktiviti Selepas Peperiksaan

Peperiksaan fasal pertama hampir berakhir, tinggal beberapa hari lagi. Menempuh hari di musim sejuk ini cukup menyiksakan, aku memang tidak tahan dengan kesejukkan, kurang lemak dibadan 😀

InsyaAllah jika umur panjang, aku akan cuba lakukan selepas tamat peperiksaan fasal pertama ini :

  1. Membuat satu tema wordpress untuk seorang kawan sebagai hadiah untuk web syarikat beliau, sempena perkahwinannya baru-baru ini. Sudah lama aku tidak menulis kod-kod, janggal sudah jari ini. Janji akan mula projek ini selepas peperiksaan.
  2. Menambah artikel Islamik dalam database localhost. Mungkin akan mewujudkan sebuah laman web jika ianya perlu kelak.  Ini merupakan projek persendirian. Dengan wujudkan projek begini, menggalakkan aku lebih membaca hehe..
  3. Sertai peraduan Melayubuntu, tutorial membuat grafik menggunakan Gimp. Ini hanya hobi bersama komuniti. 🙂

Harap dapat aku laksanakan dengan jayanya.

p/s :  Ingin menulis entri blog yang panjang-panjang berjela-jela, tunggu sikit hari lagi. haha..

3 thoughts on “Aktiviti Selepas Peperiksaan”

Leave a Reply to Mohd Isa Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.