Apakah Punca Selesema Babi?

Wabak selesema babi yang dikesan di Mexico dan A.S. baru-baru ini sedang merebak ke seluruh dunia. Punca kejadian masih belum diketahui, namun ini merupakan virus yang merebak melalui manusia, menurut Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Semua kes selesema babi ini didapati merebak antara manusia. Virus dalam daging babi atau daging binatang yang lain boleh dibunuh sekiranya daging berkenaan dimasak.

Namun WHO tidak menghalang atau menutup pintu keluar masuk bagi negara-negara yang dikesan wabak tersebut.

Langkah-langkah seperti menguji suhu badan penumpang di lapangan terbang tidak mampu mengesahkan sesiapa yang sudah dijangkiti virus selesema babi ini. Sekiranya didapati seorang penumpang itu demam tidak semestinya dia dijangkiti penyakit selesema babi. Sebaliknya, kalau orang itu betul-betul dijangkiti virus selesema babi ini, dia mungkin tidak menunjukkan apa-apa gejala ketika menaiki kapal terbang atau berada di lapangan terbang.

MasyaAllah, itulah kuasa tuhan, merebak dengan begitu pantas merentasi beberaba buah negara hanya dalam masa beberapa hari. Aku yang hanya membaca melalui akhbar online pun terasa gerun dengan wabak ini.

Aku doakan semua umat Islam selamat. InsyaAllah. Dan jangan lupa doakan aku juga! Peperiksaan bakal ditempuhi tidak lama lagi.

7 thoughts on “Apakah Punca Selesema Babi?”

  1. dulu masa selsema burung..habes suma bangsa burung kena tanam hidup2…alasan xmau bg merebak…tp bila selsema babi ni..takdak sebarang tindakan dia ambil terhadap babi yg dible secara meluas termasuk malaysia..lg pelik..

  2. ada x sesiape leh tlg aku…aku tgh risau gle nie cuz mlm isnin lepas aku minum air sejuk sblm tido..tetibe esok aku skt tekak…aku bgi tau family aku,dorg ckp skt tekak biase je…tetibe ari nie aku selsema n mcm hayal2 cikit…aku ckp dgn family aku tpi dorg still ckp skt biase….aku tgh risau gile nie….tolong la aku….

  3. allah maha berkuasa ….setiap sesuatu yang terjadi adalah petunjuk darinya..
    janganla kamu makan babi,minum arak,berzina
    sesungguhnya ia di larang oleh allah..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.