Apakah Punca Selesema Babi?

Wabak selesema babi yang dikesan di Mexico dan A.S. baru-baru ini sedang merebak ke seluruh dunia. Punca kejadian masih belum diketahui, namun ini merupakan virus yang merebak melalui manusia, menurut Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Semua kes selesema babi ini didapati merebak antara manusia. Virus dalam daging babi atau daging binatang yang lain boleh dibunuh sekiranya daging berkenaan dimasak.

Namun WHO tidak menghalang atau menutup pintu keluar masuk bagi negara-negara yang dikesan wabak tersebut.

Langkah-langkah seperti menguji suhu badan penumpang di lapangan terbang tidak mampu mengesahkan sesiapa yang sudah dijangkiti virus selesema babi ini. Sekiranya didapati seorang penumpang itu demam tidak semestinya dia dijangkiti penyakit selesema babi. Sebaliknya, kalau orang itu betul-betul dijangkiti virus selesema babi ini, dia mungkin tidak menunjukkan apa-apa gejala ketika menaiki kapal terbang atau berada di lapangan terbang.

MasyaAllah, itulah kuasa tuhan, merebak dengan begitu pantas merentasi beberaba buah negara hanya dalam masa beberapa hari. Aku yang hanya membaca melalui akhbar online pun terasa gerun dengan wabak ini.

Aku doakan semua umat Islam selamat. InsyaAllah. Dan jangan lupa doakan aku juga! Peperiksaan bakal ditempuhi tidak lama lagi.

Exit mobile version