Bersukan – Imbas Kembali

Sejak demam ni, aku sudah tidak bersukan, hampir sebulan tidak mengeluarkan peluh berlari kerana kejar bola. Semakin lama tidak bersukan, rasa teringin itu kembali, rindu untuk bersukan ๐Ÿ˜€ . Sempat juga aku melihat kembali foto-foto lama yang menjadi kenangan zaman kegemilangan dulu. haha. Gemilang itu terbilang. Jadi, aku sertakan gambar pada entri kali ini.

Skill yang tidak seberapa

Seronok, keluar pagi-pagi dengan sejuk embun untuk bermain bola. Rumput hijau yang tidak gatal walaupun main golek-golek. hehe. Suasana permainan ceria, cuaca cerah tidak hujan.

Teman FC
Teman FC

Teman FC yang hampir-hampir menjejak kaki ke separuh akhir. Tewas pada suku akhir. Tidak mengapa, nasib tidak menyebelahi kami.

Johan Futsal - Piala Exca
Johan Futsal - Piala Exco

Johan piala exco, permainan tanpa kalah hingga ke perlawanan akhir dengan penentuan penalti. Aku paling tidak gemar mengambil sepakan penalti. ๐Ÿ˜€

Johan Piala Presiden
Johan Piala Presiden

Piala presiden 2009, Johan. Membawa pulang piasa pusingan. Bila pula ya dapat bermain dengan pasukan ini lagi. Hampir sebahagian sudah berpisah. Rindu kalian semua.

Rehat dalam kesejukan
Rehat dalam kesejukan

Rehat sambil memerhati aksi pasukan lawan yang bakal bertarung pada perlawanan seterusnya. Merancang strategi yang kepada kejayaan. hehe.

Tepi sungai
Bahagian di tepi sungai

Bergambar sambil makan kacang ditepi sungai, kami johan! haha..

Menembak
Ahmad Rushdi - The Sniper

Jangan hanya bermain bola, aku juga merupakan seorang penembak tepat. Tengok tu, dengan kusyuk skali aku membidik target, siap jaket kulit sebagai keselamatan. Senapang angin je pun. ๐Ÿ˜€

Sekian, semoga terhibur. ๐Ÿ™‚

5 thoughts on “Bersukan – Imbas Kembali”

  1. hang aku tengok dah jadi macam orang habsyah pulak hahhaha dok tempat orang dah jadi macam orang sana. hehhehe eh main bola dalam sejuk kuar peluh ke?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.