Dikunjungi Dato’ Ahmad Shafee Sabaruddin

Beberapa hari lepas, teratak kami dikunjungi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Dato’, menjalankan perniagaan di dalam negara dan juga antarabangsa. Beliau ke sini atas urusan perniagaan, dan kami menjemput untuk datang ke rumah bersama pemandu beliau yang merupakan sahabat baik kami disini.

Aku ditugaskan untuk memasak pada hari tersebut. Dibantu oleh beberapa rakan serumah. Lama juga aku tidak memasak untuk jumlah yang ramai ni. Rasa kurang yakin datang, sedap, tak sedap, cukup tak cukup. Tapi tetap berpegang dengan tahap keyakinan yang tinggi. hehe.

Ad-hoc masakan yang keletihan

Dato' bergambar bersama Ad-hoc masakan yang keletihan

Memasak merupakan aktiviti yang meletihkan, ditambah pula dengan panas dapur, cukup menguji kesabaran. Itu semua hilang jika kita saling bantu membantu antara satu sama lain.

Ini semua lakonan semata-mata, tiada kena-mengena dengan Negara Perancis

😀 tidak sempat aku dibuatnya

Cameraman tidak letih menangkap telatah sahabat-sahabat beliau. Aminrul, Helmi dan aku sedang menjamu selera setelah semua makanan dihidangkan kepada tetamu. Nasi dalam talam itu dinamakan sebagai Nasi Mandi, Hadrul Maut.Sedia menerima tempahan 50 orang ke atas sahaja.

Buku yang diberi Oleh Dato'

Mendapat buku percuma dari Dato’ Ahmad Shafee Bin Sabaruddin. Terima Kasih ya!. Untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan buku ini, sila ke Ulasan Buku di Infomalaya.

Exit mobile version