Google Chrome Fastest Browser?

Clik here for other languages. Thank You.

Ketika kepala aku panas selepas study, aku meluangkan masa sebentar membaca feed dalam Google Reader. Tajuk yang menarik ditulis oleh Amanz dan Infomalaya. Iaitu Google Chrome 5 beta — Sangat laju.

Aku tersenyum seorang diri. Betul ke Google Chrome ni laju. Aku pun tanpa membuang masa terus menonton video yang disediakan. Lihat dengan saiz yang besar (HD – High Definition).

Apa yang aku nampak adalah seperti gambar berikut.

Chrome Browser Test

Klik untuk lebih besar - 443kb

Gambar kedua pula, lihat dengan teliti.

Klik untuk lebih besar - 448kb

Anda semua nampak apa yang aku nampak disitu? hehe 🙂 tidak nampak? teruskan membaca.

Apa yang aku kagum adalah kesungguhan pasukan google chrome menguji kepantasan browser tersebut, berbagai cara mereka lakukan. Lucu!

Ok, mari kita zoom gambar daripada video tersebut.

Zoom 1

Kursor hanya klik butang forward. Menunjukkan laman tersebut telah dilayari sebelum ini. Kemungkinan browser belum clear semua cache.

Zoom 2

Gambar kedua pula kursor hanya klik butang forward. Dan pada address bar tercatat seperti – file:///C:/Users/Kevin/Desktop/* (Ini adalah file html yang telah disimpan pada Desktop). Laman tersebut juga masih loading. jika anda perhatikan pada statusbar (bahagian bawah) dan loading status diatas.

Patutlah laju pun, save pada desktop, dan selepas itu run. 😀 Soalan aku, adakah kelajuan browser diukur menggunakan kaedah seperti diatas?. Mungkin aku yang masih tidak tahu akan hal begini.

Aku masih menggunakan Mozilla Firefox sebagai browser utama, cuba menggunakan Google Chrome, tetapi rasa seperti tidak puas. Anda bagaimana?

Psss – aku hanya suka menonton video tersebut dan teringin membuat entri begini. haha ~

Exit mobile version