Itu Dulu!

Terasa seronok dan gembira apabila membaca kembali tulisan blog masa mula-mula menulis dulu. Penulisan yang tidak tersusun, tergelak dan tersengih sendiri pula. Saya cuba update database wordpress tahun 2004. Semua masih ada, lengkap.

Niat dihati nak masukkan kembali ke blog ini. Tapi, bila mula membaca kembali semua itu, terasa tak perlu untuk dimuatkan disini, catatan yang mungkin akan menjadi kenangan buat diri saya yang pada masa itu masih baru dalam dunia menulis blog menggunakan platform WordPress.

Sebelum mengenali wordpress ini, saya lebih tumpukan coding/editing terhadap CMS Mambo dan PhpNuke. Kemudian muncul pula Joomla, juga saya ikuti dan pelajari dengan penuh perasaan. Sebelum itu, saya telah mencuba hampir semua script yang terdapat dalam fantastico. Saya juga meminati Xoops dan Drupal. CMS yang cool!

Sementara cuba untuk menguasai semua skrip tersebut, saya mula meminati wordpress. Dan mula menulis blog. Disamping itu saya juga meneruskan minat saya terhadap Joomla, Xoops, Drupal, dan PhpNuke. Dimana Mambo? haa.. saya mula tinggalkan mambo disebabkan timbulnya Joomla. Pada mula timbulnya Joomla, memang banyak masalah dan rendah dari segi keselamatan.

Setelah semakin matang, saya cuba untuk menguasai satu skrip CMS sahaja, namun saya tidak boleh meninggalkan Joomla dan wordpress. Saya berjaya menguasai Joomla dan wordpress. Dan sekarang, saya lebih berminat menggunakan wordpress dari Joomla. Mungkin Joomla satu sistem pengurusan yang terlalu kompleks, tetapi ianya juga begitu mudah dan saya hanya gunakan untuk laman web tertentu sahaja. Namun saya tidak akan tinggalkan Joomla kerana ia mungkin sumber pendapatan sampingan, hehe..

Manakala wordpress akan terus menjadi platform untuk menulis blog. Mungkin akan bertukar jika ada sistem yang mesra seperti wordpress. Penulisan blog pada permulaan mengenali wordpress merupakan satu perkara yang melucukan apabila saya kembali membaca. Seperti kata orang yang “Itu dulu!”.

8 thoughts on “Itu Dulu!”

  1. Ya, itu dulu..Sama la jugak dengan Bat..hehe..Dulu pernah dalam dilema nak pilih ExpressionEngine atau WordPress.. =)

  2. setuju. aku sendiri bila baca entri-entri masa memula kenal blog, ketawa keseorangan .he3.

    tapi kini semuanya seperti lebih tersusun walaupun banyak lagi yang perlu aku pelajari.

    aku pilih wordpress kerana ia lebih friendly dengan SEO!

    aku juga suka bermain dengan joomla! ianya berbeza dengan wordpress tapi berbaloi juga.

  3. Sebenarnye aku lebih suka Joomla untuk manage website yang besar2.

    Untuk blog, aku guna wordpress sbb laju nak tules content. Tak pening kepale sgt, sbb straight forward.

    Antara plugin wordpress dan joomla, wordpress lebih senang berbanding joomla, yg ade 3 pecahan, component, module & mambot.

    Dari segi template, Joomla lagi senang. Satu file saje. WordPress ade byk file yg perlu dikelolakan.

    2 CMS ini lain penggunaan die. Kalau pakai Joomla utk tules blog, itu bole kate kerja gila atau overkill. Terlampau bagus utk digunakan sebagai blog.

  4. Ahmad Rushdi

    itu dulu.. skrg dah lain bat kan??
    cubalah joomla megat, mudah sngt..

    Setuju dgn pendapat NoktahHitam, Joomla ni sesuai untuk site besar2 je. Setakat blog, guna wordpress cukup, dgn kemudahan ajax yg ada, wordpress mampu memberi lebih kejaluan.. hhehe..

  5. ingat lagi kan…first timer dulu..hehe..
    html, p, align, center, bg, color

    mmg best time mula2 dulu..thanks… alot…

Leave a Reply to affuan Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.