Itu Dulu!

Terasa seronok dan gembira apabila membaca kembali tulisan blog masa mula-mula menulis dulu. Penulisan yang tidak tersusun, tergelak dan tersengih sendiri pula. Saya cuba update database wordpress tahun 2004. Semua masih ada, lengkap.

Niat dihati nak masukkan kembali ke blog ini. Tapi, bila mula membaca kembali semua itu, terasa tak perlu untuk dimuatkan disini, catatan yang mungkin akan menjadi kenangan buat diri saya yang pada masa itu masih baru dalam dunia menulis blog menggunakan platform WordPress.

Sebelum mengenali wordpress ini, saya lebih tumpukan coding/editing terhadap CMS Mambo dan PhpNuke. Kemudian muncul pula Joomla, juga saya ikuti dan pelajari dengan penuh perasaan. Sebelum itu, saya telah mencuba hampir semua script yang terdapat dalam fantastico. Saya juga meminati Xoops dan Drupal. CMS yang cool!

Sementara cuba untuk menguasai semua skrip tersebut, saya mula meminati wordpress. Dan mula menulis blog. Disamping itu saya juga meneruskan minat saya terhadap Joomla, Xoops, Drupal, dan PhpNuke. Dimana Mambo? haa.. saya mula tinggalkan mambo disebabkan timbulnya Joomla. Pada mula timbulnya Joomla, memang banyak masalah dan rendah dari segi keselamatan.

Setelah semakin matang, saya cuba untuk menguasai satu skrip CMS sahaja, namun saya tidak boleh meninggalkan Joomla dan wordpress. Saya berjaya menguasai Joomla dan wordpress. Dan sekarang, saya lebih berminat menggunakan wordpress dari Joomla. Mungkin Joomla satu sistem pengurusan yang terlalu kompleks, tetapi ianya juga begitu mudah dan saya hanya gunakan untuk laman web tertentu sahaja. Namun saya tidak akan tinggalkan Joomla kerana ia mungkin sumber pendapatan sampingan, hehe..

Manakala wordpress akan terus menjadi platform untuk menulis blog. Mungkin akan bertukar jika ada sistem yang mesra seperti wordpress. Penulisan blog pada permulaan mengenali wordpress merupakan satu perkara yang melucukan apabila saya kembali membaca. Seperti kata orang yang “Itu dulu!”.

Exit mobile version