Ahmad Rushdi

Jaringan Komunikasi Mesir Terputus

Seamless gold rhombus grid pattern on black background vector

Ya! begitulah tajuknya. Aku akan melaporkan sedikit berita yang aku kumpul menggunakan handphone cabuk aku ini. Ok, mari kita mulakan. Aku dapat tahu apabila aku melayari laman web penyedia DSL disini, muncul notis mengatakan talian internet 19 Disember mengalami masalah.

Jaringan komunikasi antara Timur Tengah dan Eropah terganggu selepas tiga kabel fiber optik dasar laut antara Mesir dan Selatan Italy di Laut Mediterranean telah mengalami kerosakan.


Semua kabel ini membawa lebih daripada 70% traffic antara Timur Tengah, Eropah dan Amerika.

Banyak sebenarnya nak cerita, tapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, cuba kalian semua baca kat sini :

  1. Mideast ‘Net Access Damaged as Cables Cut
  2. Three Out of Four Undersea Cables Connecting Internet Traffic Between the Middle East and Europe Have Been Cut
  3. Severed Cables in Mediterranean Disrupt Communication

Bumi ni penuh dengan kabel-kabel yang menyambungkan  internet. bayangkan juga jika berlaku bencana, apakah akan berlaku?

Senarai nama kabel yang berada di muka bumi dan dasar laut. Daripada pemerhatian aku berdasarkan IP, hanya 5 Server utama di Benua Africa berfungsi dengan baik. Server di Mali, Kenya, dan tiga di Selatan Africa.

Disebabkan perkara ini terjadi, ekonomi dan politik juga menjadi tidak menentu. Jadi  ingatlah, semua ini ketentuan Illahi. Tiada siapa boleh menghalang kehendakNya. Selamat Tahun Baru Islam aku ucapkan kepada semua..

p/s : Ap yang aku merapu ni? adehh. berguna juga handphone cabuk ni, sayang aku kat dia.

Exit mobile version