Sejak kehadiran laman social facebook, aku jarang menulis di blog. Namun, disebabkan sudah naik jemu, ditambah masalah privasi, aku kuatkan diri untuk menulis.

Kekok, tiada idea, seolah-olah ia menghalang niat. 😀

Tidak mengapa, mari kita cuba. Sehari dapat menulis 100 sehingga 300 perkataan pun ok juga dari tiada langsung.

Bagaimana aku boleh menulis blog satu ketika dulu? Dulu ramai kawan-kawan yang menulis, meriah. Jadi, secara automatik menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk menulis.

Jom kembali menulis! jangan lupa kepada pengunjung untuk tinggalkan jejak anda di ruang komen, aku akan follow kamu nanti!